Pages

Sunday, July 16, 2006

Draft ucapan dasar PKZ1

fuhh.. ming depan kena bagi ucapan di PKZ1. sebulan lebih memerah idea utk menulis ucapan dlm kesibukan bekerja. Sekarang semua bahan dah tekumpul. Semua tulisan telah berada dalam minda ni. Tinggal nak menaip saja...

Ni antara isi kandungan ucapan yg akan di update dari semasa ke semasa...

"Ya Allah, mohon hidayah dan petunjuk dari-MU - Amin"


Tumpuan Ucapan:-

1. Dakwah dan Islah: Suatu Tuntutan
2. Belia di Sebalik Tabir Seerah
3. Pemerkasaan Karisma Zon 1
4. FIDAK 2015: Suatu Agenda yang terancang.
5. Dakwah Fardiyah harus dipergiatkan.
6. Mahasiswa Qudwah Hasanah
7. Membina Peradaban, Menjana Kekuatan


1. Dakwah dan Islah: Suatu Tuntutan

Dakwah adalah suatu kewajipan, bukan pilihan. Terdapat banyak dalil yang terkandung dalam Al-Quran yang jelas menunjukkan bahawa melaksanakan usaha dakwah, iaitu melakukan ‘amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah suatu tuntutan keimanan yang tidak boleh diabaikan. Salah satu dalil tuntutan dakwah adalah sepertimana firman Allah di dalam Al-Quran:

“Dan ingatlah ketika suatu umat di antara mereka berkata: ‘Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?’ Mereka menjawab: ‘Agar kami mempunyai alasan (pelepasan tanggungjawab) kepada Tuhanmu dan supaya bertaqwa.” (Al-A’raf : 164)

Intipati risalah dakwah ialah mengajak manusia mentauhidkan Allah s.w.t. Tanggungjawab ini merupakan tujuan para Rasul diutus. Nabi Muhammad S.A.W adalah rasul terakhir yang diutuskan kepada manusia. Persoalannya apakah tanggungjawab menyampaikan risalah ini berakhir? Atau adakah risalah dakwah ini hanya disampaikan oleh ustaz-ustaz yang bertauliah, atau pun imam-imam dimasjid? Jawapannya sudah pasti tidak, malah ianya dipikul ke atas semua umat Islam sehingga akhir zaman.

Hijjatul wida’ adalah detik penting penyerahan tanggungjawab ini secara rasminya kepada semua umat Islam.

Pada pesanan akhir Rasulullah SAW bertanya:

“Apakah telah aku sampaikan?” Maka dijawab oleh umat
“Betul engkau telah sampaikan.”
Dengan mengangkat tangan baginda ke langit dan kemudian menunjukkan kearah perhimpunan umat Rasulullah menyaksikan:
“Ya Allah, persaksikanlah”
“Maka hendaklah yang telah menyaksikan di antara kamu menyampaikan kepada yang tidak hadir. Semoga yang menyampaikan lebih dalam kefahamannya dari sebahagian yang mendengarkannya.”

Selepas menunaikan solat zohor dan asar berjemaah, berangkatlah Rasulullah SAW pulang ke Madinah. Di tengah jalan turunlah ayat Al-Quran yang terakhir dari surah Al-Maidah ayat 3.

Lengkaplah sudah Islam sebagai Ad-Deen dan ditaklifkan kepada seluruh umat Islam untuk menyampaikan risalah Islam kepada seluruh umat manusia.

Matlamat yang ingin dicapai melalui usaha dakwah yang dijalankan adalah bergantung kepada realiti yang dialami oleh umat Islam pada ketika itu. Dengan ketiadaan negara Islam, maka matlamat dakwah yang diinginkan adalah menegakkan sebuah negara Islam yang meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah di tempat yang tertinggi. Manakala setelah wujudnya negara Islam, menjadi tanggung jawab dakwah untuk memastikan kelastarian Islam dalam masyarakat serta peluasannya kepada negara-negara yang masih belum menjadikan deenul Islam sebagai pegangan utamanya.

Usaha dakwah dan islah merupakan kerja utama organisasi KARISMA di medan IPT. Ia selari dengan usaha-usaha Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM) dan setiap individu yang menyertai gerabaknya. Ini adalah barasaskan kefahaman bahawa tugas mengerakkan dakwah dan islah menjadi kewajipan bagi setiap individu yang bergelar muslim dan mengucapkan kalimah ‘ La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah’. Malah, ia merupakan sunnah terbesar Nabi Muhammad SAW, serta para rasul dan nabi sebelumnya, yang mana tujuan diutuskan mereka kepada setiap umat manusia adalah tidak lain dan tidak bukan, untuk membawa risalah Islam ini.

Firman Allah SWT:

‘Hai Nabi, kami mengutuskan engkau sebagai saksi, dan pembawa khabar gembira dan pemberi peringatan, dan untuk menjadi penyeru (da’i) kepada ( ad-Deen) Allah dengan seizin-Nya dan untuk menjadi cahaya yang menerangi.’ (Al-Ahzab : 45-46)

Berhubung persoalan dakwah juga, Imam Said bin Jubair pernah berkata:

‘Jika seseorang itu tidak mahu mengajak kepada yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar sehinggalah dia berada dalam keadaan sempurna, maka tidak akan ada sesiapa pun yang mengajak kepada yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar.’

Inilah salah satu kekeliruan yang kerap didapati dalam usaha dakwah iaitu seseorang individu itu perlu memastikan kesempurnaan dirinya sebelum terjun ke medan dakwah. Sekiranya mentaliti ini masih bertakuk di minda kebanyakkan individu muslim, umat Islam akan terus-menerus ketandusan anasir-anasir dakwah yang mampu membawa perubahan yang diharapkan. Ini kerana tiada seorang pun yang akan mencapai tahap kesempurnaan, sama ada dalam aspek keperibadiannya mahupun tahap keilmuannya. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

‘Barang siapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah dicegah dengan tangannya, jika tidak mampu, cegahlah dengan kata-katanya, jika tidak mampu juga, cegahlah dengan hatinya, dan itu adalah tanda selemah-lemah iman.’
(Riwayat Muslim)

Islam mengakui tahap keupayaan individu yang berbeza-beza. Ini didasarkan sabda Nabi di atas bahawa setiap muslim dituntut berdakwah berteraskan kemampuannya. Dalam konteks mencegah kemungkaran, usaha yang paling minima yang boleh dilakukan adalah membenci sesuatu kemungkaran dengan hati adalah wajib hukumnya ke atas setiap muslim. Ini juga menunjukkan tanda-tanda keimanan seseorang, yang mana salah satu neraca pertimbangannya adalah membenci maksiat.

Seseorang pendakwah perlu mempersiapkan dirinya dalam tiga perkara: Ilmu, wara’ dan akhlak. Dalam hal ini, Imam Al-Ghazali pernah menjelaskan:

‘Berkaitan dengan ilmu, seseorang pendakwah perlu mengatahui suasana dakwahnya, batas-batasnya, tempat berlakunya kemungkaran, serta penghalang-penghalangnya, supaya dakwahnya berjalan di atas landasan agama. Wara’ bermakna seseorang pendakwah menjauhi perbuatan-perbuatan salah yang diketahuinya. Berhubung dengan akhlak yang baik, seseorang pendakwah hendaklah berdakwah dengan lemah lembut dan kasih sayang… Dengan tiga sifat ini, dakwah menjadi amalan yang mendekatkan seseorang kepada Allah. Tanpa ketiga-taganya, kemungkaran tidak akan tertolak, malah kadang kala dakwah bertukar menjadi kemungkaran, kerana melampaui batas-batas agama.’


2. Belia di Sebalik Tabir Seerah

cont...

No comments: