Pages

Friday, March 23, 2007

Kisah muda mudi IPT dgn seorg Soleh wa Musleh

>>Kami tidak berzina!

Maaf, saya tidak menuduh awak berzina!

>>Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum.. adakah itu menghampiri zina?

Ya, perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan

>>Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu

Hari ni, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Iblis ada 1001 cara. Ingat pesan Rasulullah:

”Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah sayitan” (Tabrani).

Syaitan akan menghembus perasaan berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.

>>Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam talefon dan hantar SMS atau chating sahaja. Tak pernah bersua muka pun!

Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergolara. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada satu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?

>>takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina juga ke?

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan (berpegang-pegangan), ada zina mata (melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah:

” kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzian dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman”
(Muslim dan Abu Daud)

Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada dan melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan.

>>Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!

Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebih la lagi. Janga berselindung di sebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atiq?

>>Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.

Study group...? nampak lain macam saja. Manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-mana pun berdua. Kalau ye pun, carilah study group ramai-ramai sedikit. Kalau duduk berdua-dua macam ini.. betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta! Lagi pun cara mcm ni boleh mengundang fitnah

>>Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.

Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak de perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat! Kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

>>Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.

Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.

>>Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? [akhirnya mengaku gak]

Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri dan keinginan itu. Tidak Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan para paderi atau sami.

Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri manusia

>>Habis tu apa cara yang disarankan dalam Islam??

Nikah connecting people. The only halal way. Jangan ingat nokia je connecting people. Kalau tak mampu berpuasalah seperti saranan Ar-Rasul SAW. Bukanlah bermaksud puasa itu akan terus menghapuskan naluri tersebut tetapi sekurang-kurangnya meningkatkan defence diri dari digoda syaitan.


Jadi jom kita belaja dan praktik Islam dlm kehidupan kerana Islam itu Indah dan Mudah.

No comments: