Pages

Friday, December 31, 2004

Tiada apa yang kekal

Inalillahi wainna Ilaihiraji'un...inilah ungkapan yang paling sesuai apabila musibah melanda (jgnla sebut masyaAllah.. tak sesuai). Terkejut bukan. Malaysia yang dikatakan selamat dpd bencana gempa bumi tak semena-mena dilanda ombak besar atau pun digelar Tsunami akibat gempa bumi di Sumatera. Malah impak bencana ini pun sungguh dahsyat. Sayu hati apabila melihat begitu ramai angka yang terkorban, mayat bergelimpangan seakan-akan sampah sarap. Lalu terpaksa dikambus begitu saje bagi mengelakkan penyakit menular. Ramai juga yang hilang ahli keluarga dan harta benda. Rata-rata negara yang terlibat menyatakan tidak bersedia untuk menghadapi Tsunami ini kerana tidak pernah berlaku di negara mereka sebelum ini termasuk negara kita sendiri.
Alhamdulillah kita terselamat dpd bencana alam ini (yang duk baca blog ni tentula selamatkan hehehe). Mujur negara kita tidak terjejas teruk berbanding negara lain tapi kesannye tetap ada. Aku setuju beno dgn PM kita (Pak Lah) supaya sambutan tahun baru dibatalkan dan digantikan dengan muhasabah dan doa selamat. Bila fikir balik tak keterlaluan kalau aku kata "bagus jugak kalau berlaku bencana alam mcm ni tiap2 hujung tahun... hehe". Bukanlah itu yang aku harapkan tapi yang lebih penting bencana sebegini sepatutnya boleh membuka mata kita seluas-luasnye untuk mengambil iktibar dan pengajaran. Tiada apa yang kekal di muka bumi ini, itulah janji Allah. Tiada apa yang boleh menjamin keselamatan kita, melainkan Allah. Boleh tgk balik artikel aku yg bertajuk "Ish! ruginya kalau tak mahu bertakwa". Harus diingatkan di sini apabila bencana melanda, orang Islam juga turut tidak terlepas. Ini ada disebutkan dalam Al-quran tapi aku dah tak brape ingat surah mana dan ayat mana. kena cek balik nanti. Kenape ye...tak cukup takwa ke? Bukan sebab tak cukup takwa tetapi disebabkan orang Islam sudah ramai yang lupa akan tanggungjawab mereka sebagai khalifah. Malah yang menyedihkan sudah ramai yang hanyut di buai sifat cintakan dunia. Yang ada ilmu Islam hanya guna untuk diri sendiri tak nak ajar anak bini atau org yg terdekat. Ramai orang nak buat amal makruf, derma sana derma sini, tabung sana tabung sini. Tapi bila bab nahi mungkar bak orang hindustan kata "nahii he, nahii" kalau ada pun sikit sgt yg nak buat. Al-Quran sudah tidak menjadi rujukan utama lagi. Solat pun dah tak tentu hala. Nak buat pun sudah rasa susah. Kemudian kerja-kerja dakwah mula ditinggalkan. Dakwah sudah dianggap tidak penting dan hanya dilakukan oleh ustaz2 dan ustazah2 je.
Ish..banyokla kalau nak dilistkan. Yang penting pokok pangkalnye diri sendiri. Dalam diri kita ini ada satu pintu perubahan. Tiada siapa yang boleh membuka pintu itu melainkan diri sendiri. Janganla bersikap reaktif, hanya betindak atau berubah disebabkan keadaan sekeliling tapi jadilah proaktif iaitu kita berubah menjadi baik bukan sebab orang lain atau keadaan sekeliling tapi kita faham dan kita sendiri yang suka memilih untuk jadi beriman dan bertakwa. Ingatlah Allah tidak memerlukan kita tapi kita yang memerlukan Allah. Kalau kita tak mahu pikul tanggung jawab sebagai khalifah Allah untuk menegakkan syiar Islam maka siap sedialah untuk digantikan dengan kaum yang lebih baik. So masa muda ni la digunakan untuk mencari ilmu yang boleh mendekatkan diri kepada Allah supaya lebih mudah untuk berdakwah. Bukannye masa untuk bercintan dan asmara dana. Masa kat dunia ni singkat je..kat syurga nanti banyak masa nak becintan ke, main game ke, tido ke, dan jangan lupa pulak kat neraka pun baaanyak masa. Pilihlah!
p/s: penulisan ini bertujuan memperingatkan diri penulis sendiri (Astaghfirullah aku pun banyak kelemahan lagi) dan dikongsi bersama pembaca. no heart feeling aa. Dlm kepala ni terpikir lak nak menulis tentang tahun baru bertajuk 'Masihi dan Hijriah'. hmm tp ingat kena tido gak la kang lambat lak pegi keje.

Tido ofis mak

Dah pukul 1 pagi dan hari ni hari last aku bekerja di Jabatan. Sekarang ni masih menemani mak aku di pejabatnye. Staff mak aku semua dah balik sblm tgh mlm tp mak aku degil skit tak mau balik lagi. Hmm katanya projek dah sampai dateline tp masih ada sedikit error perlu dibetulkan dan nak cek utk kali terakhir. Nanti client tak puas hati susah lak nak buat bisnes. Projek bernilai 6 angka mana leh buat main2. Ahh tak kisah la, lagi pun bukan perkara baru, dah biasa setiap kali ada projek. Nampak gaya tido kat ofis la aku hari ni. Tapi sblm tido ingat nak menulis sikit la. Hmm banyak cite nih...

Sunday, December 26, 2004

Ape da..

2 minggu yang lepas kat ofis aku ni tak leh nak online streamyx. Aku pun reportla kat pegawai Jabatan tapi seminggu tak de pa pe tindakan. So tepaksala guna akaun streamyx aku utk sementara kalau tak aku yang susah nak wat kerja. Tapi aku tetap tak puas hati tak kan la diorang tak nak ambil apa2 tindakan lagi kot. Bila aku selidik dan tanya tak renti-renti (tak puas hati nih), rupa-rupanye Jabatan tak baya bil. Lor buat malu company je. bil streamyx tak leh nak bayar! Ish pelik gak aku, tak kan la Jabatan tak de peruntukan untuk bayar bil. Hmm malas aku nak fikir yang bukan2. So nak tak nak terpaksela aku guna akaun aku tapi dengan syarat hanya sejam setangah je. Kalau buat manual susah la staff-staff yg menguruskan kaunter pertukaran, service pun boleh jadi lambat. Dah 2 minggu guna akaun aku, contract aku pun tinggal seminggu je lagi. Tapi nampak gaya pegawai kerajaan ni terus lepas tangan dan malas nak bertanggung jawab. Report kat Wan Kamarudin kang baru tau. Geramm tul aku! >(

Tuesday, December 14, 2004

Ish! ruginye kalau tak mahu bertakwa

Kehidupan orang-orang yang bertakwa sangat indah dan penuh keberuntungan. Di dunia lagi Allah telah menjanjikan pelbagai 'hadiah', sebagaimana digambarkannya di dalam al Quran:

1) Sentiasa mendapat petunjuk
"Mereka itulah (orang-orang bertakwa) yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang beruntung" (Al Baqarah: 5)

2) Diberi penyelesaian dari masalah
"Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya akan diberikannya jalan keluar" (At Thalaq: 2)

3) Dipermudah segala urusan
"Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah akan memudahkan baginya akan segala urusan" (At Thalaq: 4)

4) Mendapat rezeki dari sumber tidak terduga
"..dan memberinya (orang bertakwa) rezeki dari sumber yang tidak terduga" (At Thalaq: 3)

5) Dikasihi Allah (dengan itu turut dikasihi malaikat dan manusia)
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang bertakwa" (Ali Imran: 76)

6) Mendapat keberkatan dari langit dan bumi
"Jika seluruh penduduk sebuah negeri itu beriman dan bertakwa, nescaya kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi" (Al Araf: 96)

7) Mendapat keselamatan, pertolongan dan perlidungan dari Allah
"Dan kami selamatkan orang-orang beriman dan mereka adalah orang-orang yang bertakwa" (Al Fussilat: 18)

"...dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah Allah berserta (menolong dan melindungi) orang-orang yang bertakwa)" (Al Baqarah: 194)

8) Mendapat kemenangan
"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa mendapat kemenangan" (Al Naba: 31)

9) Terpelihara dari tipu daya musuh
"Jika kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu" (Ali Imran: 120)

10) Diberikan furqan (petunjuk bagi membezakan yang benar dan salah)
"Jika kamu bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan memberikan kepadamu Furqan. "(Al Anfal: 29)

Friday, December 03, 2004

Minggu Demam Raya

Ya Allah dah seminggu demam. Sejak hari ahad lepas selsema datang menyerang. Paling leceh bila selsema. Dah la member buat open house hari tu. terpaksela cancel nak pegi. Tak selesa lak rasanya bila tebersin-bersin. Lepas tu kena batuk pulak dah. Hari Isnin aku kuat kan semangat utk pergi kerja. Mak aku bagi duit suruh aku gi jumpa doktor. Rasanya tak la teruk sgt dari semalam tp pergi jugakla sebab mak dah suruh. kalo tak aku malas nak pergi. Mujurla petang tu dapat gak pergi open house junior aku. Lama dah tak jumpa dia ni. Ada gak 5 tahun. Segan rasanya nak beraya rumah budak perempuan. Dah diajak pergi je la. So aku ajak si Jep ngan Dan temankan sekali. Balik je rumah badan aku mula naik panas. Demam pulak datang. Alhamulillah jumpa doktor pagi tu dia bagi ubat demam sekali. Aik!! tau2 je doktor tu aku nak demam. Sampai la hari ni demam selsema aku lom betul2 baik. Hmm Sabtu mak aku ajak beraya rumah kawan dia pulak. Ahad, satu hari ada meeting KARISMA. Harap dah sembuhla waktu tu. Senang nak buat kerja.
Bila kita demam atau sakit, sebenarnya kita sedang diuji oleh Allah. Waktu nilah peluang untuk belajar besabar dan sentiasa berdoa pada Allah. Istighfar banyak2 sebab mungkin sakit ini berpunca dari dosa yang kita lakukan. Jangan jadi bila dah sakit baru nak ingat tuhan udah ler.

Wednesday, December 01, 2004

Bagaimana menentukan waktu solat

Aku ada satu tips yang menarik untuk dikongsi bersama. Tips untuk tentukan waktu solat ni dapat dari Selamat Pagi Malaysia. Tips ni amat berguna bagi Muslim yang hendak ke luar negara terutama kawan2 aku yang studi kat oversea tu (jangan suka2 nak tinggal solat!!).

Bagaimana menentukan waktu solat:

  1. Tentukan pukul berapa matahari terbit dan terbenam. Cara paling mudah bertanyakan pada orang tempatan di situ. Sesetengah surat khabar dan majalah tempatan ada maklumat ini.
  2. Waktu Solat Subuh adalah sebelum matahari terbit. Jadi solat boleh dilakukan sejam sebelum matahari terbit.
  3. Waktu Solat Zohor pula antara terbit matahari dan terbenam matahari. Sebagai contoh sekiranya matahari terbit pukul 6 pagi dan terbenam pukul 6 petang maka watu Zohor adalah pada pukul 12 tengahari.
  4. Waktu Solat Asar pula antara waktu solat Zohor dan waktu terbenam matahari. Katakan Zohor pukul 12 tengahari dan matahari terbenam pukul 6 petang maka waktu solat Asar jatuh pada pukul 3 ptg.
  5. Untuk solat maghrib pula waktunya berlaku apabila terbenam matahari dan akan habis dalam sejam kemudian. Selepas itu boleh la pula menunaikan solat Isya'.

Ingat la tips ni mana la tau kena pergi Korea ke Rusia ke atau tempat2 yang susah nak jumpa orang Islam. Satu lagi nak gambarkan Islam ini mudah dan praktikal cuma kita je yang lalai dan ambil mudah. Nanti diri sendiri jugak yang merana.

Saturday, November 27, 2004

New Experiance

Berapa kali dah nak cuba menulis ttg pengalaman baru aku nih. Akhirnya kerja agak berkurang sikit so boleh la curi2 masa sikit utk menulis.

It about three weeks I have been started to work in JPN ( Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan). It not a big deals just because I got the job and that’s also not the job I wanted at all. I just finish my studies in degrees but suddenly I got stuck in my final year project. Because of that I have another 4 months to finish my project. 4 bulan maa duk saje kat rumah buat projek. Rasanye leh mati kutu kalo mcm tu. After finish my final paper (yahoo..hehe still happy until now but also scared to see my result), I decide to search for a job that’s suit with my situation right now. Kalau dapat kerja yg susah2 bila masa lak aku nak siapkan projek, bahaya gak tu. I make a do’a to Allah to give me a right job. I keep praying until suddenly my friend’s Jep call me, “ hey din ko nak kerja tak? Ada kerja kosong kat ofis mak aku nih Ada satu je lagi kosong”. Wow so fast, I just plan to search by myself but suddenly get an offer. Alhamdulillah!!.

So sekarang nih aku dah tiga minggu berkerja sebagai pegawai khidmat singkat (PKS). 5 jam sehari selama seminggu. Sejam diorang bayar dalam 40 je. Hahaha tak kisahlah, kira ok la tu. Cuti raya pun memang aku cuti sekejap je. Bukan dapat duit raya pun kalo cuti lama2. Kerja ni pun contract base selama dua bulan. Kerja aku duk jaga kaunter kat JPN untuk Unit Sekolah Menengah. Mula2 masuk memang blank la. Tapi mujurla ada member aku si Jep ngan member dia Dan, yang lain semua perempuan. Hehe tapi aku ni bukan la pemalu sangat untuk mulakan perkenalan. Semuanya baik2 dan ramah belaka. Rupanya kerja ni lebih banyak melayan orang di kaunter. Bukanla perkara baru bagi aku melayan kerenah ibu bapa atau penjaga. Sebelum ni pun aku selalu jadi fasilitator untuk minggu orientasi di Uniten. So rasa macam okla kerja ni. Tapi fikiran aku rupanya meleset. Ia tidaklah semudah seperti jadi fasi. Kalo fasi seminggu je.

