Pages

Monday, January 29, 2007

Macam mana nak tau orang lelaki tu kuat. Sasa tubuhnya??

Raulullah s.a.w pernah berpesan, "Seseorang muslim itu ialah mereka yang tidak menyakiti muslim lain dengan tangan dan perkataannya." (Muslim)

Berdasarkan hadis di atas, ternyata perbuatan menyakiti orang lain dengan perkataan sama ada menyumpah seranah mereka, memaki, mengumpat, memfitnah, mengejek, melabel-labelkan dan apa-apa sahaja adalah haram bagi seorang muslim.

Walaupun niat bukan untuk marah tetapi cara yang digunakan adalah dengan marah atau menyakiti hati orang lain, ia tetap perbuatan yang haram kerana yang menerima adalah apa yang didengar sahaja.

Perbuatan ini mungkin akan dipandang jelek oleh rakan-rakan sekiranya berterusan. Mungkin juga akan hilang ramai kawan. Lebih parah lagi mungkin dipulau oleh rakan-rakan setempat yang tidak suka disumpah seranah.

Oleh yang demikian, belajar-belajarlah menguasai kemarahan. Pesan Rasulullah s.a.w ketika diminta untuk memberikan nasihat, baginda mengatakan, "Jangan marah" dan baginda menyebutnya tiga kali. Dalam pesanan yang lain juga baginda telah mengatakan, "Orang yang kuat bukanlah mereka yang kuat bergaduh, tetapi orang yang kuat itu adalah mereka yang mampu mengawal kemarahannya." (Al-Bukhari)