Pages

Sunday, July 09, 2006

Problem cari kerja?

11 Malam semalam lepak di kedai mamak di seksyen 4 tambahan dengan kengkawan lama di uniten. Plan nak ajak ramai sikit tp yg dapat dtg hanya jep, irwan n padil. Banyak borak pasal perkembangan masing2 dlm kerjaya dan ofcoz psl worldcup. Irwan tgh nak habiskan MBA di uniten dlm setaun lagi, jep jadi programmer di syarikat engineering Jepun dan padil pulak bahagian IT services di RHB Bank. Semua nampak mcm dah ok. Tapi bila berbual masing2 beceritakan mcm2 masalah dan ada plan nak cari kerja kat tempat lain. Yelah aku pun tak la kata aku takde masalah cuma aku rasa besyukur sebab masih seronok bekerja di tempat sekarang. Hmm nak lompat kerja bukan la salah tp banyak benda kena di pertimbangkan. Kalo baru setaun jagung pengalaman, belum tentu dpt kerja yg lebih baik. Bila ditanya mcm mana cara korang minta kerja? jawapnye hantar resume je. Huh korang ingat resume tu ada mulut ke nak cakapkan bagi pihak korang. Aku pun tebayang, camne kalo resume tu ada mulut dan leh becakap. Hmm mungkin masa depan ada resume boleh becakap.. Ish,, pening kepala org HR nanti denga resume pok pek pok pek. Tapi sebananya org HR akn campak je resume tu dalam almari. Cuba tgk almari dia, mesti penuh dgn resume org lain. Batter talefon la syarikat tu, tanya ada kerja kosong tak? Ada terima resume saya? Kalo tak minta tlg je HR tu bagi no contact Software manager ke, hardware manager ke, ICT manager ke, Sales Manager ke and then introduce la diri tu. Follow up la seberapa kerap yg boleh. Baru la org kata ada usaha lebih and pasti HR tadi atau Manager2 tu terasa nak bagi korang chance panggil interview. Macam tu baru la proaktif namanye. Jgn begantung sgt pada org atau kertas resume tu. Usaha la lebih sikit kemudian doa dan bergantung pada ALLAH sepenuhnya.

"Nak seribu daya, tak nak sudah!!"

No comments: