Pages

Monday, September 12, 2005

Waduh.. lama tak update

Busy sgt sejak kebelakangan ni sampai tak sempat nak jengok blog sendiri. Keje menimbun-nimbun. Lepas satu, satu, lepas satu, satu. Bila nak update blog je teringat pasal keja. Dah hilang idea nak becerita. Bila lah aku boleh travel jalan jauh-jauh sikit dari KL ni? Anayway bulan September tahun ni memang best dan rasa bersyukur sangat. First minggu lepas baru je konvo. Rasa seronok sangat akhirnya berjaya gak dapatkan segulung ijazah. Second, dapat jadi confirmation staff dengan jawatan yg mmg best so gaji pun naik sekali + intensif tambahan. Rezeki namanya tu. Third tak lama lagi genap 23 tahun. Hmm best ke bila dah tua. Hmm rasa mcm dosa je yang banyak. Amalan masih tekontang kanting lagi ni.

Monday, August 22, 2005

English Premier League

Sembang-sembang member sekepala


English Premier League(EPL) kembali lagi, kali ini dengan imej yang penuh sensasi dan tergempar.Mengapa?Ini kerana EPL telah membuka satu sejarah baru dimana penguasaan/persaingan mutlak kelab Manchester United dan Arsenal sejak sedekad lalu berakhir. Kehadiran Chelsea dan Liverpool telah membuka ruang persaingan yang lebih luas dan sihat.Walau tidak dinafikan pembabitan jumlah wang yang besar,namun ianya tidak boleh dijadikan sebagai alasan utama mengapa Arsenal dan Manchester United akan terus merudum dan tewas lagi musim ini, barangkali kepada Chelsea??
Satu indikator bahawa sebarang revolusi atau perubahan memerlukan sokongan dana yang besar sebagaimana Chelsea membelanjakan 200 juta pound sterling sebelum berjaya menjadi juara liga!

Dakwah rasul dahulu juga memerlukan hartawan seperti uthman, abd rahman dan abu bakr yang menyumbang sebahagian besar kekayaan mereka demi dakwah islam. Perang tabuk menjadi saksi pengorbanan tulus mereka. Bagaimana pula jika kita refleks kepada gerakerja dakwah kita?sudah berapa ramai hartawan muslim yang kita ada?dan berapa sudah billion diinfakkan untuk dakwah?
---
Mengapa EPL lebih dekat dan mendapat promosi hebat rakyat Malaysia berbanding liga-liga lain di dunia?Walhal La Liga (Spain),Bundes Liga (German) dan Serie A ( Italy) dihuni oleh ramai bintang-bintang dunia yang ternama seperti Zinedine Zidane, Ronaldo, Ronaldinho dan ramai lagi?
Mudah sahaja,Malaysia dijajah oleh british…sbb tula tahu hanya tahu EPL dan menyokong pasukan England, lebih-lebih lagi yang lahir pun kat England. Walaupun fanatik bolasepak mengatakan serie A adalah liga paling mencabar di dunia dengan kelab seperti AC Milan, Inter Milan dan Juventus, tetapi ramai berpendapat EPL adalah yang terbaik.
Adakah selepas British keluar drp Malaya pada 1957, kita benar-benar merdeka?perkara yang diperbincangkan sejak ana di sekolah menengah lagi.yang pastinya perlembagaan ciptaan lord Reid mejadi peniggalan paling berharga mereka selain sistem politik demokrasi kapitalis yang menyusun kehidupan kita di Malaysia.
---
Mengapa pendapatan pemain-pemain ternama EPL berlipat kali ganda secara purata berbanding pemain di La Liga atau di Serie A?
Dah tentu duit pound sterling lagi besar dari euro.
---
Formulanya adalah mudah, marketing dan promosi yang hebat.Marketing dan promosi EPL sungguh menarik, malah pemain-pemain EPL disensasikan,menjadikan ianya suatu perniagaan dan lubuk populariti.Media memainkan peranan yang penting dan berkesan sekali dalam mempromosikan EPL.
Dakwah dan perjuangan juga memerlukan marketing dan promosi yang hebat, bagi membolehkan visi dan misi iadapat disebar luaskan kepada targeted objek. Pemain-pemainnya juga harus hebat dan disensasikan malah mesti menjadi jaguh global kepada masyarakat. Marketing ini jika dilaksanakan secara kolektif dan terancang, pasti dakwah Islamiah boleh mengatasi segala doktrin/fahaman asing dan pelik yang sedang melata di mana-mana.

Propaganda media mmg menjadi suatu yang paling utama dalam kejayaan pendoktrinan, sebagai contoh david beckham yang tak sehebat mana pun menjadi pujaan peminat bolasepak dan fesyen seluruh dunia. Begitu juga dengan pasukan England yang ranking dunia hanyalah yang ke-8 tapi di geruni lawan tidak seperti pasukan ‘low-profile’ seperti france, italy, dan netherland yang rankingnya yang lebih tinggi daripada England.
Sedangkan orang lain boleh menjual barang mereka yang tidak berapa elok dengan bantuan media, inikan pula duat yang meletakkan Islam sebagai produk sempurna cirinya dan yang terbaik daripada apa-apa yang selainnya. Janganlah kita merasa rendah diri dengan islam seharusnya kita merasa izzah kerana mewarisi tugas para anbiya’.
---
Di EPL, terdapat well-known name yang diakui sebagai expert dan kebolehan masing-masing Muka-muka seperti Joe Cole(Chelsea) terkenal dengan kepantasan serangan di bahagian kanan,Ledley King(Spurs),seorang pemain muda kental di bahagian pertahanan, dan Thiery Henry (Arsenal), striker yang tiada tolok bandingan.
Pasukan dakwah juga telah memiliki well-known figure yang terlibat dalam bidang-bidang berbeza. Bidang penulisan, ceramah, high risk dakwah mahupun apa sahaja platform dakwah/perjuangan telah ada pakar rujuknya.
Jadi seharusnya setiap akh mengenalpasti bidang dakwah apa yang akan diceburi sehingga menjadi pakar dan tempat rujukan sebagaimana abd rahman bin auf dalam peniagaan, umar al-khattab sebagai pemerintah yang paling bijaksana, mu’awiyah sebagai politician yang hebat, khalid al walid sebagai strategis perang yang terulung dan ramai lagi para sahabat untuk dijadikan tauladan. Bintang-bintang yang seharusnya kita petik kerana kecintaan kita pada para sahabat.
---
Tetapi sampai bila Thiery Henry akan terus menjadi deadly strike force buat Arsenal ataupun sampai bila Joe Cole akan terus ligat di sebelah kanan?Pastinya ada pengganti,malah pembelian Shaun Wright Philips(berumur 21 tahun) dari Manchester City ke Chelsea merupakan satu projek jangka panjang bagi memberikan alternatif kepada right flank Jose Maurinho.
Teringat forum terakhir pada Konvensyen Tarbiah JIM (KONTARN) baru-baru ini. Melihat abu urwah(politician), dr danial(tokoh masyarakat), ust alias(murabbi) dihadapan, terdetik dihati ini siapa yang akan menyambung perjuangan mereka?adakah generasi kita mampu melahirkan tokoh sebaik atau lebih baik daripada mereka?adakah pencapaian generasi kita akan lebih besar impaknya kepada masyarakat?adakah generasi kita yang akan mengecap buah kemenangan yang diimpikan sejak zaman hasan albanna?ataupun masih jauh lagi,dan memerlukan usaha yang lebih gigih lagi dari setiap duat yang berada dalam kancah dakwah ini.
---
Pelapis-pelapis dakwah harus segera "dibeli" dan diberi bimbingan oleh well known figure ini. Bimbingan dan latihan, fokus dan praktis di medan amal, harus diintensifkan.Yang pasti, apabila pelapis-pelapis ini sedia dan meledak, ia akan pasti meledak sebagaimana Rio-Cocker (west Ham) dan Charton Cole (Arsenal), masing-masing berumur sekitar 21 tahun meledak di EPL.
Umur 21 sememangnya menunjukkan potensi terhebat individu dan ramai individu dalam sejarah yang mencapai matlamatnya pada umur 21. Kepada semua pemuda yang berada dalam lingkungan umur tersebut atau telah melepasinya, apakah sumbangan terbesar anda kepada ummah?
Namun yang pasti, tarbiah itu adalah sesuatu yang berjalan seiring dengan amal di medan.Selangkah para pemain dakwah melangkah mencuba dan menongkah arus sungai,2 -3 langkah kehadapan dia akan belajar.
Janganlah kita pada masa akan datang hanya akan mengungkit jasa-jasa yang telah dibuat oleh generasi sebelumnya kerana generasi kita tidak ada pencapaian yang hendak dibanggakan dihadapan Allah. Sebagaimana man utd hanya berbangga dengan treble 1999 mereka, tetapi tidak memenangi apa-apa kejuaraan pada musim lepas. Hanya tahu mengungkit kejayaan 6 tahun lepas yang telah lama berlalu.Tidak seperti Arsenal (piala FA), Chelsea (juara liga) dan Liverpool (juara liga-liga juara).
Ikhwah dan akhawat sekalian..Sama-samalah kita dalam satu barisan, melakar sejarah bagi mengembalikan kegemilangan Islam dan meletakkan din ini ditempatnya. Allahuakbar!

