" Untungnya orang mukmin, semakin banyak masalah, semakin mustajab doanya, bukan perjuangan tanpa kesulitan, tapi dalam kesulitan ada ketenangan, memugar kekuatan..kita tidak sendirian.."
Monday, September 12, 2005
Waduh.. lama tak update
Monday, August 22, 2005
English Premier League
Satu indikator bahawa sebarang revolusi atau perubahan memerlukan sokongan dana yang besar sebagaimana Chelsea membelanjakan 200 juta pound sterling sebelum berjaya menjadi juara liga!
Dakwah rasul dahulu juga memerlukan hartawan seperti uthman, abd rahman dan abu bakr yang menyumbang sebahagian besar kekayaan mereka demi dakwah islam. Perang tabuk menjadi saksi pengorbanan tulus mereka. Bagaimana pula jika kita refleks kepada gerakerja dakwah kita?sudah berapa ramai hartawan muslim yang kita ada?dan berapa sudah billion diinfakkan untuk dakwah?
---
Mengapa EPL lebih dekat dan mendapat promosi hebat rakyat Malaysia berbanding liga-liga lain di dunia?Walhal La Liga (Spain),Bundes Liga (German) dan Serie A ( Italy) dihuni oleh ramai bintang-bintang dunia yang ternama seperti Zinedine Zidane, Ronaldo, Ronaldinho dan ramai lagi?
Mudah sahaja,Malaysia dijajah oleh british…sbb tula tahu hanya tahu EPL dan menyokong pasukan England, lebih-lebih lagi yang lahir pun kat England. Walaupun fanatik bolasepak mengatakan serie A adalah liga paling mencabar di dunia dengan kelab seperti AC Milan, Inter Milan dan Juventus, tetapi ramai berpendapat EPL adalah yang terbaik.
Adakah selepas British keluar drp Malaya pada 1957, kita benar-benar merdeka?perkara yang diperbincangkan sejak ana di sekolah menengah lagi.yang pastinya perlembagaan ciptaan lord Reid mejadi peniggalan paling berharga mereka selain sistem politik demokrasi kapitalis yang menyusun kehidupan kita di Malaysia.
Dah tentu duit pound sterling lagi besar dari euro.
Formulanya adalah mudah, marketing dan promosi yang hebat.Marketing dan promosi EPL sungguh menarik, malah pemain-pemain EPL disensasikan,menjadikan ianya suatu perniagaan dan lubuk populariti.Media memainkan peranan yang penting dan berkesan sekali dalam mempromosikan EPL.
Dakwah dan perjuangan juga memerlukan marketing dan promosi yang hebat, bagi membolehkan visi dan misi iadapat disebar luaskan kepada targeted objek. Pemain-pemainnya juga harus hebat dan disensasikan malah mesti menjadi jaguh global kepada masyarakat. Marketing ini jika dilaksanakan secara kolektif dan terancang, pasti dakwah Islamiah boleh mengatasi segala doktrin/fahaman asing dan pelik yang sedang melata di mana-mana.
Propaganda media mmg menjadi suatu yang paling utama dalam kejayaan pendoktrinan, sebagai contoh david beckham yang tak sehebat mana pun menjadi pujaan peminat bolasepak dan fesyen seluruh dunia. Begitu juga dengan pasukan England yang ranking dunia hanyalah yang ke-8 tapi di geruni lawan tidak seperti pasukan ‘low-profile’ seperti france, italy, dan netherland yang rankingnya yang lebih tinggi daripada England.
Sedangkan orang lain boleh menjual barang mereka yang tidak berapa elok dengan bantuan media, inikan pula duat yang meletakkan Islam sebagai produk sempurna cirinya dan yang terbaik daripada apa-apa yang selainnya. Janganlah kita merasa rendah diri dengan islam seharusnya kita merasa izzah kerana mewarisi tugas para anbiya’.
Pasukan dakwah juga telah memiliki well-known figure yang terlibat dalam bidang-bidang berbeza. Bidang penulisan, ceramah, high risk dakwah mahupun apa sahaja platform dakwah/perjuangan telah ada pakar rujuknya.
Jadi seharusnya setiap akh mengenalpasti bidang dakwah apa yang akan diceburi sehingga menjadi pakar dan tempat rujukan sebagaimana abd rahman bin auf dalam peniagaan, umar al-khattab sebagai pemerintah yang paling bijaksana, mu’awiyah sebagai politician yang hebat, khalid al walid sebagai strategis perang yang terulung dan ramai lagi para sahabat untuk dijadikan tauladan. Bintang-bintang yang seharusnya kita petik kerana kecintaan kita pada para sahabat.
Tetapi sampai bila Thiery Henry akan terus menjadi deadly strike force buat Arsenal ataupun sampai bila Joe Cole akan terus ligat di sebelah kanan?Pastinya ada pengganti,malah pembelian Shaun Wright Philips(berumur 21 tahun) dari Manchester City ke Chelsea merupakan satu projek jangka panjang bagi memberikan alternatif kepada right flank Jose Maurinho.
Teringat forum terakhir pada Konvensyen Tarbiah JIM (KONTARN) baru-baru ini. Melihat abu urwah(politician), dr danial(tokoh masyarakat), ust alias(murabbi) dihadapan, terdetik dihati ini siapa yang akan menyambung perjuangan mereka?adakah generasi kita mampu melahirkan tokoh sebaik atau lebih baik daripada mereka?adakah pencapaian generasi kita akan lebih besar impaknya kepada masyarakat?adakah generasi kita yang akan mengecap buah kemenangan yang diimpikan sejak zaman hasan albanna?ataupun masih jauh lagi,dan memerlukan usaha yang lebih gigih lagi dari setiap duat yang berada dalam kancah dakwah ini.
Pelapis-pelapis dakwah harus segera "dibeli" dan diberi bimbingan oleh well known figure ini. Bimbingan dan latihan, fokus dan praktis di medan amal, harus diintensifkan.Yang pasti, apabila pelapis-pelapis ini sedia dan meledak, ia akan pasti meledak sebagaimana Rio-Cocker (west Ham) dan Charton Cole (Arsenal), masing-masing berumur sekitar 21 tahun meledak di EPL.
Umur 21 sememangnya menunjukkan potensi terhebat individu dan ramai individu dalam sejarah yang mencapai matlamatnya pada umur 21. Kepada semua pemuda yang berada dalam lingkungan umur tersebut atau telah melepasinya, apakah sumbangan terbesar anda kepada ummah?
Namun yang pasti, tarbiah itu adalah sesuatu yang berjalan seiring dengan amal di medan.Selangkah para pemain dakwah melangkah mencuba dan menongkah arus sungai,2 -3 langkah kehadapan dia akan belajar.
Janganlah kita pada masa akan datang hanya akan mengungkit jasa-jasa yang telah dibuat oleh generasi sebelumnya kerana generasi kita tidak ada pencapaian yang hendak dibanggakan dihadapan Allah. Sebagaimana man utd hanya berbangga dengan treble 1999 mereka, tetapi tidak memenangi apa-apa kejuaraan pada musim lepas. Hanya tahu mengungkit kejayaan 6 tahun lepas yang telah lama berlalu.Tidak seperti Arsenal (piala FA), Chelsea (juara liga) dan Liverpool (juara liga-liga juara).
Ikhwah dan akhawat sekalian..Sama-samalah kita dalam satu barisan, melakar sejarah bagi mengembalikan kegemilangan Islam dan meletakkan din ini ditempatnya. Allahuakbar!
Siapa sangka?
Sunday, August 21, 2005
Dah setahun dah!
Saturday, July 30, 2005
Serabut
Wednesday, July 20, 2005
Fusing Solutions
Monday, July 11, 2005
Kemas bilik
Wednesday, June 22, 2005
Enjoy my job
Hadis Nabi S.A.W, di riwayatkan oleh Abu Daud:
Maksudnya: Daripada Thauban r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka. Maka bertanya salah seorang sahabat Baginda: Apakah kerana bilangan kami yang sedikit pada masa itu wahai Rasulullah? Lalu baginda s.a.w menjawab: bahkan kamu pada waktu itu ramai sekali tetapi seperti buih di lautan dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu dan Allah akan mencampakkan kedalam hati kamu penyakit "WAHAN". Bertanya sahabat: apakah al-Wahan itu ya Rasulullah? Baginda s.a.w menjawab: cintakan dunia dan takutkan mati.
Thursday, June 16, 2005
Yeah!!
I am proud to be a Muslim!
Everyday when I wake up, I thank God for the fact I am alive for another day as a Muslim.
Yeah!
I enjoy to be a Muslim!Every Muslims whom I meet, I can greet her/him for everyone is my sister or brother.
Yeah!
I am happy to be a Muslim!Every seconds of my life, I am always in service for God.
Yeah!
I am grateful to be born as a Muslim!From my very first breath, I am in full submission to God.
Yeah!
Alhamdulillah,Thank you Allah for this wonderful, priceless faith!
~~the straight and narrow path to our final abode~~
Wednesday, June 15, 2005
fwd: IMPIAN
Fikiran seperti sebuah benih.
Kalau kita menanam tomato maka yang tumbuh adalah tomato.
Tetapi kalau kita menanam durian mithalnya, yang tumbuh juga durian.
Tidak mungkin akan pernah terlihat tanam tomato tumbuhnya durian.
Begitu juga dengan fikiran manusia
Kalau kita menanamkan fikiran yang biasa-biasa,
Maka kita akan menjadi orang kebanyakan..
Kalau kita menanam fikiran yang sedikit lebih dibandingkan orang lain
Maka kita akan mendapatkan sedikit lebih dari orang lain.
Tetapi kalau kita menanam fikiran yang luar biasa kedalam diri kita
Maka dapat dipastikan kita akan menjadi orang luar biasa.
KENAPA SEPERTI ITU???
Kerana ternyata pemikiran manusia seperti fenomena "gunung ais". Ini berbahaya kerana yang menenggelamkan kapal TITANIC adalah gunung ais. Puncak yang kelihatan itu ( sedikit kan?? ) adalah fikiran sedar kita. Tetapi bahagian yang tidak terlihat yang jauhhh....lebih besar adalah fikiran dibawah sedar kita. Kalau kita memasukkan fikiran ke alam sedar ini akan masuk ke alam bawah sedar yang sebenarnya potensinya jauh lebih besar.
Ada sebuah cerita....
Ada seorang pengusaha kilang ais terkunci disebuah bilik pendingin. Dia menjadi panik dan akhirnya menyerah. Bilik itu bertambah sejuk dan sejuk. Tubuhnya terasa beku lalu akhirnya dia mati kesejukan. Beberapa hari kemudian mayatnya ditemui dan ternyata bilik tu sama sekali tidak terkunci dan " Ice Machine " nya telah lama rosak!!!. Ini adalah kekuatan pemikiran.
Well, saudara-saudaraku kekuatan fikiran adalah kekuatan maha dahsyat yang dapat menentukan kehidupan manusia. Orang-orang besar mempunyai satu persamaan iaitu KEKUATAN FIKIRAN. Tetapi don't worry...itu dapat dilatih dan itu harus dimulai dengan IMPIAN!!!!
Bagi yang sangat ingin berubah kita tunggu saatnya. Tetapi percayalah, perubahan tidak akan datang kalau kita tidak memulakannya.
Benarkah rezeki diberikan oleh Allah swt
Maksud firman-Nya:
“(Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah masnusia melihat kpd makanannya (bagaimana Kami mentadbirnya)”.
(‘Abasa: 24)
Jadi bagaimana kita boleh tahu Allah adalah Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki?
Jawapannya sejak manusia dalam perut ibunya lagi Allah telah memberikan manusia rezeki. Allah jadikan tali pusat sbg sistem saluran makanan kepada janin. Kemudian bila lahir, tali pusat di potong. Maka Allah tutup saluran tersebut dan buka saluran baru (mulut, kerongkong dan perut)
Adakah ibu kita yg buat tali pusat kemudian membuka saluran baru serta membina sistem penghadaman? Adakah ayah kita terlibat sama membantu? Atau adakah Negara2 maju yg mencipta benda-benda tersebut?
Kemudian bayi yang kecil walaupun di buka mulut tetapi masih tidak mampu makan bijirin-bijirin spt nasi atau buah-buahan mahupun daging. Adakah Allah mebiarkan rezeki bayi itu terputus?
Tidak sama sekali, lalu Allah membuka satu sumber baru dengan memberikan kelebihan kepada si ibu untuk menyusukan anak dari susu badan. Kemudian Allah berikan bayi itu ilham bagaimana untuk menghisap susu ibu sedangkan ketika itu bayi tersebut tidak mengetahui apa-apa pun!
Adakah kudrat alam (nature/semula jadi) yang kaku dapat mengetahui semua ini sedangkan ia sendiri tidak mengatahui apa-apa.
Sampai masanya kita perlu berjauhan dengan ibu kita untuk mula hidup berdikari. Oleh itu kita perlukan sumber rezeki yang baru.
Allah yang Maha Mengatahui lagi Maha Bijaksana sudah tahu apa yang kita perlukan. Dia telah menyediakan rezeki kepada kita di setiap tempat yang kita singgahi di dunia ini. Dengan itu,
- Dia telah ciptakan tanah yang sesuai untuk pertanian.
- Dia mengadakan air yang diperlukan oleh tumbuhan untuk penghasilan makanan kepada semua manusia
- Dia mengadakan gas yang diperlukan tumbuhan serta matahari untuk penghasilan makanan
- Dia mengadakan tumbuh-tumbuhan dengan jumlah yang besar utk penghasilan makanan dan hidangan kita.
- Dia jadikan gigi dan air liur untuk memudahkan kita makan
Kemudian dari situ manusia akan mendapat tenaga untuk bekerja. Maka ada segelintir manusia yg mencipta peluang-peluang pekerjaan kepada manusia-manusia lain dengan membuka pelbagai syarikat. Dari situlah sumber rezeki berkembang kepada seluruh manusia. Begitulah seterusnya dengan berfikir tentang makhluk ciptaan Allah, kita dapat mengatahui bahawa Allah adalah Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki.
Cuba bayangkan sekiranya ada seorang lelaki yang menanggung sara 10 orang fakir miskin tanpa mengharapkan apa-apa balasan, maka sudah tentu kita berpendapat betapa mulianya lelaki tersebut. Tetapi bagaimana pula dengan Allah yang menjamin rezeki bagi kesemua umat manusia dan segala kehidupan.
Kesemua ini membuktikan bahawa ia dilakukan oleh yang Maha Mulia:
Maksud firman-Nya:
“Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengatahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat yang berkenaan)”. (Hud:6)
Sekiranya kita berfikir maka kita dapat mempercayai bahawa Allah lah Yang Maha Memberi Rezeki. Sekiranya kita berfikir lebih dalam maka kita dapat melihat kebesaran-Nya dan segala sifat kesempurnaan adalah milik-Nya.
Maksud firmannya:
“(Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kpd makanannya (bagaimana Kami mentadbirnya). Sesungguhnya Kami telah mencurah hujan dengan curahan yang menakjubkan. Kemudian Kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan. Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian. Dan buah anggur serta sayur-sayuran. Dan zaitun serta pohon-pohon kurma. Dan taman-taman yang menghijau subur. Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput. Untuk kegunaan kamu dan binatang ternak kamu.”
(‘Abasa: 24-32)
Begitulah kehebatan kuasa yang Maha Esa, Semoga kita menjadi hamba yang bersyukur dan sujud kepada-Nya.
Noraizuddin
-eNCoral-
Friday, June 10, 2005
Doa untuk kalian
Tuesday, May 31, 2005
Banyaknya dosa aku
Keesokan paginya, suhu badan dah turun sedikit tapi masih terasa lemah lagi. Ketika aku sudah siap untuk pergi kerja tiba-tiba aku rasa mual-mual macam nak muntah pulak. So waktu tu aku dok fikir, nak pegi keje ke tak nak. Tengah dok fikir akhirnya aku dapat jawapan… UWEEKK #%%@#.. huhuhu banyak kali aku muntah pagi tu. Rasa lagi teruk lak dari semalam. Petang tu baru aku nak pergi jumpa doktor. Kali ni aku pegi Pusat Rawatan Az Zahrah Bangi. Bila doktor cek, doktor kata aku kena food poisoning. Aduuhh apa benda yang aku makan ye?? Waktu aku demam, aku hanya makan bubur ayam McD.. budak bujang katakan. Tak kan bubur tu kot?? Tapi sehari sebelum tu aku ada makan lamb chop di Wangsa Maju. Hmmm mungkin lamb chop tu la. Lain kali tak nak la makan situ lagi.
Bila direnung balik, tentu ada sebab kenapa Allah bagi aku sakit. Mesti sebab aku banyak dosa. Lalu atas sebab Kasih dan Sayang Yang Maha Esa diberinya aku sakit untuk hapuskan dosa yang ada. Untunglah kalau aku tergolong dalam orang yang sabar dan berfikir. Alhamdulillah sekarang dah sihat balik. Boleh enjoy!!! hehehe
HADIS QUDSI:
"Bersabarlah dalam menghadapi penyakit, sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa"
Quote of the day
Tuesday, May 10, 2005
Courseware Generator
First page system...tak de masa nak design graphic..look sempoi je
Putih je..
Learning path..disney tu hehe.. gamba je la
Wednesday, April 06, 2005
Thursday, March 10, 2005
Projek dan kerja
Seminggu dah berlalu tapi tiada sebarang panggilan. Hmm hati dah mula rasa "aah tak dapat la ni, wat camne takde rezeki..tak pelah, projek final yr pun tak siap lagi...dah sibuk2 nak cari kerja. Tunggu grad dulu la baru cari kerja". Rasa kecewa tu memang ada tapi redha je la. Kena usaha lebih kuat lagi la lepas ni.
Minggu berikutnya bila hati dah tawar nak cari kerja, aku terima panggilan dari syarikat tempoh hari. "Tahniah, anda telah diterima untuk bekerja dengan syarikat kami......" Alhamdulillah..itu saje perkataan yang aku nak sebut waktu tu. Siapa tak seronok dapat kerja. Tapi seronok aku bercampur baur dengan kerisauan untuk menyiapkan projek. Walaupun ada sebulan lebih utk disiapkan tapi hanya tinggal lebih kurang seminggu je lagi sebelum mula lapor diri untuk kerja. Bila dah kerja mesti dah susah nak siapkan projek, masa pun dah tak banyak. Projek pulak amat penting untuk disiapkan supaya boleh grad semester ni. So kena pulun la tak tido malam menyiapkan projek. "Ya Allah ya tuhanku, berilah diri ini kekuatan dan permudahkan urusan ku ini" Amin.
Tak tahulah apa pulak cabaran yang menanti bila dah kerja. Link website tempat kerja aku tak lama lagi. Not a big company but a good company I think..hehehe ;) http://www.nc.com.my/
Tuesday, March 08, 2005
Allah Knows Best
So why should we complain
We always want the sunshine
But He knows there must be rain.
We always want laughter
and the merriment of cheer
but our heart will lose
their tenderness
If we never shed a tear.
ALLAH tests us often
with suffering and sorrow
He tests us not to punish us
but to help us meet tomorrow.
For growing trees are strenghtened
if they can withstand the stormand
the sharpness of the chisel
gave the marble its grace and form.
ALLAH tests us often
and for every pain
He gives us
provided we are patient
Is followed by rich gain
So whenever we feel that
everything is going wrong
It is just ALLAH'S way to make our spirit strong.
Sunday, February 27, 2005
Aku ingin bebas
Bukanlah bila kita bisa terbang di awan biru
Atau menari-nari di dalam hujan
Atau berdakapan di khalayak tanpa segan
Kebebasan itu
Adalah anugerah Tuhan yang hadir
Tatkala hati terasa lapang
Minda tidak terbeban
Batin tidak menyeksakan
Deria mampu menilaikan
dan akal masih setia mewaraskan
Kebebasan akan datang
Bila hidup kita dengan tujuan
Mengenali, mendekati dan mencintai Tuhan
Lepas segala tanggungan
Hilang semua bebanan
Kerana biar ribuan halangan
Langkah untuk kepadaNya terasa ringan
Nikmat cinta padaNya tiada bandingan
"Aku menjumpai kembali
Cintaku yang telah hilang pada Ilahi
Inilah perawat duka penawar hiba
Hubungan cinta teragung antara Tuhan dengan hamba"
Quote of the day
Monday, February 21, 2005
Kisah mangkuk cantik, madu dan sehelai rambut..
Abu Bakar yang mendapat giliran pertama segera berkata, “iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut”.Rasulullah SAW tersenyum, lalu menyuruh Umar untuk mengungkapkan kata-katanya. Umar segera berkata, “kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Rajanya lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.Rasulullah SAW kembali tersenyum, lalu berpaling kepada Uthman seraya mempersilakannya untuk membuat perbandingan tiga benda di hadapan mereka.
Uthman berkata, “ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.Rasulullah SAW kembali tersenyum kagum mendengar perumpamaan yang disebutkan para sahabatnya itu. Baginda pun segera mempersilakan Ali bin Abi Thalib untuk mengungkapkan kata-katanya.
Ali berkata, “tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.Rasulullah SAW segera mempersilakan Fathimah untuk membuat perbandingan tiga benda di hadapan mereka.
Fathimah berkata, “seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik. Wanita yang mengenakan purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.
Setelah mendengarkan perumpamaan dari para sahabatnya, Rasulullah SAW segera berkata, ‘seorang yang mendapat taufiq untuk beramal lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Beramal dengan perbuatan baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas, lebih sulit dari meniti sehalai rambut.”
Malaikat Jibril yang hadir bersama mereka, turut membuat perumpamaan. “menegakkan tiang-tiang agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik. Menyerahkan diri, harta dan waktu untuk agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehalai rambut”.
Allah SWT membuat perumpamaan dengan firmanNya dalam hadis Qudsi, “syurgaKu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu. Nikmat syurgaKu itu lebih manis dari madu dan jalan menuju ke syurgaKu lebih sulit dari meniti sehalai rambut”.
http://www.ukhwah.com/
Friday, February 04, 2005
Countdown to Awal Muharam
Friday, January 28, 2005
Pencuriiiiii!!!....2
"Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demekian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu)". (An-Nur:27)
Dalam Al-Quran pun di ajar kita supaya beradab dgn memberi salam sebelum masuk ke rumah orang lain. Islam mengajar kita bagaimana untuk hidup dengan baik sekali. Lain kali siapa masuk rumah aku tak beri salam, mmg aku anggap pencuri aka penyangak!!
Naruto Season 2
Naruto Season 2
Hehe kpd peminat naruto, cerita naruto bertambah gempakz. Ni gambar naruto dah besar 2 thn setengah dr dulu. So get your latest info now at http://www.narutofan.com
Monday, January 24, 2005
Uniten ada Censelor baru, NC nak pencen!
Thursday, January 20, 2005
Bangun..bangun..subuh.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:”…dan dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan kemungkaran”. (al-Ankabut: 45)
Allah dah menyatakan solat dapat mencegah kita daripada melakukan sebarang perbuatan keji dan mungkar. Kita mungkin boleh perhatikan diri sendiri sekiranya antara waktu Solat Subuh dan Solat Zuhur kita masih melakukan maksiat atau perbuatan keji dan mungkar maka perhatikan balik macam mana Solat Subuh kita pagi tadi. Khusyuk ke tak? sempurna ke tak rukunnya? Begitu juga antara waktu Solat Zohor dan Solat Asar. Sekiranya sela masa itu kita melakukan maksiat, renungkan balik Solat Zohor kita tengahari tadi, molek ke tak molek Solat Zohor aku tadi? Dan begitu jugak waktu-waktu yang lain. So sekiranya ada kekurangan perbaiki la lagi solat kita supaya solat diawal waktu, lebih khusyuk dan sempurna. Haa bukan senang tu. Tu pasal la kena mula sejak muda lagi. Jangan la tunggu dah tua, rugi-rugi.
Sabda Nabi S.A.W:
"Solat yang lima dapat diumpamakan sebagai sungai jernih yang mengalir di hadapan rumahmu, kemudian kamu membersihkan dirimu lima kali sehari di dalam sungai tersebut. Rasulullah bertanya, "Apa pendapatmu apakah masih ada kotoran yang melekat ditubuhnya, serentak para sahabat menjawab "tentu saja tidak". Rasulullah s.a.w menyambung, "sesungguhnya solat itu membersihkan dosa-dosamu sebagaimana air sungai yang membersihkan kotoran ditubuhmu". (Hadis Riwayat Muslim)
Banyak lagi kelebihan solat dalam membentuk peribadi seperti menjadikan diri kita seorang yang Mantap jiwa atau berprinsip dan tawaduk. Ini dapat dilihat dan dirasakan dalam hati, jiwa dan dalam diri seseorang yang mendirikan solat dengan ikhlas kerana Allah semata-mata, dari segi membentuk peribadi yang berdisiplin, tegas, tetap hati, berprinsip, bersifat tawaduk (tahu diri/rendah diri dan hati) dan sifat tadarru’ (merendah diri memohon berdoa kepada Allah). Dengan lain perkataan, sembahyang akan membentuk sifat dan akhlak mulia dalam diri orang-orang yang solat. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
”Bahawasanya sembahyang itu adalah penetapan hati (tegas dan berprinsip), (menyuburkan) sifat tawaduk serta tadarru’ (dalam hati dan diri seseorang)…” (HR At-Tirmizi dan An-Nasa’i).
