Pages

Wednesday, January 19, 2005

Pencuriiiiii!!!

Nampaknya minggu ni memang tak boleh nak rileks. Kali ni rumah sewa aku dimasuki pencuri pada hari Isnin baru ni. Mcm mana nak cerita ek... Pukul 12.15 tgh aku tinggal berdua dengan housmate aku hisyam. Aku ketika tu sedang mengadap PC buat projek..tgh rajin tuh..bukan senang nak rajin buat projek. Di rumah aku ni ada lima buah PC terletak di ruang tamu termasuk la PC aku sendiri. Si Hisyam pula sedang tidur kat ruang tamu gak. Memang biasa kitaorang lepak di ruang tamu je. Jarang berada di tingkat atas atau di bilik masing2. Entah macam mana hari tu pintu depan ternganga lebar. PC aku pulak membelakangkan pintu masuk..tiba-tiba aku perasan ada seorang lelaki yang dalam lingkungan 20 an di belakang aku. tak tau la brape lama dia ada tanpa pengatahuan aku. Berlaku perbualan sedemikian:

Din: Eh! senyap je kau masuk

Penyamun: Saya cari kawan.

Ketika ni aku belum syak apa-apa lagi dan masih lagi mengadap PC. Mungkin dia kawan housemate aku.

Din: Siapa kawan kau tu?

Penyamun: Saya cari ni ???(nama yang kurang jelas disebut)

Aku mula sudah rasa something wrong here. Dah la masuk senyap-senyap tak beri salam sebut nama kawan pun tak jelas.

Din: Semua dah pergi kelas tinggal kami berdua je (merujuk si Hisyam yang masih enak dibuai mimpi)

Penyamun: Ooo saya ingat dia ada kat sini

Kali ni aku pandang muka dia betul2 dan hati aku mula terasa ada yang tidak kena dengan orang ni. Aku pun bangun menuju hampir kepada dia, lalu aku bertanya sekali lagi kepada dia:

Din: Awak cari siapa sebenarnya nih? (dengan nada suara yang agak tegas)

Penyamun: Takde bang saya cari Man.

Din: Man?? Man mane?? tak de orang nama Man dalam rumah nih.

Penyamun: Kejap, kawan saya pun ada tunggu kat luar

Budak tu pun segera manghampiri pintu keluar. Aku pun tanpa berlengah lagi terus menghalang dia drp keluar. Aku memang dah syak gila dengan budak ni tapi masih rasa dia mungkin salah rumah. Dia tunjukkan kawan dia di luar yang berada di dalam Proton Wira Sedan warna hitam. Tapi aku terus menyoal dia lagi.

Din: Kau sebenarnya nak buat apa datang sini? Betul ke kawan kau tu tinggal kat sini?

Budak tu mula gelabah dan cakap tersangkut-sangkut mungkin sebab aku pun sudah mula meninggikan suara. Waktu tu memang aku sudah bersedia untuk apa-apa kemungkinan. Rasa nak je tolak dia masuk kedalam. Tapi aku masih bersabar lagi. dan pada masa itu juga budak mula cakap mengarut seperti rasa diri sudah kantoi

Penyamun: Tak de bang macam ni, saya sebenarnya berhutang bang. Banyak gak la. Kena cari duit...

Dalam hati aku mula berkata. "Dah sah budak ni...". Aku pun masuk ke dalam sedikit untuk melihat dompet aku. Memang dah tak de atas meja. Waktu tu jugak budak tu terus lari keluar dan segera menaiki kereta proton hitam tu. Kereta terus reverse dgn laju dan pusing ke jalan besar. Aku cuba mengejar tapi tak sempat cuba jugak melihat no plat malang nye terlindung dek rimbunan pokok yang rendah seperti tembok.

Din: Cis tak guna punya budak..PENCURI!!

Waktu tu juga aku terus kejutkan si Hisyam yang masih nyenyak tido. Punya la payah nak kejut. Bila aku cerita kat dia, dia mula cemas

Hisyam: Haa betul ke bang? dompet, dompet saya?? nasib baik ada kat atas. Alamak handset saya. Baang handset saya hilang!!

Lor handset pun dia sempat ambik. Aku ngan Hisyam pun terus bersiap ke Balai Polis Kajang buat laporan. Mujurla dalam dompet aku hanya ada 8 ringgit je, duit lain aku simpan kat dalam laci bilik dan handset Hisyam nokia 3310. Aku rasa dia pun seronok tgk handset dia hilang..ada alasan la nak minta bapak beli handset baru. Aku la yang leceh walaupun 8 ringgit je tapi kena dapatkan IC sementara, buat lesen baru dan dua ATM card Maybank dan BCB.

Benda tu semua aku dah selesaikan hari ni. Selepas solat Subuh aku terus ke JPN kat Maju Junction KL. Kena 5 ringgit untuk salinan IC sementara. Nasib baik MyKad aku dalam proses, yang hilang tu IC lama. Kemudian aku ke JPJ Wangsa Maju buat lesen pulak, kena denda 20 ringgit. Alang-alang tu renew lesen untuk setahun, tambah 30 ringgit. Kemudian ke Maybank Wisma Sime Derby. Lama dah tak pergi situ, ada gak 5 tahun. Buat kad baru 12 ringgit. Nasib baik leh terus guna. Aku pun cek akaun bank aku. Fuhh nasib baik masih berduit lagi. Kemudian ke BCB Pertama Complex. Buat kad baru gak kena 8 ringgit tapi kena tunggu BCB pos no pin ke rumah. Tak pe la tu, janji Maybank boleh pakai ok lah. Dekat BCB kakak kaunter tu tanya aku bila hilang? aku pun cerita la pukul 12 tgh. Lepas tu dia cakap ada orang cuba access akaun aku pukul 3 ptg tapi tak berjaya. Ceh ada hati gak ko penyamun nak try. Mujur aku tak simpan no pin kat dalam dompet. Semuanya dalam kepala aku je.

So pengajaran kat sini, Jangan la duk dedah pintu rumah lebar-lebar macam buat open house. Kunci walaupun ada orang dalam rumah terutama budak2 rumah sewa la. Zaman sekarang ni ramai sangat orang2 jahat dan jangan mudah percaya dengan orang yang kita tidak kenal. Selalu gak ayah aku pesan benda-benda ni. " Don't talk to stranger!!", " Buat baik bepada-pada!!".

Lepas ni siapa nak masuk rumah aku bagi salam dari luar pintu pagar lagi. hahaha

No comments: