Banyak kebesaran Allah yang kita boleh nampak daripada rezeki yg kita perolehi. Allah ada meminta kita supaya melihat dan berfikir ttg makanan.
Maksud firman-Nya:
“(Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah masnusia melihat kpd makanannya (bagaimana Kami mentadbirnya)”.
(‘Abasa: 24)
Jadi bagaimana kita boleh tahu Allah adalah Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki?
Jawapannya sejak manusia dalam perut ibunya lagi Allah telah memberikan manusia rezeki. Allah jadikan tali pusat sbg sistem saluran makanan kepada janin. Kemudian bila lahir, tali pusat di potong. Maka Allah tutup saluran tersebut dan buka saluran baru (mulut, kerongkong dan perut)
Adakah ibu kita yg buat tali pusat kemudian membuka saluran baru serta membina sistem penghadaman? Adakah ayah kita terlibat sama membantu? Atau adakah Negara2 maju yg mencipta benda-benda tersebut?
Kemudian bayi yang kecil walaupun di buka mulut tetapi masih tidak mampu makan bijirin-bijirin spt nasi atau buah-buahan mahupun daging. Adakah Allah mebiarkan rezeki bayi itu terputus?
Tidak sama sekali, lalu Allah membuka satu sumber baru dengan memberikan kelebihan kepada si ibu untuk menyusukan anak dari susu badan. Kemudian Allah berikan bayi itu ilham bagaimana untuk menghisap susu ibu sedangkan ketika itu bayi tersebut tidak mengetahui apa-apa pun!
Adakah kudrat alam (nature/semula jadi) yang kaku dapat mengetahui semua ini sedangkan ia sendiri tidak mengatahui apa-apa.
Sampai masanya kita perlu berjauhan dengan ibu kita untuk mula hidup berdikari. Oleh itu kita perlukan sumber rezeki yang baru.
Allah yang Maha Mengatahui lagi Maha Bijaksana sudah tahu apa yang kita perlukan. Dia telah menyediakan rezeki kepada kita di setiap tempat yang kita singgahi di dunia ini. Dengan itu,
Dia telah ciptakan tanah yang sesuai untuk pertanian.
Dia mengadakan air yang diperlukan oleh tumbuhan untuk penghasilan makanan kepada semua manusia
Dia mengadakan gas yang diperlukan tumbuhan serta matahari untuk penghasilan makanan
Dia mengadakan tumbuh-tumbuhan dengan jumlah yang besar utk penghasilan makanan dan hidangan kita.
Dia jadikan gigi dan air liur untuk memudahkan kita makan
Kemudian dari situ manusia akan mendapat tenaga untuk bekerja. Maka ada segelintir manusia yg mencipta peluang-peluang pekerjaan kepada manusia-manusia lain dengan membuka pelbagai syarikat. Dari situlah sumber rezeki berkembang kepada seluruh manusia. Begitulah seterusnya dengan berfikir tentang makhluk ciptaan Allah, kita dapat mengatahui bahawa Allah adalah Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki.
Cuba bayangkan sekiranya ada seorang lelaki yang menanggung sara 10 orang fakir miskin tanpa mengharapkan apa-apa balasan, maka sudah tentu kita berpendapat betapa mulianya lelaki tersebut. Tetapi bagaimana pula dengan Allah yang menjamin rezeki bagi kesemua umat manusia dan segala kehidupan.
Kesemua ini membuktikan bahawa ia dilakukan oleh yang Maha Mulia:
Maksud firman-Nya:
“Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengatahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat yang berkenaan)”. (Hud:6)
Sekiranya kita berfikir maka kita dapat mempercayai bahawa Allah lah Yang Maha Memberi Rezeki. Sekiranya kita berfikir lebih dalam maka kita dapat melihat kebesaran-Nya dan segala sifat kesempurnaan adalah milik-Nya.
Maksud firmannya:
“(Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kpd makanannya (bagaimana Kami mentadbirnya). Sesungguhnya Kami telah mencurah hujan dengan curahan yang menakjubkan. Kemudian Kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan. Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian. Dan buah anggur serta sayur-sayuran. Dan zaitun serta pohon-pohon kurma. Dan taman-taman yang menghijau subur. Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput. Untuk kegunaan kamu dan binatang ternak kamu.”
(‘Abasa: 24-32)
Begitulah kehebatan kuasa yang Maha Esa, Semoga kita menjadi hamba yang bersyukur dan sujud kepada-Nya.
Noraizuddin
-eNCoral-