Siapa sangka?

Sunday, August 21, 2005

Dah setahun dah!

Sedar tak sedar dah setahun dah blog aku ni. Huhu sejak keje ni tak sempat nak tulis apa-apa. Tapi bila dah ada masa tak ada idea nak tulis apa. Tetiba jadi blank. Input ada tapi tak tau nak kelua ikut mana. Cuba baca balik apa la yang aku post dekat blog ni. Best gak bila baca balik. Apa yang aku post kan itulah apa yang aku fikirkan. Harapnya boleh dikongsi bersama pembaca dan minta maaf la kalau ada yang tersinggung. Apa yang baik itu daripada Allah dan yg buruk itu kelemahan diri sendiri. Buang yang keruh ambil yang jernih.

Saturday, July 30, 2005

Serabut

Fuhh... penat, baru balik joging. Ambil masa sikit utk mencoret. Lama gak tak update blog ni. Terima kasih la kpd sesiapa yg datang ke blog ni. Minggu ni mmg memenatkan. Banyak Tender dan projek yang nak disiapkan. Tapi dalam pada banyak2 keje aku sempat ke Pulau Pinang Sabtu Ahad lepas utk menghadiri Konvensyen Tarbiyah Nasional JIM. Bagi aku hidup ini lebih bermakna sekiranya kita faham dan clear ke mana arah dan hala tuju hidup ini dan ke mana akhirnya kita nanti. Kadang-kadang rasa sedih bila melihat ramai kawan-kawan aku yang sebaya dan termasuk pemuda-pemuda di Malaysia amnya, terus hanyut dek badai hedonisme yang melanda. Masing-masing mahu mencari identiti diri yang tersendiri. Tgk saja akademi fantasia, bagi aku bukan org yang di atas pentas itu hebat tetapi manusia-manusia yang berada dibawah pentas mahu pun yang berada di depan TV tu, dasyat beb. Serabut-serabut, kalau ramai ni lah pemuda-pemudi malaysia yang terus menerus membiarkan diri hanyut dek gelombang hedonisme.. hiburan-hiburan yg berlebihan bukan saja akademi fantasia yg harus di beri spot light, tapi banyak lagi.. Malaysian Idol la, Mentor nye la, Mencari Cinta la (Ada ke patut dia kata lelaki2 dlm tu wira... geli bulu ketiak aku denga eh) dan banyak lagi. Yelah hidup ni penuh dengan pilihan tapi ingat setiap pilihan yang kita buat akan berakhir hanya dengan dua pilihan. Sama ada kita pilih untuk mengambil buku amalan kita dengan tangan kanan dan masuk ke Syurga atau kita pilih untuk mengambil buku amalan itu dengan tangan kira dan ke Neraka. Kalau mcm ni lah keadaannya hmm boleh ke Malaysia menjadi sebuah negara Cemerlang, Gemilang, Terbilang?

Wednesday, July 20, 2005

Fusing Solutions



Kemarin satu hari ikut seminar Oracle di Nikko Hotel. Kali ni yang hadir by invitation so tak ramai sangat orang. Memang menarik isu-isu dan maklumat terkini yang diberikan tentang dunia database masa kini. There are one step foward in the database technology. No wonder Oracle is the number one Database Technology in the world. Banyak benda yang aku dapat tahu Yang aku minat sekali bab Inteligence, Integration dan Oracle University. Sambil-sambil menyelam sambil minum air, waktu ni la my bos bawa aku kenal-kenal dengan orang-orang Oracle dan partner supaya senang nak buat apa-apa projek dan business nanti.

Monday, July 11, 2005

Kemas bilik

Sabtu Ahad lepas mmg malas nak pergi mana-mana. Rasa nak duduk rumah je sebab rasanya nak kemas bilik, repair lampu bilik, repair kipas meja. Haha bilik aku mmg dah jadi mcm tongkak pecah. Dengan baju yang tak berlipat, habuk sana sini, lampu rosak dan kipas pulak tak mahu hidup. Sejak bekerja ni mmg mcm tak de masa je nak buat kerja-kerja rumah. Mana taknya pagi-pagi siap pergi keja, balik rumah dah penat. Jadi hujung minggu je la harapan aku. Akhirnya berjaya gak aku mengemas bilik. Mula-mula lipat baju. Punya la banyak baju tak berlipat. Main campak je dalam almari. Aku sendiri pening kepala tgk tapi sekarang dah lipat kemas-kemas. Habuk pulak punya la tebal, nak-nak bawah katil dan celah almari sampai selsema kena habuk. Lepas tu repair lampu, housing starter dah loss. Malas nak beli yg baru kat kedai, so tampal je dgn soletip supaya starter tu tak longgar. Kemudian repair kipas yg dah berhabuk lama tak pakai. Fuhh akhirnya siap semua yg aku plan. Puas hati rasanya. Baru la fikiran rasa lapang bila rumah nampak kemas dan bersih.

Wednesday, June 22, 2005

Enjoy my job

Dah masuk 3 bulan aku bekerja di eNCoral. Setakat ni memang puas hatila kerja kat sini. Mmg sesuai la nak mulakan kerjaya setelah tamat belajar. hehe tak confirm pun lg tamat kat uniten tu. Baru je lepas hantar tesis. Result final year project pun blom kelua lagi. Pagi tadi aku pegi KL Hilton ada Oracle Technology day. Hari ni la first time aku naik ERL dari pejabat kat Bdr Tasik Selatan hingga KL Sentral. Fuiyo boleh jagun la kejap. Ada komuter tp saje gatal nak naik ERL. Mahal lak pulak tambang. Beza rm3.90 drp komuter. Tapi cepat sampai.. puas hati. Dlm KL Hilton dok denga org oracle cerita pasal technology oracle. Ada yang menarik tp ada gak yang bosan sampai tetido. Biasala aku mana leh denga lecture lama sgt. Tapi time makan la paling best. 3 kali makan di KL Hilton. Betambah ngantuk aku bila dah kenyang. Pada hari ni gak ada demo server xSeries IBM di IBM Plaza. Tak leh nak pegi sebab aku dah confirmkan dulu dgn Oracle. Org IBM pun baru call aku semlm mana la nak dan. Tu la keje sampingan aku yang syok. Pergi seminar Oracle la, Talk IBM la, tak pun SunMicrosystem. Semuanya atas jemputan sama ada exclusive atau open dan biasanya buat kat hotel best-best sekitar KL. So keje yg sebena-benanye yang aku buat adalah lebih kepada buiness dan consultation. Tapi aku lom layak lagi la utk di panggil consultant but that's my dream one day. Still training with my Bos. Requirement untuk keje ni must have good knowladge in IT and good comunication skill. Awal-awal lapor diri dulu Bos ada tanya aku sama ada aku nak ke bahagian teknikal sahaja atau technical but not to deep plus business. Pening gak aku nak pilih. At last aku pilih gak dgn business sekali sebab mmg cita2 aku sejak kecil lagi nak jadi businessman hehe, tapi dok minat ke IT pulak. Pada mulanya aku mmg tak tau la apa benefit masuk line business ni, sekali bila dah masuk bulan ketiga ni baru Bos bagi tau apa faedah yang aku dapat dgn masuk line ni. Setiap projek yang aku close, aku akan dapat 2.5% komisyen. Ini takkan dapat kalau aku keje teknikal sahaja. Ada lagi benefit2 lain tp tak mo ceritala. Rahsia! Kerja ni mmg banyak cabaran tapi aku anggap ia satu peluang. Cuma aku risau kalau Allah kaburkan hati aku dengan dunia. Nau'zubillah jgnla aku jadi seorg yg wahan (cintakan dunia).

Hadis Nabi S.A.W, di riwayatkan oleh Abu Daud:
Maksudnya: Daripada Thauban r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka. Maka bertanya salah seorang sahabat Baginda: Apakah kerana bilangan kami yang sedikit pada masa itu wahai Rasulullah? Lalu baginda s.a.w menjawab: bahkan kamu pada waktu itu ramai sekali tetapi seperti buih di lautan dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah akan mencampakkan kedalam hati kamu penyakit "WAHAN". Bertanya sahabat: apakah al-Wahan itu ya Rasulullah? Baginda s.a.w menjawab: cintakan dunia dan takutkan mati.

Thursday, June 16, 2005

Yeah!!

Yeah!
I am proud to be a Muslim!
Everyday when I wake up, I thank God for the fact I am alive for another day as a Muslim.

Yeah!
I enjoy to be a Muslim!Every Muslims whom I meet, I can greet her/him for everyone is my sister or brother.

Yeah!
I am happy to be a Muslim!Every seconds of my life, I am always in service for God.

Yeah!
I am grateful to be born as a Muslim!From my very first breath, I am in full submission to God.

Yeah!
Alhamdulillah,Thank you Allah for this wonderful, priceless faith!

~~the straight and narrow path to our final abode~~

Wednesday, June 15, 2005

fwd: IMPIAN

[Relexjap] NWR(A) - IMPIAN

Fikiran seperti sebuah benih.
Kalau kita menanam tomato maka yang tumbuh adalah tomato.
Tetapi kalau kita menanam durian mithalnya, yang tumbuh juga durian.
Tidak mungkin akan pernah terlihat tanam tomato tumbuhnya durian.
Begitu juga dengan fikiran manusia
Kalau kita menanamkan fikiran yang biasa-biasa,
Maka kita akan menjadi orang kebanyakan..
Kalau kita menanam fikiran yang sedikit lebih dibandingkan orang lain
Maka kita akan mendapatkan sedikit lebih dari orang lain.
Tetapi kalau kita menanam fikiran yang luar biasa kedalam diri kita
Maka dapat dipastikan kita akan menjadi orang luar biasa.

KENAPA SEPERTI ITU???
Kerana ternyata pemikiran manusia seperti fenomena "gunung ais". Ini berbahaya kerana yang menenggelamkan kapal TITANIC adalah gunung ais. Puncak yang kelihatan itu ( sedikit kan?? ) adalah fikiran sedar kita. Tetapi bahagian yang tidak terlihat yang jauhhh....lebih besar adalah fikiran dibawah sedar kita. Kalau kita memasukkan fikiran ke alam sedar ini akan masuk ke alam bawah sedar yang sebenarnya potensinya jauh lebih besar.

Ada sebuah cerita....
Ada seorang pengusaha kilang ais terkunci disebuah bilik pendingin. Dia menjadi panik dan akhirnya menyerah. Bilik itu bertambah sejuk dan sejuk. Tubuhnya terasa beku lalu akhirnya dia mati kesejukan. Beberapa hari kemudian mayatnya ditemui dan ternyata bilik tu sama sekali tidak terkunci dan " Ice Machine " nya telah lama rosak!!!. Ini adalah kekuatan pemikiran.

Well, saudara-saudaraku kekuatan fikiran adalah kekuatan maha dahsyat yang dapat menentukan kehidupan manusia. Orang-orang besar mempunyai satu persamaan iaitu KEKUATAN FIKIRAN. Tetapi don't worry...itu dapat dilatih dan itu harus dimulai dengan IMPIAN!!!!

Bagi yang sangat ingin berubah kita tunggu saatnya. Tetapi percayalah, perubahan tidak akan datang kalau kita tidak memulakannya.

Benarkah rezeki diberikan oleh Allah swt

Banyak kebesaran Allah yang kita boleh nampak daripada rezeki yg kita perolehi. Allah ada meminta kita supaya melihat dan berfikir ttg makanan.

Maksud firman-Nya:
“(Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah masnusia melihat kpd makanannya (bagaimana Kami mentadbirnya)”.
(‘Abasa: 24)

Jadi bagaimana kita boleh tahu Allah adalah Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki?

Jawapannya sejak manusia dalam perut ibunya lagi Allah telah memberikan manusia rezeki. Allah jadikan tali pusat sbg sistem saluran makanan kepada janin. Kemudian bila lahir, tali pusat di potong. Maka Allah tutup saluran tersebut dan buka saluran baru (mulut, kerongkong dan perut)

Adakah ibu kita yg buat tali pusat kemudian membuka saluran baru serta membina sistem penghadaman? Adakah ayah kita terlibat sama membantu? Atau adakah Negara2 maju yg mencipta benda-benda tersebut?

Kemudian bayi yang kecil walaupun di buka mulut tetapi masih tidak mampu makan bijirin-bijirin spt nasi atau buah-buahan mahupun daging. Adakah Allah mebiarkan rezeki bayi itu terputus?

Tidak sama sekali, lalu Allah membuka satu sumber baru dengan memberikan kelebihan kepada si ibu untuk menyusukan anak dari susu badan. Kemudian Allah berikan bayi itu ilham bagaimana untuk menghisap susu ibu sedangkan ketika itu bayi tersebut tidak mengetahui apa-apa pun!

Adakah kudrat alam (nature/semula jadi) yang kaku dapat mengetahui semua ini sedangkan ia sendiri tidak mengatahui apa-apa.

Sampai masanya kita perlu berjauhan dengan ibu kita untuk mula hidup berdikari. Oleh itu kita perlukan sumber rezeki yang baru.

Allah yang Maha Mengatahui lagi Maha Bijaksana sudah tahu apa yang kita perlukan. Dia telah menyediakan rezeki kepada kita di setiap tempat yang kita singgahi di dunia ini. Dengan itu,
  • Dia telah ciptakan tanah yang sesuai untuk pertanian.
  • Dia mengadakan air yang diperlukan oleh tumbuhan untuk penghasilan makanan kepada semua manusia
  • Dia mengadakan gas yang diperlukan tumbuhan serta matahari untuk penghasilan makanan
  • Dia mengadakan tumbuh-tumbuhan dengan jumlah yang besar utk penghasilan makanan dan hidangan kita.
  • Dia jadikan gigi dan air liur untuk memudahkan kita makan

Kemudian dari situ manusia akan mendapat tenaga untuk bekerja. Maka ada segelintir manusia yg mencipta peluang-peluang pekerjaan kepada manusia-manusia lain dengan membuka pelbagai syarikat. Dari situlah sumber rezeki berkembang kepada seluruh manusia. Begitulah seterusnya dengan berfikir tentang makhluk ciptaan Allah, kita dapat mengatahui bahawa Allah adalah Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki.

Cuba bayangkan sekiranya ada seorang lelaki yang menanggung sara 10 orang fakir miskin tanpa mengharapkan apa-apa balasan, maka sudah tentu kita berpendapat betapa mulianya lelaki tersebut. Tetapi bagaimana pula dengan Allah yang menjamin rezeki bagi kesemua umat manusia dan segala kehidupan.

Kesemua ini membuktikan bahawa ia dilakukan oleh yang Maha Mulia:

Maksud firman-Nya:
“Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengatahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat yang berkenaan)”. (Hud:6)

Sekiranya kita berfikir maka kita dapat mempercayai bahawa Allah lah Yang Maha Memberi Rezeki. Sekiranya kita berfikir lebih dalam maka kita dapat melihat kebesaran-Nya dan segala sifat kesempurnaan adalah milik-Nya.

Maksud firmannya:
“(Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kpd makanannya (bagaimana Kami mentadbirnya). Sesungguhnya Kami telah mencurah hujan dengan curahan yang menakjubkan. Kemudian Kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan. Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian. Dan buah anggur serta sayur-sayuran. Dan zaitun serta pohon-pohon kurma. Dan taman-taman yang menghijau subur. Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput. Untuk kegunaan kamu dan binatang ternak kamu.”
(‘Abasa: 24-32)

Begitulah kehebatan kuasa yang Maha Esa, Semoga kita menjadi hamba yang bersyukur dan sujud kepada-Nya.

Noraizuddin
-eNCoral-

Friday, June 10, 2005

Doa untuk kalian

Tak sangka masa begitu cepat berlalu. Sudah hampir 3 bulan aku bekerja. Perjalanan sebagai pelajar uniten telah mula menjadi kenangan. 5 tahun bukan satu tempoh yg pendek namun terasa bagai sekelip mata. Banyak peristiwa pahit manis yg menjadikan asam garam kehidupanku. Di sinilah aku membina lebih ramai kawan, mengenali lebih ramai sahabat seperjuangan, menimba lebih banyak ilmu, mencari rentak kehidupan dan tak salah kalau aku mencari cinta bukan. Aku besyukur kerana diberi peluang utk melalui liku-liku kehidupan remaja ku di Uniten. Aku sama sekali tak kan lupakan kawan-kawan di Uniten. Tak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah yang sempat ku kenal. Akan ku doakan kalian supaya sentiasa dlm rahmatNya dan hidayahNya. Biarlah pertemuan dan perpisahan ini kerana Allah swt supaya kita mendapat perlindungan di Padang Mahsyar kelak. Amin.....

Tuesday, May 31, 2005

Banyaknya dosa aku

Pada minggu lepas, tiga hari aku jatuh sakit. Badan terasa begitu lemah tak bedaya. Pada mulanya badan terasa panas dan pening-pening seperti nak demam. Mungkin sikit je kot, tak yah lah gi jumpa doktor. Jadi aku telan la 2 biji panadol active fast. Konon macam iklan tu la boleh besemangat balik serta merta tapi sebaliknya terus tesembam di atas katil. Bila hari dah petang baru aku nak jumpa doktor. Badan dah lemah longlai. Tak larat lak nak drive. Alhamdulillah nasib baik Fairuz housemate aku ada di rumah, boleh la minta tolong dia hantarkan pergi klinik. So si Fairuz hanta la aku ke klinik di kajang. Bila dah cek, doktor sahkan aku demam biasa je. Lega rasanya dapat ubat.

Keesokan paginya, suhu badan dah turun sedikit tapi masih terasa lemah lagi. Ketika aku sudah siap untuk pergi kerja tiba-tiba aku rasa mual-mual macam nak muntah pulak. So waktu tu aku dok fikir, nak pegi keje ke tak nak. Tengah dok fikir akhirnya aku dapat jawapan… UWEEKK #%%@#.. huhuhu banyak kali aku muntah pagi tu. Rasa lagi teruk lak dari semalam. Petang tu baru aku nak pergi jumpa doktor. Kali ni aku pegi Pusat Rawatan Az Zahrah Bangi. Bila doktor cek, doktor kata aku kena food poisoning. Aduuhh apa benda yang aku makan ye?? Waktu aku demam, aku hanya makan bubur ayam McD.. budak bujang katakan. Tak kan bubur tu kot?? Tapi sehari sebelum tu aku ada makan lamb chop di Wangsa Maju. Hmmm mungkin lamb chop tu la. Lain kali tak nak la makan situ lagi.

Bila direnung balik, tentu ada sebab kenapa Allah bagi aku sakit. Mesti sebab aku banyak dosa. Lalu atas sebab Kasih dan Sayang Yang Maha Esa diberinya aku sakit untuk hapuskan dosa yang ada. Untunglah kalau aku tergolong dalam orang yang sabar dan berfikir. Alhamdulillah sekarang dah sihat balik. Boleh enjoy!!! hehehe

HADIS QUDSI:
"Bersabarlah dalam menghadapi penyakit, sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa"

Quote of the day

"Orang yang tidak berbuat apa-apa tidak akan melakukan kesilapan yang besar, tetapi tidak berbuat apa-apa adalah kesilapan yang paling besar."

Tuesday, May 10, 2005

Courseware Generator

Alhamdulillah akhirnya berjaya gak menyiapkan dan present final year project aku yang sekian lama memeningkan kepala ni. Ada gak setahun makan masa tapi rasanya lebih kurang dua bulan je betul2 buat projek yang lebihnya hanya menung depan monitor. Waktu present mmg speaking habis dah. Kenang balik waktu sekolah dulu tak la reti sgt cakap org putih nih. Bagus tul penel yg evalute projek tadi, 2 orang tido dengan nyenyaknya, 2 orang lagi tanya mcm2 soalan cepumas. Pening gak nak menjawab tp mcm biasa buat steady je. Habis je present dlm hati ni dah melonjak-lonjak kegembiraan. Aku tak la melonjak-lonjak lepas present tu. Mcm biasala, buat cool je hehe. Lepas daripada tu ketua panel dan seorang pensyarah yg saje datang nak lihat projek memanggil aku dan bertanya lagi pasal projek. Rupa-rupanya pensyarah tu berminat dgn projek tu dan bercadang nak digunakan di Uniten. Lepas tu dimintanya aku present pada bulan 6 nanti di depan pensyarah2 IT yan lain. Rasa gembira tu ada gak tapi nampaknya betambah-tambah la keje aku. Rasa malas dah nak tgk programming projek tu. Ingat nak tumpukan pada kerja-kerja di pejabat. Kerja pejabat pun banyak, minggu ni kena present dekat bos ttg Oracle Business Intelligence & Data Warehousing. Satu habuk pun tak buat lagi. Tahun ni mmg tahun yang penuh dengan bebanan kerja tapi tak pe, aku anggap ia sebagai satu cabaran. "no pain, no gain". Tak guna mengeluh lebih baik hadapi segala ini dengan doa dan tawakal pada Allah. Selama ini pun segala ilham yg datang dan segala kekuatan yg ada adalah pemberianNya. Syukur Alhamdulillah.




First page system...tak de masa nak design graphic..look sempoi je



Putih je..



Learning path..disney tu hehe.. gamba je la

Wednesday, April 06, 2005

Quote of the day

"Always pray for Allah help, but help yourself first!"

Thursday, March 10, 2005

Projek dan kerja

Dua minggu lepas aku telah dipanggil untuk temuduga di salah sebuah syarikat IT. Ini kali kedua aku di panggil untuk temuduga kerja setelah temuduga pertama aku di Shah Alam memang gagal. Tapi tak kisah sangat sebab bukankah "secubit kegagalan, segenggam kejayaan", apatah lagi memang nak cari pengalaman temuduga. Macam biasa memang bersemangat hari tu untuk pergi temuduga. Dipanggil untuk temuduga pun dah cukup mengembirakan. Bukan senang nak cari kerja zaman sekarang ni. Alhamdulillah semuanya berjalan baik ketika temuduga. Aku pun dah terangkan situasi aku yang masih di tahun akhir dan habis bulan April ni. Kali ni rasa lebih yakin dan dah buat yang terbaik lepas tu berserah pada Allah. Amat penting untuk kita bertawakal setelah berusaha. Inilah yang membuatkan hati kita lapang dan tenteram serta redha untuk menerima sebarang ketentuanNya. Kalau diterima, syarikat tu akan panggil minggu hadapannya.

Seminggu dah berlalu tapi tiada sebarang panggilan. Hmm hati dah mula rasa "aah tak dapat la ni, wat camne takde rezeki..tak pelah, projek final yr pun tak siap lagi...dah sibuk2 nak cari kerja. Tunggu grad dulu la baru cari kerja". Rasa kecewa tu memang ada tapi redha je la. Kena usaha lebih kuat lagi la lepas ni.


Minggu berikutnya bila hati dah tawar nak cari kerja, aku terima panggilan dari syarikat tempoh hari. "Tahniah, anda telah diterima untuk bekerja dengan syarikat kami......" Alhamdulillah..itu saje perkataan yang aku nak sebut waktu tu. Siapa tak seronok dapat kerja. Tapi seronok aku bercampur baur dengan kerisauan untuk menyiapkan projek. Walaupun ada sebulan lebih utk disiapkan tapi hanya tinggal lebih kurang seminggu je lagi sebelum mula lapor diri untuk kerja. Bila dah kerja mesti dah susah nak siapkan projek, masa pun dah tak banyak. Projek pulak amat penting untuk disiapkan supaya boleh grad semester ni. So kena pulun la tak tido malam menyiapkan projek. "Ya Allah ya tuhanku, berilah diri ini kekuatan dan permudahkan urusan ku ini" Amin.


Tak tahulah apa pulak cabaran yang menanti bila dah kerja. Link website tempat kerja aku tak lama lagi. Not a big company but a good company I think..hehehe ;)
http://www.nc.com.my/

Tuesday, March 08, 2005

Allah Knows Best

ALLAH knows what is best for us
So why should we complain
We always want the sunshine
But He knows there must be rain.

We always want laughter
and the merriment of cheer
but our heart will lose
their tenderness
If we never shed a tear.

ALLAH tests us often
with suffering and sorrow
He tests us not to punish us
but to help us meet tomorrow.

For growing trees are strenghtened
if they can withstand the stormand
the sharpness of the chisel
gave the marble its grace and form.

ALLAH tests us often
and for every pain
He gives us
provided we are patient
Is followed by rich gain
So whenever we feel that
everything is going wrong
It is just ALLAH'S way to make our spirit strong.

Sunday, February 27, 2005

Aku ingin bebas

Kebebasan itu
Bukanlah bila kita bisa terbang di awan biru
Atau menari-nari di dalam hujan
Atau berdakapan di khalayak tanpa segan

Kebebasan itu
Adalah anugerah Tuhan yang hadir
Tatkala hati terasa lapang
Minda tidak terbeban
Batin tidak menyeksakan
Deria mampu menilaikan
dan akal masih setia mewaraskan

Kebebasan akan datang
Bila hidup kita dengan tujuan
Mengenali, mendekati dan mencintai Tuhan
Lepas segala tanggungan
Hilang semua bebanan
Kerana biar ribuan halangan
Langkah untuk kepadaNya terasa ringan
Nikmat cinta padaNya tiada bandingan


"Aku menjumpai kembali
Cintaku yang telah hilang pada Ilahi
Inilah perawat duka penawar hiba
Hubungan cinta teragung antara Tuhan dengan hamba"

Quote of the day

"Islam bukan mencari tapi Islam dicari, Islam bukan sekadar perbuatan tapi memerlukan penghayatan, Islam itu mudah, tapi jangan permudahkan"

Monday, February 21, 2005

Kisah mangkuk cantik, madu dan sehelai rambut..

Suatu ketika, Rasulullah SAW, Abu Bakar, Umar dan Uthman berkunjung sebagai tetamu ke rumah Ali. Di sana mereka dijamu oleh Fatimah, puteri Rasululllah SAW sekaligus isteri Ali bin Abi Thalib. Fatimah menghidangkan untuk mereka semangkuk madu. Ketika mangkuk itu diletakkan,sehelai rambut jatuh melayang dekat mereka. Rasulullah SAW segera meminta para sahabatnya untuk membuat perbandingan terhadap tiga benda tersebut, iaitu mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut.

Abu Bakar yang mendapat giliran pertama segera berkata, “iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut”.Rasulullah SAW tersenyum, lalu menyuruh Umar untuk mengungkapkan kata-katanya. Umar segera berkata, “kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Rajanya lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.Rasulullah SAW kembali tersenyum, lalu berpaling kepada Uthman seraya mempersilakannya untuk membuat perbandingan tiga benda di hadapan mereka.

Uthman berkata, “ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.Rasulullah SAW kembali tersenyum kagum mendengar perumpamaan yang disebutkan para sahabatnya itu. Baginda pun segera mempersilakan Ali bin Abi Thalib untuk mengungkapkan kata-katanya.

Ali berkata, “tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.Rasulullah SAW segera mempersilakan Fathimah untuk membuat perbandingan tiga benda di hadapan mereka.

Fathimah berkata, “seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik. Wanita yang mengenakan purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.

Setelah mendengarkan perumpamaan dari para sahabatnya, Rasulullah SAW segera berkata, ‘seorang yang mendapat taufiq untuk beramal lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Beramal dengan perbuatan baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas, lebih sulit dari meniti sehalai rambut.”

Malaikat Jibril yang hadir bersama mereka, turut membuat perumpamaan. “menegakkan tiang-tiang agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik. Menyerahkan diri, harta dan waktu untuk agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehalai rambut”.

Allah SWT membuat perumpamaan dengan firmanNya dalam hadis Qudsi, “syurgaKu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu. Nikmat syurgaKu itu lebih manis dari madu dan jalan menuju ke syurgaKu lebih sulit dari meniti sehalai rambut”.

http://www.ukhwah.com/

Saturday, February 12, 2005


e-tam control macho

e-ei pemalu dan bob kucing jiran

Friday, February 04, 2005

Countdown to Awal Muharam

Enam hari lagi awal muharam akan menjelma.
Begitu besar pengorbanan kaum muhajirin ketika itu. Mereka taat pada perintah Allah dan Rasul supaya meninggalkan kota Makkah. Segala harta ditinggalkan bahkan mungkin kaum keluarga sendiri. Pergi hanya membawa diri dengan berbekalkan iman di dada. Mereka yang berhijrah tidak pasti sama ada dapat berjumpa kembali dengan kaum keluarga yang ditinggalkan. Tiada gambar untuk diingati, tiada talefon untuk dihubungi apatah lagi e-mail. Tapi kaum Muhajirin tetap SANGGUP BEKORBAN.
Kaum Ansar pula sedia menanti dan menerima. Walaupun tidak berkemampuan tetapi sanggup mendahulukan kaum Muhajirin. Berikan tempat tinggal dan makanan walaupun sendiri tidak makan. Tidak pernah mereka mengenali sebelum ini tetapi yang mereka pasti antara mereka adalah saudara seIslam.
The Lost Spirit of Hijrah

Friday, January 28, 2005

Pencuriiiiii!!!....2

(-----edited version-----) Ada satu ayat Al-Quran yang menyebabkan aku teringat peristiwa pencuri tempoh hari. Firman Allah yang bermaksud:

"Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demekian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu)". (An-Nur:27)

Dalam Al-Quran pun di ajar kita supaya beradab dgn memberi salam sebelum masuk ke rumah orang lain. Islam mengajar kita bagaimana untuk hidup dengan baik sekali. Lain kali siapa masuk rumah aku tak beri salam, mmg aku anggap pencuri aka penyangak!!

Naruto Season 2

Huhu naruto look cool huh!!


Naruto Season 2



Hehe kpd peminat naruto, cerita naruto bertambah gempakz. Ni gambar naruto dah besar 2 thn setengah dr dulu. So get your latest info now at http://www.narutofan.com

Monday, January 24, 2005

Uniten ada Censelor baru, NC nak pencen!

Pagi tadi aku sarapan kat restoran berhampiran rumah sewa aku. Sensorang jer, lom ada teman hehe. Dah plan nak makan roti canai garing, dua. Sampai kedai, le ramainya orang Q nak makan roti canai. Hmm tepaksa tukar plan, malas pulak nak tungu lama-lama, makan nasi lemak je la dgn teh o suam. Tengah nak suap je nasik lemak tetiba En. Rozli datang dan menyapa aku. En Rozli ni Pegawai Unit Sukan kat Uniten. Hari ni rupanya dia ambil cuti sebab anak dia sakit, kebetulan dia pun sarapan kat luar. Elok sangat la tu ada gak member nak berbual. Aku dengan En Rozli dah macam kawan je, sebab dah banyak kali berbincang tentang program dan libatkan dia dengan aktiviti student waktu jadi Exco MPP dulu. So rancak gak la berbual pasal Raya Haji, pasal family dia, pasal kerja, pasal TNB dan pasal yang paling best adalah tentang Uniten.
Perkara yang dah lama di tunggu-tunggu oleh student Uniten. Apa lagi kalo bukan Uniten nak dapat Censoler. Antara agenda penting Graduation Day 2005 bulan Ogos ni adalah Pemasyhuran Canselor Uniten. Siapa ek?? tu En Rozli pun tak tahu. Tak pe lah yang penting Konvo aku tahun ni bukan Naib Canselor yg bagi aku scroll tapi Censoler sendiri yang bagi. Satu lagi berita NC dah nak pencen tak lama lagi. Tu aku tak kisah sangat la cuma mungkin perkara ni pun dah lama ditungu-tunggu oleh student activist dan termasuk staff sendiri. "Bila laa NC nak blah??"
Haha macam ruangan gosip lak kali nih. Hmm banyak gak la borak. Mana taknye, En Rozli order roti telur. Aku dah habis makan nasi lemak dengan penuh sopan santun, baru roti dia sampai. Tak pe la, tak kisah la berapa lama pun nak borak. Janji ada member.

Thursday, January 20, 2005

Bangun..bangun..subuh.

Paling susah nak bangun subuh. Kalo bab bersenam rilek je push up 100x. Angkat dumb bell 10 kg berkali-kali pun tak de hal punya. Tapi ya Allah, nak angkat selimut yang berapa gram sangat la beratnya untuk bangun subuh, tak larat. Payah ke solat tu? bagi aku memang payah tapi kepayahan itu sebenarnya berbaloi dan dapat diatasi perasaan itu sekiranya kita benar-benar faham. Islam bukan sekadar agama tetapi adalah cara hidup. Salah satu cara hidup yang diwajibkan Allah adalah solat. Banyak ayat Al-Quran dan hadis menyebut tentang kewajiban, kelebihan dan azab seksa sekiranya meninggalkan solat. Secara tidak langsung amalan ibadah solat ini dapat membentuk peribadi kita.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:”…dan dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan kemungkaran”. (al-Ankabut: 45)

Allah dah menyatakan solat dapat mencegah kita daripada melakukan sebarang perbuatan keji dan mungkar. Kita mungkin boleh perhatikan diri sendiri sekiranya antara waktu Solat Subuh dan Solat Zuhur kita masih melakukan maksiat atau perbuatan keji dan mungkar maka perhatikan balik macam mana Solat Subuh kita pagi tadi. Khusyuk ke tak? sempurna ke tak rukunnya? Begitu juga antara waktu Solat Zohor dan Solat Asar. Sekiranya sela masa itu kita melakukan maksiat, renungkan balik Solat Zohor kita tengahari tadi, molek ke tak molek Solat Zohor aku tadi? Dan begitu jugak waktu-waktu yang lain. So sekiranya ada kekurangan perbaiki la lagi solat kita supaya solat diawal waktu, lebih khusyuk dan sempurna. Haa bukan senang tu. Tu pasal la kena mula sejak muda lagi. Jangan la tunggu dah tua, rugi-rugi.

Sabda Nabi S.A.W:
"Solat yang lima dapat diumpamakan sebagai sungai jernih yang mengalir di hadapan rumahmu, kemudian kamu membersihkan dirimu lima kali sehari di dalam sungai tersebut. Rasulullah bertanya, "Apa pendapatmu apakah masih ada kotoran yang melekat ditubuhnya, serentak para sahabat menjawab "tentu saja tidak". Rasulullah s.a.w menyambung, "sesungguhnya solat itu membersihkan dosa-dosamu sebagaimana air sungai yang membersihkan kotoran ditubuhmu". (Hadis Riwayat Muslim)

Banyak lagi kelebihan solat dalam membentuk peribadi seperti menjadikan diri kita seorang yang Mantap jiwa atau berprinsip dan tawaduk. Ini dapat dilihat dan dirasakan dalam hati, jiwa dan dalam diri seseorang yang mendirikan solat dengan ikhlas kerana Allah semata-mata, dari segi membentuk peribadi yang berdisiplin, tegas, tetap hati, berprinsip, bersifat tawaduk (tahu diri/rendah diri dan hati) dan sifat tadarru’ (merendah diri memohon berdoa kepada Allah). Dengan lain perkataan, sembahyang akan membentuk sifat dan akhlak mulia dalam diri orang-orang yang solat. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:

”Bahawasanya sembahyang itu adalah penetapan hati (tegas dan berprinsip), (menyuburkan) sifat tawaduk serta tadarru’ (dalam hati dan diri seseorang)…” (HR At-Tirmizi dan An-Nasa’i).
Inilah sedikit yang boleh aku kongsi. Aku pun bukan la pandai @ alim sangat nak cerita hal ni. Aku ada dua puluh sen je so aku bagi la sepuluh sen. Tapi yang lebih penting kita faham dan beramal.

Wednesday, January 19, 2005

Pencuriiiiii!!!

Nampaknya minggu ni memang tak boleh nak rileks. Kali ni rumah sewa aku dimasuki pencuri pada hari Isnin baru ni. Mcm mana nak cerita ek... Pukul 12.15 tgh aku tinggal berdua dengan housmate aku hisyam. Aku ketika tu sedang mengadap PC buat projek..tgh rajin tuh..bukan senang nak rajin buat projek. Di rumah aku ni ada lima buah PC terletak di ruang tamu termasuk la PC aku sendiri. Si Hisyam pula sedang tidur kat ruang tamu gak. Memang biasa kitaorang lepak di ruang tamu je. Jarang berada di tingkat atas atau di bilik masing2. Entah macam mana hari tu pintu depan ternganga lebar. PC aku pulak membelakangkan pintu masuk..tiba-tiba aku perasan ada seorang lelaki yang dalam lingkungan 20 an di belakang aku. tak tau la brape lama dia ada tanpa pengatahuan aku. Berlaku perbualan sedemikian:

Din: Eh! senyap je kau masuk

Penyamun: Saya cari kawan.

Ketika ni aku belum syak apa-apa lagi dan masih lagi mengadap PC. Mungkin dia kawan housemate aku.

Din: Siapa kawan kau tu?

Penyamun: Saya cari ni ???(nama yang kurang jelas disebut)

Aku mula sudah rasa something wrong here. Dah la masuk senyap-senyap tak beri salam sebut nama kawan pun tak jelas.

Din: Semua dah pergi kelas tinggal kami berdua je (merujuk si Hisyam yang masih enak dibuai mimpi)

Penyamun: Ooo saya ingat dia ada kat sini

Kali ni aku pandang muka dia betul2 dan hati aku mula terasa ada yang tidak kena dengan orang ni. Aku pun bangun menuju hampir kepada dia, lalu aku bertanya sekali lagi kepada dia:

Din: Awak cari siapa sebenarnya nih? (dengan nada suara yang agak tegas)

Penyamun: Takde bang saya cari Man.

Din: Man?? Man mane?? tak de orang nama Man dalam rumah nih.

Penyamun: Kejap, kawan saya pun ada tunggu kat luar

Budak tu pun segera manghampiri pintu keluar. Aku pun tanpa berlengah lagi terus menghalang dia drp keluar. Aku memang dah syak gila dengan budak ni tapi masih rasa dia mungkin salah rumah. Dia tunjukkan kawan dia di luar yang berada di dalam Proton Wira Sedan warna hitam. Tapi aku terus menyoal dia lagi.

Din: Kau sebenarnya nak buat apa datang sini? Betul ke kawan kau tu tinggal kat sini?

Budak tu mula gelabah dan cakap tersangkut-sangkut mungkin sebab aku pun sudah mula meninggikan suara. Waktu tu memang aku sudah bersedia untuk apa-apa kemungkinan. Rasa nak je tolak dia masuk kedalam. Tapi aku masih bersabar lagi. dan pada masa itu juga budak mula cakap mengarut seperti rasa diri sudah kantoi

Penyamun: Tak de bang macam ni, saya sebenarnya berhutang bang. Banyak gak la. Kena cari duit...

Dalam hati aku mula berkata. "Dah sah budak ni...". Aku pun masuk ke dalam sedikit untuk melihat dompet aku. Memang dah tak de atas meja. Waktu tu jugak budak tu terus lari keluar dan segera menaiki kereta proton hitam tu. Kereta terus reverse dgn laju dan pusing ke jalan besar. Aku cuba mengejar tapi tak sempat cuba jugak melihat no plat malang nye terlindung dek rimbunan pokok yang rendah seperti tembok.

Din: Cis tak guna punya budak..PENCURI!!

Waktu tu juga aku terus kejutkan si Hisyam yang masih nyenyak tido. Punya la payah nak kejut. Bila aku cerita kat dia, dia mula cemas

Hisyam: Haa betul ke bang? dompet, dompet saya?? nasib baik ada kat atas. Alamak handset saya. Baang handset saya hilang!!

Lor handset pun dia sempat ambik. Aku ngan Hisyam pun terus bersiap ke Balai Polis Kajang buat laporan. Mujurla dalam dompet aku hanya ada 8 ringgit je, duit lain aku simpan kat dalam laci bilik dan handset Hisyam nokia 3310. Aku rasa dia pun seronok tgk handset dia hilang..ada alasan la nak minta bapak beli handset baru. Aku la yang leceh walaupun 8 ringgit je tapi kena dapatkan IC sementara, buat lesen baru dan dua ATM card Maybank dan BCB.

Benda tu semua aku dah selesaikan hari ni. Selepas solat Subuh aku terus ke JPN kat Maju Junction KL. Kena 5 ringgit untuk salinan IC sementara. Nasib baik MyKad aku dalam proses, yang hilang tu IC lama. Kemudian aku ke JPJ Wangsa Maju buat lesen pulak, kena denda 20 ringgit. Alang-alang tu renew lesen untuk setahun, tambah 30 ringgit. Kemudian ke Maybank Wisma Sime Derby. Lama dah tak pergi situ, ada gak 5 tahun. Buat kad baru 12 ringgit. Nasib baik leh terus guna. Aku pun cek akaun bank aku. Fuhh nasib baik masih berduit lagi. Kemudian ke BCB Pertama Complex. Buat kad baru gak kena 8 ringgit tapi kena tunggu BCB pos no pin ke rumah. Tak pe la tu, janji Maybank boleh pakai ok lah. Dekat BCB kakak kaunter tu tanya aku bila hilang? aku pun cerita la pukul 12 tgh. Lepas tu dia cakap ada orang cuba access akaun aku pukul 3 ptg tapi tak berjaya. Ceh ada hati gak ko penyamun nak try. Mujur aku tak simpan no pin kat dalam dompet. Semuanya dalam kepala aku je.

So pengajaran kat sini, Jangan la duk dedah pintu rumah lebar-lebar macam buat open house. Kunci walaupun ada orang dalam rumah terutama budak2 rumah sewa la. Zaman sekarang ni ramai sangat orang2 jahat dan jangan mudah percaya dengan orang yang kita tidak kenal. Selalu gak ayah aku pesan benda-benda ni. " Don't talk to stranger!!", " Buat baik bepada-pada!!".

Lepas ni siapa nak masuk rumah aku bagi salam dari luar pintu pagar lagi. hahaha

Tuesday, January 18, 2005

Cerita minggu lepas. Temuduga memang menduga

Dua Minggu lepas aku telah menyibukkan diri aku dengan persediaan AGM dan temuduga kerja. Alhamdulillah AGM di Shah Alam berjalan dgn baik sekali dan jawatan sebagai SUA telah aku lepaskan. Kebutalan minggu lepas jugak aku dipanggil untuk temuduga sebagai Account Manager di salah sebuah IT Consultant di Shah Alam. Hehe pelik bukan, budak IT kena panggil interview utk post Account Manager tuh. Tapi sebenarnye tak pelik sebab bila dikecilkan sikit jawatan tu, kerja banyak tertumpu kepada sales and marketing dan tujuan dia nak kan budak IT sebab bisness berkaitan system integration so mestila perlukan orang yang Knowladgeable in IT dan boleh explain dgn baik kepada client. Satu lagi senang nak buat presentation guna flash ke photoshop ke. Anyway the problem is, this company not Islamic. Company mat salleh. Mula-mula seronok gak aku menjawab soalan dia dengan penuh confident in english lak tu tapi bila bab client dia pulak cerita apa yang perlu dibuat. Dia tanya aku ni merokok ke? ok lagi la soalan tu tapi lepas tu dia boleh tanya aku, minum ke? pandai menyanyi ke?? Dah sudah..dlm hati aku dah mula rasa lain macam nak marah pun ada. Dah ditulis dalam resume aku yg aku ni orang Islam. Ohh aku telupa zaman sekarang ni ramai dah orang Islam tp sama je mcm org bukan Islam. Boleh tonggang tanpa rasa gerun dengan azab Allah. Cerita bab gaji memang lumayan, antara rm1800-rm2200 + komisyen bisness + kereta + handphone + eluan perjalanan + elaun hiburan (elaun hiburan..tak tahan..boleh gi disko beb). Pergh tak ke lumayan tu untuk seorang fresh graduate macam aku ni. Aku pun macam tak pecaya entah betul ke tidak. Inilah yang selalu orang kejarkan kemanisan dunia yang sementara. Bagi aku banyak lagi punca rezeki yang halal dan berkat aku boleh cari. Bukan orang yang bagi kita rezeki tapi Allah. Itu lah pergantungan yang perlu kita faham. Last sekali dia cakap kat aku suruh tunggu dalam seminggu dan aku cakap kat dia balik "Thanks for given me this opportunities, I hope you success in your business Sir". Makan dalam tak hehehe. Mungkin diorang pun tak nak pilih aku sebab aku tak minum arak. Hmm tapi bila difikirkan balik aku sepatutnya kena lebih berani menegakkan penderian aku dan apa yang aku percaya. Tapi aku seperti becelaru dan mula tidak tenang apabila terperangkap dengan soalan sedemikian. Tak pe, pengalaman baru yang aku terima. Ni pun first time kena interview kerja. Nampaknya aku masih ada kekurangan dari segi keberanian untuk berdebat ngan orang yang kononnya lebih tinggi pangkat di dunia ini. Macam mana nak berdakwah ni din???...kena baiki lagi. sharpen your saw!!

Friday, January 14, 2005

Boleh tahan sibuk minggu ni

Tak sempat nak tulis minggu ni. Banyak lak kerja nak kena buat. minggu ni je aku duk berulang, kejap ke Kajang - Sentul, Sentul - Kajang, Kajang - Shah Alam, Shah Alam - Kajang. Kejap lagi nak ke Shah Alam lepas Solat Jumaat tu pun kalo sempat siapkan report. Minggu ni lah ada AGM minggu ni jugak la ada interview keje. Hmm minggu depan rileks skit, buat projek.

Sunday, January 09, 2005

Tuhan Sudah Uji Namun Manusia Ingkar

Dalam firman Allah surah az-Zalzalah "Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, Serta bumi mengeluarkan segala isinya, dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi dengan bumi?", Pada hari itu bumi menceritakan khabar beritanya, Bahawa tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian)"

Sudah banyak ujian2 Allah dan kebesaran2Nya ditunjukkan kepada manusia. Sedikit demi sedikit sudah banyak yg terbukti kebenaran pada apa yg termaktub dalam Kalamullah Al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad S.A.W.

TUHAN SUDAH UJI NAMUN MANUSIA INGKAR (TSUNAMI). Lihatlah dengan mata hati pasti nampak kebenaran.
http://miracle-tsunami.blogspot.com/

Tuesday, January 04, 2005

Back in Kajang

Semalam aku balik semula ke rumah sewa aku kat Tmn Kenari. Kontrak dgn JPWP dah habis hujung bulan lepas. Tahun baru ni memang aku rasa bertambah semangat. Tak tau kenapa tapi mungkin sebab aku telah isi masa aku pada 1 dan 2 Januari dengan Kursus Kepimpinan anjuran KARISMA Nasional dan JIM. Alhamdulillah banyak benda baru yang aku belajar. Tapi hari Ahad aritu rasa sori sangat kat member aku Dan ngan Jep sebab tak dapat hangout ngan korang kat Midvalley. Aku cakap kat Dan yang aku tak leh pegi sebab kena food poisoning tapi memang betul pun. Tah ape yg aku makan siang Sabtu tu, bila malam aku muntah-muntah. Orang lain ok je pulak. Tu pasal la aku rasa still weak, kang tak larat lak nak angkat bola bowling. Camne pun aku still join kursus sebab banyak on teori and thinking. Aku rasa memang aku telah ditakdirkan oleh Allah untuk ikut kursus tu sampai habis sebab aku memang dah plan nak keluar je tengah hari tu gi Midvalley..hehehe. Malam tu pulak aku terpakse refuse ajakan Apul main futsal kat bangi pukul 11 malam. Bukan apa dah tak larat la nak drive dr KL ke Bangi tu.

Hari Isnin aku banyak mengemas barang nak tinggal di Kajang semula. Plan utama aku sekarang nak siapkan projek. Petang tu tetiba Apul call aku ajak tengak bola kat Bukit Jalil. Dia cakap ada budak nak jual tiket sebab tak jadi pergi. Aku mmg teringin nak tengok kat stadium tapi hati tu ada rasa berat skit nak pegi. Sebabkan member dah ajak so setuju jelah. Kebutalan lak housemate aku pun ramai yang pegi. Sekali lagi Apul call aku, "Alamak din, tiket dah habis la". Hmm wat macam mane..tak de rezeki. Malam tu aku pun lepak la kedai mamak depan rumah tengok bola. Tak kurang hebat gak penyokong Indonesia ngan Malaysia kat kedai mamak ni. Riuh rendah dibuatnye. Anayway sakit hati je tengok. Tu je komen aku untuk perlawanan semalam.

Untuk hari ni pagi2 lagi aku dah pegi joging keliling Tmn Kenari ni. Best gak joging pagi2 ni tgk gelagat orang lain. Ada yang siap nak gi kerja, lap-lap kereta dulu. Budak-budak sekolah lak ceria menunggu bas. Maklumla sekolah baru bukak. Tak kurang gak ada anak dara yg menyiram pokok bunga...hehehe. Tula rugi siapa yg masih tebongkak atas tilam pagi2 ni, orang kata rezeki murah waktu macam ni. Lama dah tak joging sebenarnye. Selalunya kalau kat Sentul kerap gak aku ke Tmn Tasik Titiwangsa. Waktu duk uniten dulu pun ada gak la joging kat Tasik Uniten yang kecik tu dan Putrajaya. Plan hari ni nak gi shopping. Hmmm.. Mines ke Alamanda???