10 mlm masih di ofis. esok ada dateline tender UniKL dan UiTM SA. Sekali dua beb kena siapkan. Ditambah pulak dgn ujian demam n selsema. Sok sek sok sek hidung ku. Harapan sekarang nak balik rumah, tarik selimut dan tido. Tapi tepaksa tangguh ke esok hari. Ini pun belum tentu lagi boleh tido malam ni. Astaghfirullah.. mesti ada dosa sebab dpt demam dlm waktu-waktu begini.
" Untungnya orang mukmin, semakin banyak masalah, semakin mustajab doanya, bukan perjuangan tanpa kesulitan, tapi dalam kesulitan ada ketenangan, memugar kekuatan..kita tidak sendirian.."
Pages
▼
Thursday, July 27, 2006
Tuesday, July 18, 2006
Draf ucapan dasr PKZ1. cont..
2. Belia di Sebalik Tabir Seerah
Andai kita menyingkap tabir seerah, maka kita akan dapati bahawa pendukung, pemikul dan pelopor risalah Islam kebanyakkannya terdiri daripada golongan belia. Berikut adalah petikan beberapa ayat Al-Quran yang bersangkutan dengan hal ini, yang dimulai dengan kisah pemuda Ashabul Kahfi (penghuni gua):
‘Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar, sesungghunya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahkan buat mereka dengan hidayah petunjuk.’
(Al-Kahfi: 13)
Al-Quran turut menceritakan tentang kisah seorang pemuda bernama Ibrahim:
Mereka berkata: “ Kami dengar ada seorang pemuda yang mencela berhala-berhala ini yang bernama Ibrahim”.
(Al-Anbiya’: 60)
Di dalam ayat yang lain, kisah seorang pemuda bernama Ismail yang sanggup bekorban turut dirakamkan Allah di dalam kitab yang mulia:
‘Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimipi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu...!” Anaknya menjawab: “Wahai ayahku, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, dengan izin Allah, ayah akan mendapati aku daripada orang-orang yang sabar.”
(Al-Saafat: 102)
Satu lagi kisah yang boleh dijadikan tauladan adalah keteguhan iman seorang pemuda bernama Yusuf dalam menangkis segala godaan yang menduga:
‘Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara daripada apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya...’
(Yusuf: 33)
Inalah antara contoh para pemuda hebat yang pernah lahir dalam sejarah manusia. Mereka jualah yang akhirnya membawa perubahan kepada kaum mereka. Mereka adalah golongan yang selayaknya mendapat bantuan Allah, lantaran kegigihan dan keikhlasan mereka untuk menegakkan syiar-Nya dalam kehidupan.
Generasi belia hari ini adalah harapan umat. Ini termasuklah kita yang hadir pada hari ini hendaklah menyedari bahawa tanggungjawab membagunkan umat yang sedang dibuai mimpi indah, dan memperjuangkan risalah-Nya adalah tergalas di bahu kita. Sememangnya tugas ini amat berat, dan pastinya menagih pengorbanan yang bukan sedikit. Lebih-lebih lagi dalam menghadapi tribulasi yang hebat pada alaf ini. Maka, adakah generasi belia pada hari ini telah benar-benar bersedia dan mempersiapkan diri untuk memikul amanah ini?
3. Pemerkasaan Karisma Zon 1.
*Point ini dan seterusnya hanya akan dikongsi pada hari kejadian, InsyaAllah.

Sunday, July 16, 2006
Draft ucapan dasar PKZ1
fuhh.. ming depan kena bagi ucapan di PKZ1. sebulan lebih memerah idea utk menulis ucapan dlm kesibukan bekerja. Sekarang semua bahan dah tekumpul. Semua tulisan telah berada dalam minda ni. Tinggal nak menaip saja...
Ni antara isi kandungan ucapan yg akan di update dari semasa ke semasa...
"Ya Allah, mohon hidayah dan petunjuk dari-MU - Amin"
Tumpuan Ucapan:-
1. Dakwah dan Islah: Suatu Tuntutan
2. Belia di Sebalik Tabir Seerah
3. Pemerkasaan Karisma Zon 1
4. FIDAK 2015: Suatu Agenda yang terancang.
5. Dakwah Fardiyah harus dipergiatkan.
6. Mahasiswa Qudwah Hasanah
7. Membina Peradaban, Menjana Kekuatan
1. Dakwah dan Islah: Suatu Tuntutan
Dakwah adalah suatu kewajipan, bukan pilihan. Terdapat banyak dalil yang terkandung dalam Al-Quran yang jelas menunjukkan bahawa melaksanakan usaha dakwah, iaitu melakukan ‘amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah suatu tuntutan keimanan yang tidak boleh diabaikan. Salah satu dalil tuntutan dakwah adalah sepertimana firman Allah di dalam Al-Quran:
“Dan ingatlah ketika suatu umat di antara mereka berkata: ‘Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?’ Mereka menjawab: ‘Agar kami mempunyai alasan (pelepasan tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan supaya bertaqwa.” (Al-A’raf : 164)
Intipati risalah dakwah ialah mengajak manusia mentauhidkan Allah s.w.t. Tanggungjawab ini merupakan tujuan para Rasul diutus. Nabi Muhammad S.A.W adalah rasul terakhir yang diutuskan kepada manusia. Persoalannya apakah tanggungjawab menyampaikan risalah ini berakhir? Atau adakah risalah dakwah ini hanya disampaikan oleh ustaz-ustaz yang bertauliah, atau pun imam-imam dimasjid? Jawapannya sudah pasti tidak, malah ianya dipikul ke atas semua umat Islam sehingga akhir zaman.
Hijjatul wida’ adalah detik penting penyerahan tanggungjawab ini secara rasminya kepada semua umat Islam.
Pada pesanan akhir Rasulullah SAW bertanya:
“Apakah telah aku sampaikan?” Maka dijawab oleh umat
“Betul engkau telah sampaikan.”
Dengan mengangkat tangan baginda ke langit dan kemudian menunjukkan kearah perhimpunan umat Rasulullah menyaksikan:
“Ya Allah, persaksikanlah”
“Maka hendaklah yang telah menyaksikan di antara kamu menyampaikan kepada yang tidak hadir. Semoga yang menyampaikan lebih dalam kefahamannya dari sebahagian yang mendengarkannya.”
Selepas menunaikan solat zohor dan asar berjemaah, berangkatlah Rasulullah SAW pulang ke Madinah. Di tengah jalan turunlah ayat Al-Quran yang terakhir dari surah Al-Maidah ayat 3.
Lengkaplah sudah Islam sebagai Ad-Deen dan ditaklifkan kepada seluruh umat Islam untuk menyampaikan risalah Islam kepada seluruh umat manusia.
Matlamat yang ingin dicapai melalui usaha dakwah yang dijalankan adalah bergantung kepada realiti yang dialami oleh umat Islam pada ketika itu. Dengan ketiadaan negara Islam, maka matlamat dakwah yang diinginkan adalah menegakkan sebuah negara Islam yang meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah di tempat yang tertinggi. Manakala setelah wujudnya negara Islam, menjadi tanggung jawab dakwah untuk memastikan kelastarian Islam dalam masyarakat serta peluasannya kepada negara-negara yang masih belum menjadikan deenul Islam sebagai pegangan utamanya.
Usaha dakwah dan islah merupakan kerja utama organisasi KARISMA di medan IPT. Ia selari dengan usaha-usaha Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM) dan setiap individu yang menyertai gerabaknya. Ini adalah barasaskan kefahaman bahawa tugas mengerakkan dakwah dan islah menjadi kewajipan bagi setiap individu yang bergelar muslim dan mengucapkan kalimah ‘ La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah’. Malah, ia merupakan sunnah terbesar Nabi Muhammad SAW, serta para rasul dan nabi sebelumnya, yang mana tujuan diutuskan mereka kepada setiap umat manusia adalah tidak lain dan tidak bukan, untuk membawa risalah Islam ini.
Firman Allah SWT:
‘Hai Nabi, kami mengutuskan engkau sebagai saksi, dan pembawa khabar gembira dan pemberi peringatan, dan untuk menjadi penyeru (da’i) kepada ( ad-Deen) Allah dengan seizin-Nya dan untuk menjadi cahaya yang menerangi.’ (Al-Ahzab : 45-46)
Berhubung persoalan dakwah juga, Imam Said bin Jubair pernah berkata:
‘Jika seseorang itu tidak mahu mengajak kepada yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar sehinggalah dia berada dalam keadaan sempurna, maka tidak akan ada sesiapa pun yang mengajak kepada yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar.’
Inilah salah satu kekeliruan yang kerap didapati dalam usaha dakwah iaitu seseorang individu itu perlu memastikan kesempurnaan dirinya sebelum terjun ke medan dakwah. Sekiranya mentaliti ini masih bertakuk di minda kebanyakkan individu muslim, umat Islam akan terus-menerus ketandusan anasir-anasir dakwah yang mampu membawa perubahan yang diharapkan. Ini kerana tiada seorang pun yang akan mencapai tahap kesempurnaan, sama ada dalam aspek keperibadiannya mahupun tahap keilmuannya. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
‘Barang siapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah dicegah dengan tangannya, jika tidak mampu, cegahlah dengan kata-katanya, jika tidak mampu juga, cegahlah dengan hatinya, dan itu adalah tanda selemah-lemah iman.’
(Riwayat Muslim)
Islam mengakui tahap keupayaan individu yang berbeza-beza. Ini didasarkan sabda Nabi di atas bahawa setiap muslim dituntut berdakwah berteraskan kemampuannya. Dalam konteks mencegah kemungkaran, usaha yang paling minima yang boleh dilakukan adalah membenci sesuatu kemungkaran dengan hati adalah wajib hukumnya ke atas setiap muslim. Ini juga menunjukkan tanda-tanda keimanan seseorang, yang mana salah satu neraca pertimbangannya adalah membenci maksiat.
Seseorang pendakwah perlu mempersiapkan dirinya dalam tiga perkara: Ilmu, wara’ dan akhlak. Dalam hal ini, Imam Al-Ghazali pernah menjelaskan:
‘Berkaitan dengan ilmu, seseorang pendakwah perlu mengatahui suasana dakwahnya, batas-batasnya, tempat berlakunya kemungkaran, serta penghalang-penghalangnya, supaya dakwahnya berjalan di atas landasan agama. Wara’ bermakna seseorang pendakwah menjauhi perbuatan-perbuatan salah yang diketahuinya. Berhubung dengan akhlak yang baik, seseorang pendakwah hendaklah berdakwah dengan lemah lembut dan kasih sayang… Dengan tiga sifat ini, dakwah menjadi amalan yang mendekatkan seseorang kepada Allah. Tanpa ketiga-taganya, kemungkaran tidak akan tertolak, malah kadang kala dakwah bertukar menjadi kemungkaran, kerana melampaui batas-batas agama.’

cont...
Saturday, July 15, 2006
Zizou dan Islamiphobia
Zizou, Zizou, Zizou: Islamiphobia di padang bola
Maszlee Malik
"Zidane was the magician in the game." Pele
"Zidane is one of the greatest players in history" Franz Beckenbauer
"Zidane…You are a virtuoso, a genius of world football. You are also a man of the heart, of commitment, of conviction, and that's why France admires and loves you" Chirac (Presiden Peranchis).
"Zizou for president" , Penyokong-penyokong pasukan bolasepak Peranchis
"Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) merakamkan setinggi penghargaan kepada ketua pasukan bolasepak Perancis, Zinedine Zidane yang dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Piala Dunia 2006 di Jerman kali ini", Harakahdaily (13/7/2006)
Saya bukanlah dari kalangan penggila bola (footballmaniac) yang sanggup mengorbankan tidur saya semata-mata untuk menyaksikan dua puluh dua orang berebut satu bola di dalam padang. Saya juga tidak akan pernah bersetuju dengan tindakan membazirkan wang dan tenaga sesetengah pihak yang sanggup memakai jersi dan menconteng muka semata-mata menyokong pasukan bolasepak mereka yang berada beribu batu nun jauh di Jerman. Bagi saya, fenomena ini semua hanya merupakan lambakan kekotoran globalisasi. Tanpa kita dapat menafikan, ianya juga merupakan lombong emas bagi para kapitalis. Siapakah yang paling untung sepanjang "Mondeal" ini ?
Sekadar menamakan, syarikat-syarikat televisyen, syarikat-syarikat arak (terutamanya Carlsberg), syarikat-syarikat telefon bimbit (Orange, Vodafone, Maxis, Celcom, DiGi, dll.), pengeluar jersi sukan dan peralatan sukan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan 1001 pihak kapitalis lagi. Semakin gila rakyat dengan Mondeal ini, semakin untunglah golongan Borguese. Di atas dasar inilah saya tidak nampak perlunya saya bazirkan sekelumit dari waktu saya untuk menonton malah mengambil peduli tentang apa yang berlangsung di Jerman. Agak menarik juga apabila ada pertubuhan Islam yang membuat kenyataan tahniah untuk pasukan Peranchis kerana menjuarai kejohanan tersebut. Mungkin ianya salah satu strategi untuk "memasyarakat"kan diri...
Walau bagaimanapun di akhir kejohanan Mondeal tersebut saya telah dikejutkan dengan satu insiden yang besar. Bukanlah kekalahan Peranchis yang memeranjatkan saya, tetapi insiden berbau "Islamiphobia" yang berlaku di pandang bola Berlin. Insiden yang telah menyebabkan kapten pasukan bolasepak Peranchis, Zinadene Zidane telah diprovokasi dengan pelbagai ucapan berbau perkauman dan islamiphobic oleh pemain Itali, Marco Materazzi. Provokasi tersebut telah mengundang tindak balas agresif dari Zidane yang telah menghantukkan kepalanya ke dada Materazzi. Natijahnya, beliau telah dikenakan kad merah, hanya 10 minit sebelum perlawanan akhir Mondeal itu berakhir.
Pihak media pada mulanya telah menyalahkan Zidane yang dikecam sebagai "panas baran" dan "hilang akal". Akhirnya kesemua tuduhan yang dilemparkan senyap apabila Zidane telah muncul membela dirinya di dalam kenyataan akhbar yang mendapat liputan meluas di peringkat antarabangsa. Zidane telah menjustifikasikan tindakannya itu kerana bertindak balas terhadap cacian Materazzi terhadap ibunya dan saudara perempuannya. Zidane, walau bagaimanapun menafikan kenyataan salah sebuah akhbar anti-perkauman di Paris yang mengatakan Materazzi telah melabel Zidane sebagai " Terrorist" (pengganas) lantas membuatkan beliau naik angin.
Pakar membaca gerakan bibir dan forensik dari Britain, Jessica Rees di dalam kenyataan beliau kepada akhbar The Times mengatakan, Materazzi sememangnya telah membuat kenyataan perkauman tersebut. Menurut Rees, Materazzi telah mengatakan bahawa Zidane adalah "son of a terrorist whore" (anak kepada pelacur pengganas). Rees menambah lagi, setelah mengamati video makian Materazzi itu berkali-kali, beliau juga mendapati bahawa Materazzi telah menucapkan juga " so just f*** off' for good measure" (Pergi berambus lebih baik). Kenyataan Rees ini telah disokong oleh pelbagai pihak. Antara mereka yang menyokong adalah akhbar "The Daily Mail" dan juga akhbar " The Independent". Para penyokong dan peminat bolasepak seluruh dunia pun agak bersetuju dengan pendapat ini.
Apa yang dapat kita simpulkan di sini?
Setiap orang berhak membuat analisa mereka yang tersendiri. Setiap orang mempunyai persepsi mereka yang tersendiri. Apa yang pasti, insiden tersebut telah mencerminkan wajah sebenar dunia masakini. Materazzi dan Zidane hanyalah dua aktor yang meneruskan skrip yang sama diulang dan ditayangkan oleh aktor-aktor lain. Skrip yang agak monotenous ini merupakan satu wajah yang dipaksakan kepada penduduk dunia. Skrip tersebut malangnya bertemakan "Islamiphobia". Tidak kiralah samada yang mengucapkan itu Materazzi, atau Pat Paterson, atau Jerry Farewell, atau Bush, ataupun para kartunis Jyllen Posten. Kesemuanya membawa mesej yang sama...Islamiphobia. Ide dan propaganda zaman kegelapan ( medievel) Eropah kini muncul kembali. Kemunculannya kali ini agak lebih agresif dan lebih global. Lebih parah, propaganda Islamiphobia alaf ini turut sama menyerang tanah air umat Islam dan masyarakat Islam itu sendiri.
Jika insiden yang menimpa Zizou itu berlaku di Eropah, ianya dimaklumi. Jika ianya dikeluarkan oleh Materazzi, ianya juga maklum. Jika yang membawa racun-racun Islamiphobia itu adalah para orator Kristian Evangelist juga, ianya agak maklum. Namun, jika ianya berlaku di Malaysia sendiri, dikeluarkan oleh mereka yang dilahirkan oleh seorang ibu yang Muslim, ataupun dikeluarkan oleh non-Muslim di tanah air yang dinobatkan sebagai Negara Islam Hadhari...apakah ianya boleh diterima?
Inilah hakikat yang melanda tanah air kita dewasa ini. Media berbahasa Inggeris semakin berani menampakkan belang "Islamiphobic" mereka. Segala berita dan kenyataan yang berbau Islam akan diwarnakan dengan grafiti-grafiti yang negatif. Kenyataan berat sebelah pihak yang berbau Islamiphobic akan mendapat liputan meluas dan akan disensasikan. Kenyataan balas yang lebih rasional dan mematahkan hujah mereka yang prejudis akan di"khatan"kan. Akhirnya kenyataan balas, akan dilihat dengan hambar, lesu dan kadang-kadang sengaja diprovokasikan. Fenomena inilah yang telah dibawa oleh Muslim Profesional Forum kepada pihak media dan pihak berkuasa. Persoalan yang sering dipersoalkan oleh MPF, "Mengapakah Islamiphobia begitu ketara di dalam media di Malaysia?"
Uniknya Islamiphobia di Malaysia ini, ianya diperjuangkan oleh orang Melayu sendiri. Tidak kiralah jenama dan ideologi apa yang mereka tonjolkan, namun mesejnya adalah sama. Islam tidak patut lebih diistimewakan di Malaysia. Islam mesti tunduk kepada kehendak rakyat dan juga tuntutan non-nuslim. Umat Islam tidak berhak mendapat kedudukan istimewa di Malaysia, begitu juga dengan agama Islam dan undang-undang Islam. Para ilmuan Islam tidak berhak untuk campurtangan di dalam urusan kehidupan. Islam perlu diubah menurut kehendak nafsu. Islam perlu mengiktiraf "kebenaran" agama lain. Islam tidak perlu lagi!
Samada yang membawanya itu berlogokan "hak asasi manusia", "hak untuk murtad", "kebebasan beragama", "Pluralisme aqidah (dan bukan sosial)", "liberal", "feminisme" dan apa-apa sahaja, ianya tetap menjayakan agenda "Islamiphobia".
Persoalan yang patut kita fikirkan, "Kemanakah "Zidane" di Malaysia ini untuk memperjuangkan hak Islam dan umat Islam?". Jikalaulah Zidane sanggup dilayangkan kad merah demi mempertahankan maruah ibunya, tidak adakah Zidane di Malaysia ini untuk mempertahankan Islam?
Viva la Zizou!

Sunday, July 09, 2006
Problem cari kerja?
11 Malam semalam lepak di kedai mamak di seksyen 4 tambahan dengan kengkawan lama di uniten. Plan nak ajak ramai sikit tp yg dapat dtg hanya jep, irwan n padil. Banyak borak pasal perkembangan masing2 dlm kerjaya dan ofcoz psl worldcup. Irwan tgh nak habiskan MBA di uniten dlm setaun lagi, jep jadi programmer di syarikat engineering Jepun dan padil pulak bahagian IT services di RHB Bank. Semua nampak mcm dah ok. Tapi bila berbual masing2 beceritakan mcm2 masalah dan ada plan nak cari kerja kat tempat lain. Yelah aku pun tak la kata aku takde masalah cuma aku rasa besyukur sebab masih seronok bekerja di tempat sekarang. Hmm nak lompat kerja bukan la salah tp banyak benda kena di pertimbangkan. Kalo baru setaun jagung pengalaman, belum tentu dpt kerja yg lebih baik. Bila ditanya mcm mana cara korang minta kerja? jawapnye hantar resume je. Huh korang ingat resume tu ada mulut ke nak cakapkan bagi pihak korang. Aku pun tebayang, camne kalo resume tu ada mulut dan leh becakap. Hmm mungkin masa depan ada resume boleh becakap.. Ish,, pening kepala org HR nanti denga resume pok pek pok pek. Tapi sebananya org HR akn campak je resume tu dalam almari. Cuba tgk almari dia, mesti penuh dgn resume org lain. Batter talefon la syarikat tu, tanya ada kerja kosong tak? Ada terima resume saya? Kalo tak minta tlg je HR tu bagi no contact Software manager ke, hardware manager ke, ICT manager ke, Sales Manager ke and then introduce la diri tu. Follow up la seberapa kerap yg boleh. Baru la org kata ada usaha lebih and pasti HR tadi atau Manager2 tu terasa nak bagi korang chance panggil interview. Macam tu baru la proaktif namanye. Jgn begantung sgt pada org atau kertas resume tu. Usaha la lebih sikit kemudian doa dan bergantung pada ALLAH sepenuhnya.
"Nak seribu daya, tak nak sudah!!"
Saturday, July 08, 2006
Sunday, July 02, 2006
Workaholic or Work for Al-Khaliq
Ahad, 2 Julai - Sedang berada di ofis. Buat tender JPA sampai siap sebelum 11am besok. Lepas tu boleh balik tido. huhu..... alamak tetinggal berus gigi :p