Pages

Monday, June 09, 2008

Kesian rakyat Malaysia

49.71% rakyat yg tak undi BN kena hentam balik dan 50.28% rakyat yg undi BN kena tipu. Hari ni first time isi full tank kereta wira 1.5 aku. Mak aih 106 ringgit... sebulan mau 5 kali isi full tank. dah 500. Bagi rebet 600 bila renew road tax. Tak bebaloi, setakat lepas baya insurans kete je. Ye lah... suruh rakyat ubah cara hidup. Nak ubah cara mcm mana lg! dah cukup bejimat dah sblm ni. Mulalah ceramah-ceramah ustaz - ustazah di TV cuba lembutkan hati-hati yg mendengar bahawa amalan membazir itu saudara syaitan justeru hendaklah berjimat cermat. Ustaz!!! ni nak tanya sikit... ayat Al-Quran tu ditujukan utk rakyat bawahan je ke??? pemimpin-pemimpin tu masih lagi pakai keta mewah, rumah mewah, makan mewah, main golf dgn duit rakyat. Langsung tak diubah cara hidup. Ingat suruh rakyat yang hidup cukup makan sebelum ni ubah cara hidup boleh membantu ekonomi ke?? baru dukung anak org kampung 2 3 minit utk snap shot dah digelar pemimpin berjiwa rakyat. Kalau betullah pemimpin berjiwa rakyat rasailah keperitan rakyat. Jgn bermewah selagi masih ada rakyat yg miskin dan merempat. Membazir itu saudara syaitan... so pemimpin-pemimpin berjiwa "rakyat" sekarang ni saudara siapa ye??
p/s: Wahai pemimpin-pemimpin Malaysia yang disayangi, contohilah kepimpinan Saidina Umar Al Khattab ketika beliau menjadi khalifah. Ketika mana negera Islam mengalami zaman ekonomi yang memeritkan. Kalau tak tau Sejarah ni pegi baca bukula.
opss mana ada pemimpin "rakyat" nak baca blog aku ni. :p

2 comments:

  1. SOKONG PENUH!!!!

    Contohi Saidina Umar yang mana bila berlaku zaman kemelesetan, saidina umar dulu yang berjimat. Baru diikuti rakyat...

    ReplyDelete
  2. abg din..mmg la...sokong 100%...sangat mengecewakan la pemimpin2 msia tu..

    ReplyDelete