Wednesday, January 19, 2005
Pencuriiiiii!!!
Din: Eh! senyap je kau masuk
Penyamun: Saya cari kawan.
Ketika ni aku belum syak apa-apa lagi dan masih lagi mengadap PC. Mungkin dia kawan housemate aku.
Din: Siapa kawan kau tu?
Penyamun: Saya cari ni ???(nama yang kurang jelas disebut)
Aku mula sudah rasa something wrong here. Dah la masuk senyap-senyap tak beri salam sebut nama kawan pun tak jelas.
Din: Semua dah pergi kelas tinggal kami berdua je (merujuk si Hisyam yang masih enak dibuai mimpi)
Penyamun: Ooo saya ingat dia ada kat sini
Kali ni aku pandang muka dia betul2 dan hati aku mula terasa ada yang tidak kena dengan orang ni. Aku pun bangun menuju hampir kepada dia, lalu aku bertanya sekali lagi kepada dia:
Din: Awak cari siapa sebenarnya nih? (dengan nada suara yang agak tegas)
Penyamun: Takde bang saya cari Man.
Din: Man?? Man mane?? tak de orang nama Man dalam rumah nih.
Penyamun: Kejap, kawan saya pun ada tunggu kat luar
Budak tu pun segera manghampiri pintu keluar. Aku pun tanpa berlengah lagi terus menghalang dia drp keluar. Aku memang dah syak gila dengan budak ni tapi masih rasa dia mungkin salah rumah. Dia tunjukkan kawan dia di luar yang berada di dalam Proton Wira Sedan warna hitam. Tapi aku terus menyoal dia lagi.
Din: Kau sebenarnya nak buat apa datang sini? Betul ke kawan kau tu tinggal kat sini?
Budak tu mula gelabah dan cakap tersangkut-sangkut mungkin sebab aku pun sudah mula meninggikan suara. Waktu tu memang aku sudah bersedia untuk apa-apa kemungkinan. Rasa nak je tolak dia masuk kedalam. Tapi aku masih bersabar lagi. dan pada masa itu juga budak mula cakap mengarut seperti rasa diri sudah kantoi
Penyamun: Tak de bang macam ni, saya sebenarnya berhutang bang. Banyak gak la. Kena cari duit...
Dalam hati aku mula berkata. "Dah sah budak ni...". Aku pun masuk ke dalam sedikit untuk melihat dompet aku. Memang dah tak de atas meja. Waktu tu jugak budak tu terus lari keluar dan segera menaiki kereta proton hitam tu. Kereta terus reverse dgn laju dan pusing ke jalan besar. Aku cuba mengejar tapi tak sempat cuba jugak melihat no plat malang nye terlindung dek rimbunan pokok yang rendah seperti tembok.
Din: Cis tak guna punya budak..PENCURI!!
Waktu tu juga aku terus kejutkan si Hisyam yang masih nyenyak tido. Punya la payah nak kejut. Bila aku cerita kat dia, dia mula cemas
Hisyam: Haa betul ke bang? dompet, dompet saya?? nasib baik ada kat atas. Alamak handset saya. Baang handset saya hilang!!
Lor handset pun dia sempat ambik. Aku ngan Hisyam pun terus bersiap ke Balai Polis Kajang buat laporan. Mujurla dalam dompet aku hanya ada 8 ringgit je, duit lain aku simpan kat dalam laci bilik dan handset Hisyam nokia 3310. Aku rasa dia pun seronok tgk handset dia hilang..ada alasan la nak minta bapak beli handset baru. Aku la yang leceh walaupun 8 ringgit je tapi kena dapatkan IC sementara, buat lesen baru dan dua ATM card Maybank dan BCB.
Benda tu semua aku dah selesaikan hari ni. Selepas solat Subuh aku terus ke JPN kat Maju Junction KL. Kena 5 ringgit untuk salinan IC sementara. Nasib baik MyKad aku dalam proses, yang hilang tu IC lama. Kemudian aku ke JPJ Wangsa Maju buat lesen pulak, kena denda 20 ringgit. Alang-alang tu renew lesen untuk setahun, tambah 30 ringgit. Kemudian ke Maybank Wisma Sime Derby. Lama dah tak pergi situ, ada gak 5 tahun. Buat kad baru 12 ringgit. Nasib baik leh terus guna. Aku pun cek akaun bank aku. Fuhh nasib baik masih berduit lagi. Kemudian ke BCB Pertama Complex. Buat kad baru gak kena 8 ringgit tapi kena tunggu BCB pos no pin ke rumah. Tak pe la tu, janji Maybank boleh pakai ok lah. Dekat BCB kakak kaunter tu tanya aku bila hilang? aku pun cerita la pukul 12 tgh. Lepas tu dia cakap ada orang cuba access akaun aku pukul 3 ptg tapi tak berjaya. Ceh ada hati gak ko penyamun nak try. Mujur aku tak simpan no pin kat dalam dompet. Semuanya dalam kepala aku je.
So pengajaran kat sini, Jangan la duk dedah pintu rumah lebar-lebar macam buat open house. Kunci walaupun ada orang dalam rumah terutama budak2 rumah sewa la. Zaman sekarang ni ramai sangat orang2 jahat dan jangan mudah percaya dengan orang yang kita tidak kenal. Selalu gak ayah aku pesan benda-benda ni. " Don't talk to stranger!!", " Buat baik bepada-pada!!".
Lepas ni siapa nak masuk rumah aku bagi salam dari luar pintu pagar lagi. hahaha
Tuesday, January 18, 2005
Cerita minggu lepas. Temuduga memang menduga
Friday, January 14, 2005
Boleh tahan sibuk minggu ni
Sunday, January 09, 2005
Tuhan Sudah Uji Namun Manusia Ingkar
Sudah banyak ujian2 Allah dan kebesaran2Nya ditunjukkan kepada manusia. Sedikit demi sedikit sudah banyak yg terbukti kebenaran pada apa yg termaktub dalam Kalamullah Al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad S.A.W.
TUHAN SUDAH UJI NAMUN MANUSIA INGKAR (TSUNAMI). Lihatlah dengan mata hati pasti nampak kebenaran. http://miracle-tsunami.blogspot.com/
Tuesday, January 04, 2005
Back in Kajang
Hari Isnin aku banyak mengemas barang nak tinggal di Kajang semula. Plan utama aku sekarang nak siapkan projek. Petang tu tetiba Apul call aku ajak tengak bola kat Bukit Jalil. Dia cakap ada budak nak jual tiket sebab tak jadi pergi. Aku mmg teringin nak tengok kat stadium tapi hati tu ada rasa berat skit nak pegi. Sebabkan member dah ajak so setuju jelah. Kebutalan lak housemate aku pun ramai yang pegi. Sekali lagi Apul call aku, "Alamak din, tiket dah habis la". Hmm wat macam mane..tak de rezeki. Malam tu aku pun lepak la kedai mamak depan rumah tengok bola. Tak kurang hebat gak penyokong Indonesia ngan Malaysia kat kedai mamak ni. Riuh rendah dibuatnye. Anayway sakit hati je tengok. Tu je komen aku untuk perlawanan semalam.
Untuk hari ni pagi2 lagi aku dah pegi joging keliling Tmn Kenari ni. Best gak joging pagi2 ni tgk gelagat orang lain. Ada yang siap nak gi kerja, lap-lap kereta dulu. Budak-budak sekolah lak ceria menunggu bas. Maklumla sekolah baru bukak. Tak kurang gak ada anak dara yg menyiram pokok bunga...hehehe. Tula rugi siapa yg masih tebongkak atas tilam pagi2 ni, orang kata rezeki murah waktu macam ni. Lama dah tak joging sebenarnye. Selalunya kalau kat Sentul kerap gak aku ke Tmn Tasik Titiwangsa. Waktu duk uniten dulu pun ada gak la joging kat Tasik Uniten yang kecik tu dan Putrajaya. Plan hari ni nak gi shopping. Hmmm.. Mines ke Alamanda???