Setelah 2 minggu di Pejabat kami di pecahkan mengikut Zon untuk pertukaran sekolah. Aku ditempatkan di zon Sentul dangan seorang kakak yang jugak PKS seperti aku. Dekat sinilah aku menghadapi cabaran2 yang hebat. Betul2 menguji kesabaran dan sifat marah aku. Alhamdulillah masih boleh control lagi tapi bila habis kerja walau pun 5 jam rasa penat sangat. Setiap hari ada je kerenah baru yang perlu dilayan. Ada ibu bapa yang baik dan ramah. Penuh dengan senyuman dan tidak berlagak sombong. aku ni pun memang jenis yang murah dgn senyuman, so seronak gak bila bekerja dlm suasana sebegitu tapi.. ada juga manusia yang penuh dengan keegoan terutama orang lelaki. Datang2 dah nak marah orang. Memang menyukarkan kerja aku. Paling worst sekali siap tunding2 jari ke muka aku. Apa la yang susah sgt nak lengakapkan borang dengan sertakan dokumen yang diperlukan. Sejak dari sekolah lagi bila orang cuba memarahi aku, aku tetap terus senyum dan selesaikan masalah yang timbul dgn baik. Aku tak perlu gentar dgn reaksi marah org lain selagi mana aku yakin aku buat benda yang betul. Bukankah ada hadis Rasulullah S.A.W menyatakan bahawa lelaki yang gagah itu bukan dari tegapnya tubuh badan tetapi lelaki yang gagah itu adalah lelaki yang boleh mengawal marahnya.

Hmm rasanya aku dah boleh menyesuaikan diri dengan rutin harian yang baru nih… :-)

Friday, November 19, 2004

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

Aku nak ucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin kpd semua yg mengenali diri ini dan jugak kpd pembaca blog aku ni. Macam mana raya korang taun ni? best tak? Bg org yg sebaya mcm aku ni tentula makin tahun dah mcm tak de duit raya je. Duit raya aku tahun ni ada 70 ringgit. hahaha. Alhamdulillah duit gak tu. Boleh la buat duit minyak kete aku ni. Kalau waktu zaman kecik2 dulu mau 3 kali ganda banyaknye. Boleh la beli mainan kegemaran. Tak pun pegi shoping sekali lagi.

Seperti tahun2 yg sudah aku beraya kat KL je. Sebelum raya mcm biasala tlg mak aku kemas rumah. Raya aku ala kadar je. Di pagi raya setelah aku siap mandi dan mengenakan baju melayu lengkap, aku terus bersarapan ngan kurma serta sedikit lemang dgn rendang. Saje je aku dahulukan dgn kurma, sebab Nabi s.a.w pun sblm sembahyang raya, baginda sarapan dgn kurma terlebih dahulu. perrghh dah lama tak bersarapan!! lepas tu tiba lah masa yg menyentuh hati aku, mohon maaf kepada ayahanda dan bonda tersayang. Tahun ni tak sempat lak nak pergi masjid wilayah. so sembahyang jela kat masjid belakang rumah aku ni je. Sampai2 masjid..tgk ramai jugak orang. Diorang ni mcm aku gak ke? tak balik kampung. Tapi bila perhati betul2 baru la ku perasan rupa2nye mat2 indon ngan pakistan yg meramaikan. Tak pela ini pun kira saudara aku gak sebab seagama. Lepas sembahyang raya mak aku ajak beraya kat rawang. Rumah baru mak n ayah aku beli 2 tahun yg sudah. Sampai hari ni tak duduk sana betul2 lagi. Mungkinla kot sebab jauh ngan ofis di KL. So aku ikut ajela.

Raya kedua baru aku satu family balik kampung kat kuala pilah sebab nenek belah ayah aku ada di sana. Kami balik hari. keluar pagi2 balik petang tu jugak. Setibanya di kampung tentula perkara yg menyeronokkan ialah berjumpa ngan sedara2 aku. Apatah lagi raya kali ni dapat berjumpa ngan sepupu aku Ana dan Ila yg telah berbelas tahun tak jumpa. Hmm nak borak panjang tp masa tak mengizinkan. Itulah yg aku harapkan dihari raya agar hubungan silaturrahim antara sanak saudara dapat dieratkan. Tapi apa boleh buat kadang2 kita takleh nak dapat apa yg kita mahukan. Allah yg Maha Mengatahui lagi Maha Bijaksana. Tu jela sedikit coretan aku utk Hari Raya kali ini, Syawal 1425

Tuesday, November 09, 2004

Dapat kerja

Dah pukul 4 pagi. Ingatkan nak balik sentul malam semalam. Tapi mata aku ngantuk, jadi aku tido la dulu dlm pukul 10 mlm. Rancangnya nak tido sejam je supaya ngantuk hilang, tapi bila dah bangun tetap rasa mengantuk so sambung je la tido. Tak elok lak nak drive ngantuk2 nih. Dekat luar pun hujan renyai2. Sedapnye tido.
So kejap lagi aku nak sahur kat mamak and then terus balik rumah. Dekat rumah sewa ni pun tinggal Fahmy, Zulfika dan Midi yang belum balik. Aku ingat nak lepak lagi kat rumah sewa ni dgn diorang tapi nampaknye tak bolah la sebabnya.... pagi ni aku dah start keje. Hehe org lain sibuk nak balik cuti raya aku sibuk lak nak keje.
Anyway kerja ni kawan aku yang offer. kerja pun by contract kat Kementerian Pendidikan Wilayah Persekutuan dalam 2 bulan. Okla tu, nanti takdela sangap buat projek je. At least ada gak income sikit (Alhamdulillah).
Nampaknye sampai hujung tahun ni aku duk rumah kat sentul so mungkin jarang nak bukak internet. Maklum la kat sini broadband (Astaghfirullah, belagaknye) kat rumah sana dial-up. Hmm tau tak fakta broadband ni. Penggunaan braodband di Malaysia adalah kurang dpd 1% kalo nak dibandingkan dgn Singapura 34% dan Korea Selatan 78%. Sikitnye rakyat Malaysia yg gunakan broadband.

Saturday, November 06, 2004

164-3

Lama dah tak update blog nih. Alhamdulillah akhirnya habis gak aku buat degree IT kat uniten. Hari Khamis lepas hari terakhir aku menduduki peperiksaan utk last subjek aku iaitu CBT (Courseware Based Training). Nasib baikla subjek ni tak pening macam Micro P hari tu. Nampaknya aku hampir berjaya menghabiskan 164 credit hour. hehe tinggal 3 credit hour lagi iaitu proect final yr aku. Hmm sampai sekarang masih lagi sukar utk menyiapkan. So aku telah buat keputusan utk tunda satu sem lagi utk siapkan projek ni. Maknanye bulan Feb la baru aku betul2 habis degree nih. Tak pe yg penting no more exam dan menghafal nota. So kepada member yang dah habis tu selamat menganggur dan semoga berjaya dapat kerja. Yg buat projek mcm aku ni, jgn banyak main. Dan yg masih belaja, belaja rajin2.

Friday, October 22, 2004

Sikit lagi

Alhamdulillah satu kerja selesai. Akhirnya siap jugak projek couresware aku ni. Dah 2 minggu aku tak cukup tidur mengerjakan projek ni. Bila presant dekat lecturer dia kata "nice, I like your interface and design" fuuhhh itu pun dah cukup melegakan aku. Tapi itu baru projek subjek belum lagi final year project (fyp). Sekarang nak kena tumpukan fyp pulak dan satu lagi paper for final exam pada 4/11 nanti. FYP lak kena presant lepas cuti raya. aaaghh tak beraya la aku tahun ni. beraya dengan komputer. Hmm lepas tu apa plan aku ek??? hehe kita cerita lain kali la, baik aku siapkan fyp tu dulu. and u guys keep pray for me ok. Thanks a lot.



Credits

Thursday, October 21, 2004

Hujan rahmat

Hmm...nampaknya hujan lebat tak berhenti2 dari pukul 4 ptg tadi. Jalan depan rumah aku dah banjir. Nak berbuka kat masjid uniten pun tak dapat. Nasib baik pasar ramadhan dekat je. So ambik payung redah je la. Hmm rasanya kali kedua aku membeli kat pasar ramadhan. Kali pertama masa hari pertama puasa. Kejap je makanan dah nak habis sebab ramai yang datang. Tapi kali ni tak ramai orang yang datang membeli namun para peniaga tetap bersemangat handak berniaga. Macam tu lah lumrah orang berniaga ada masa menguntungkan ada masa tak berapa untung tapi paling dirisaukan tak dapat untung. Aku belila nasi ayam rempah dengan kuih agar2 dalam RM 4 semua sekali.

Kali ni sebabkan semua housemate tak ke masjid, so kami berbukala ramai2 di rumah. Meriah gak jadinya budak2 bujang berbuka bersama haha. Alhamdulillah ada gak rezeki untuk berbuka. Hujan macam dah reda sikit. boleh la ke surau solat isya' dan terawih kejap lagi.

Saturday, October 16, 2004

MicroPening

Alhamdulillah hari ni masuk hari ke 2 berpuasa. Rasa bertuah kerana masih diberi peluang untuk berada dlm bulan yang penuh barakah ini. Anyway besok aku ada final exam microprocessor yang memeningkan kepala aku. Rasa nak pecah kepala pun ada. Harap boleh buat la besok.

Tuesday, October 12, 2004

Siri Ramadhan 5

Ramadhan sudah hampir menjengah. Perbaiki niat dan berazamlah!
Siri 5

Apakah petanda mereka yang berjaya menjalani ibadah puasa dengan cemerlang? Ini satu soalan yang relevant. Kalau kita lihat suasana hari Raya maka kita akan mengatakan bahawa sebahagian besar umat Islam berjaya menjalani ibadah puasa berdasarkan kepada kegembiraan yang tergambar pada wajah masing-masing di pagi raya dengan pakaian serba baru dan penuh bergaya. Semua orang bergembira dan gembira adalah petanda bahawa mereka telah berjaya.

Begitu 'gembira'nya mereka sehingga mereka pusing satu kampung menziarahi sanak dan taulan dari pagi sehingga senja. Masuk hari raya kelimapun tak habis rumah rakan-rakan diziarahi. Begitu gembira dan asyiknya mereka dalam kegembiraan itu sehingga mereka samada meninggalkan sembahyang atau menangguhkannya (qada' kononnya). Begitu juga gembiranya mereka sehingga bertandang ke rumah 'bakal mertua' dengan pasangan masing-masing berdua-duan berpimpin-pimpin tangan. Sampai ke rumah 'bakal' disambut mesra oleh keluarga 'si anu'- berkenal-kenalan dan bermesra. Begitu gembiranya mereka sehingga tidak lagi menjaga adab-adab dan batas-batas percampuran lelaki dan perempuan. Mereka hias tubuh badan mereka dengan pakaian mengikut fesyen terkini tanpa memperdulikan had-had yang dibenarkan oleh syara' dalam soal menutup aurat. Mereka juga bergembira menonton rancangan-rancangan Hari Raya tanpa memikirkan samada ianya bersesuaian dengan adab dan akhlaq Islam.

Memang benarlah hadis Rasulullah saw. "Untuk orang yang berpuasa dua kegembiraan iaitu sewaktu berbuka (Hari Raya) dan sewaktu mereka mengadap Tuhannya".

Kegembiraan yang diluahkan oleh sebahagian besar masyarakat pada hari ini sangat jauh dari kegembiraan yang dimaksudkan oleh hadis Rasulullah saw di atas. Hari Raya atau Eid Fitr adalah hari di mana umat Islam dirayakan kerana telah menjalani satu bentuk ibadat yang dengan penyempurnaan ibadah itu mereka kembali kepada fitrah mereka yang asal. Apakah dia fitrah manusia yang asal? Iaitu kembali berubudiah atau beribadah kepada Allah dalam ertikata yang sebenarnya. Dengan menjalani latihan intensif Ramadhan jiwa manusia dididik untuk mengengkari kehendak-kehendak nafsu yang tidak bersesuain dengan apa yang telah digariskan oleh syara'. supaya manusia dapat memanfaatkan latihan ini dengan maksimum maka Allah swt telah membelenggu para syaitan pada bulan tersebut Dengan berpuasa manusia menyatakan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada allah swt. Dengan menjalani ibadah puasa manusia berikrar untuk taat hanya kepada Allah swt. Ibadah puasa menguatkan jiwa manusia supaya iltizam dengan batas-batas (hudud) Allah swt. Jiwa manusia akan menjadi lembut untuk melaksanakan segala perintah Allah swt dan sebaliknya tegas di dalam mengawal diri dari melanggar apa-apa yang menjadi laranganNYA.

Mereka yang berjaya menjalani ibadah puasa ini akan keluar dengan 'keterampilan' yang lebih baik di sisi Allah swt. Ibadah puasa membentuk dirinya untuk menjadi muslim dalam ertikata yang sebenarnya. Dia akan menjadi lebih peka dengan tuntutan deen dan tidak akan mempermudahkan segala peraturan deen. Dia akan mendirikan solat serta tidak akan meninggalkannya. Dia akan menjaga batas-batas aurat dan pergaulan serta menjauhi 'zina' dengan menutup semua pintu-pintu ke arahnya. Dia akan menjauhi semua yang telah diharamkan oleh Allah swt baik dalam soal diri dan hartanya. Dia akan memerhatikan semua urusan hidupnya agar ianya berjalan menurut apa yang dikehendaki oleh Allah swt....dan dia akan berusaha melaksanakan semua tuntutan iman ke atas dirinya....termasuk da'wah dan jihadnya.

Inilah pada pandangan kita petanda mereka yang berjaya menjalani ibadah puasa dengan cemerlang.

Sunday, October 10, 2004

Anak-anak noki yang comel

Ni la ahli keluarga aku yang baru. 4 ekor semuanya. Baru berusia 3 minggu. Pening nak letak nama sekor-sekor. Yang hitam tu nama dia Longot. Orang Negeri Sembilan kalau warna hitam berkilat diorang cakap hitam longot. Yang tompok kelabu gelap, putih dan coklat tu nama dia EE. Warna coklat tu..warna maknya pun bukan warna bapaknya pun bukan. Sekor lagi namanya A-pot. yang ni tak de ekor. Ada secopot je bulu kat belakang dia. Nak bagi bunyi sedap panggil A-pot (air port). Yang terakhir namanya Orie. Tak tau la kenapa panggil Orie. Mungkin sebab nak gabung kan nama mak bapak dia. Bob dan Noki jadi Orie. Aagh belasah je. Awal-awal dulu noki melahirkan 6 ekor tapi yang bertahan 4 ekor je. 2 ekor lagi mati tanpa aku ketahui sebab kematian. Pagi-pagi datang tengok dah inaliLLah. Sekarang ni semuanya ada di rumah parent aku. Kalo tak aku memang nak bela je kat rumah sewa ni tapi tgh sibuk dgn projek final year dan final exam.


Longot

EE

A-pot

Orie

Noki dan anak-anaknya. Dari Kiri: longot, A-pot, orie dan EE

Siri Ramadhan 4

Ni bukan PLKN tapi PLKD (Program Latihan Khidmat Diri)
Siri 4

Ibadah puasa merupakan suatu institusi latihan yang wajib dilalui oleh setiap manusia muslim. Institusi ini membekalkan latihan yang sangat dan terbukti keberkesanannya. Siapapun yang mendaftar diri kemudian melalui modul-modul yang ditetapkan akan keluar sebagai pelatih berjaya dan bersedia untuk menempuh cabaran-cabaran kehidupan di dalam menjunjung perintah Allah swt.

Institusi ini memulakan sesinya pada 1 Ramadhan setiap tahun hijriah dan tempoh latihannya memakan masa selama sebulan penuh. Penyertaan adalah terbuka kepada setiap muslim lelaki dan wanita malahan diwajibkan bagi semua yang melayakkan dirinya sebagai muslim. Sinopsis kursus yang disediakan secara ringkasnya meliputi dua aspek penting iaitu kawalan/pendisiplinan diri pada siang hari dan pembentukan/pembinaan rohani pada sebelah malamnya. Kursus adalah dalam bentuk yang intensif dan kedua-dua aspek latihan ini adalah dalam bentuk yang bersepadu. Peserta kursus dikehendaki melakukan perkara-perkara berikut:

1. Menahan diri dari makan, minum dan perhubungan jenis suami-isteri
pagi sampai senja
2. Menahan semua pancaindera dari melakukan sesuatu yang tidak
dibenarkan oleh syara' (menjaga mata, telinga, lidah, sentuhan,
appendages - kaki/tangan)
3. Mengawal fikiran dari memikirkan sesuatu yang tidak baik
4. Mengawal diri dari sifat-sifat yang buruk (mazmumah)
5. Menjaga, memperbaiki serta mempertingkat amalan-amalan fardh
serta memperbanyakkan amalan-amalan nawafil (solat sunat berupa
terawikh, tahajjud dsbnya)
6. Membaca serta mentadabbur al-Quran
7. mengeluarkan sedeqah yang wajib (zakat fitrah dan mal) dan sunat.
8. Mengurangkan tidur
9. Memperbanyakkan i'tiqaf

Peserta juga diberi peluang untuk menikmati iftar (berbuka puasa) dan suhur masing-masing pada sebelah maghrib dan sebelum masuknya fajar yang turut dikira dalam penilaian kursus.

Di samping itu pada 10 malam terakhir ada satu malam yang dirahsiakan (malam yang ganjil mengikut pandangan sebahagian besar ulama') di mana mereka yang beramal dengan cemerlang pada malam tersebut akan memperoleh 'Lailatulqadr' iaitu mendapat ganjaran sama seperti mereka yang beramal selama 1000 bulan. Ini merupakan insentif yang amat menarik bagi semua peserta kursus.

Peserta yang berjaya melalui kursus ini dengan cemerlang akan mendapat rahmat, keampunan dan jaminan kebebasan dari api neraka Allah swt. Di akhir kursus semua peserta yang berjaya akan diraikan dalam majlis Eid Fitr (Hari Kejayaan) di mana mereka beramai-ramai bertakbir, bertahmid dan bertasbih dalam suasana penuh syahdu dan keimanan.

Kursus ini wajib dilalui setahun sekali setiap kali tibanya Ramadhan dan semua peserta harus kembali mendaftar diri selama mereka masih hidup kecuali mereka yang dikecualikan oleh syara' (atas sebab-sebab tertentu seperti sakit yang tidak mengizinkan, hilang aqal dll).

Mahu lihat keberkesanan kursus ini sila lihat kepada 'batch' paling cemerlang yang mengikuti latihan yang sama 1400 tahun yang silam (iaitulah Rasulullah saw dan para sahabat radiallahu ajmain).

Saudara-saudari sudah mendaftar diri?

Wednesday, October 06, 2004

Malam ni..

Malam ni baca buku Riyadhus Shalihin Bab 3:Sabar...best pe baca buku ni. nak kena bentang untuk usrah besok.
Malam ni kena buat action script Flash untuk "Quiz section" projek CBT. Minggu depan kena present.
Malam ni kena download Smallville Season 4 part 3. Member punya pasal.
Malam ni kena tido. Mata dah bengkak

Siri Ramadhan 3

Tak sabar menanti Ramadhan
Siri 3

Allah swt telah berfirman dengan ayat yang sering dikumandangkan bila tibanya bulan Ramadhan. Ramai dari kalangan kita menghafal ayat ini atau setidak-tidaknya maksud ayat tersebut. Ramai juga dikalangan kita yang tahu ayat ini dari surah mana dan nombor berapa. Ayat tersebut bermaksud "Wahai orang-orang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas umat yang terdahulu semuga kamu bertaqwa."

Jelaslah saum atau menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mempunyai satu matlamat yang khusus iaitu untuk mencapai ketaqwaan. Makna taqwa secara mudahnya ialah menuruti, mengia, melaksanakan dan menyuruh segala suruhan Allah dan menjauhi, membenci dan melarang segala tegahanNYA. Sebagai seorang muslim kita semua sudah maklum apa yang menjadi suruhan dan apa yang menjadi tegahan azawajal. Tanyalah kepada any average muslim person pasti mereka boleh menyenaraikan satu persatu apa dia suruhan Tuhan dan apa pula tegahannya. Suruhannya berupa amalan-amalan yang fardh seperti solat, berpuasa, membayar zakat, berbuat ihsan kepada kedua ibu bapa, berjihad, dsbnya...tegahannya pula termasuk meminum khamar (arak), berjudi, berzina, berkata bohong, mengumpat dll.

Timbul satu pertanyaan mengapa di dalam membentuk ketaqwaan ini Allah azawajal mewajibkan ibadah puasa sedangkan kita tahu berpuasa ertinya menahan diri dari makan, minum dan hubungan jenis pada siang hari (definasi syara'). Bukan sahaja makan benda haram (sememangnya haram) tetapi juga semua jenis makanan yang dihalalkan pada hari-hari yang lain. Kita dihalalkan mendatangai isteri yang sah tetapi diharamkan bagi kita melakukan perbuatan suami isteri tersebut pada siang hari Ramadhan. Mengapa demikian? Ini memberikan kita satu isyarat bahawa kita melakukan atau meninggalkan sesuatu pekerjaan dalam kehidupan ini semata-mata kerana mentaati Allah swt. Kita meninggalkan perbuatan maksiat kerana beriman bahawa Allah telah mengharamkan kita untuk melakukannya. Kesediaan kita berpuasa dari perkara yang halal sekalipun menunjukkan bahawa meskipun Allah swt mengharamkan sesuatu yang halal kita tetap akur dan sama sekali tidak akan mempersoalkan segala titah perentahNYA.

Inilah matlamat puasa iaitu untuk membentuk peribadi yang sedia mematuhi Allah dalam semua perkara. Jika manusia mampu untuk menahan dirinya dari sesuatu yang dibenarkan hanya semata kerana mentaati Allah maka sudah tentu lebih mudah bagi dirinya menjauhi perkara yang sudah sedia haram. Manusia-manusia sedemikian tidak akan mempersoalkan serta berdolak dalih lagi dengan hudud (batas-batas syara'). Sekiranya Allah swt mengatakan perbuatan pergaulan bebas di antara lelaki wanita itu haram maka dia akan menjauhinya dan akan berusaha untuk mengujudkan satu suasana di dalam masyarakat di mana perbuatan pergaulan bebas ini dapat dibenteras. Apabila sesuatu perbuatan itu dihukumkan haram samada dari nas al-Quran, hadis atau ijma' ulama maka dia akan berusaha untuk meninggalkannya tanpa memberi sebarang alasan. Dia bersedia untuk melaksanakan semua perintah Allah meskipun orang lain mengatakan tindakannya itu merugikan dan menjejas ekonomi negara.....

Semuga Ramadhan kali ini membentuk peribadi-peribadi yang sedia mematuhi segala peraturan Rabb dalam diri-diri kita. Amin Ya Rabb...

Bila nak siap???

Dah lama tak lepak kat blog ni. Sebenarnye tgh pening menyiapkan final yr projek dan projek subjek CBT. Tadi baru je habis test 2 Micro P yang sememangnya memecahkan kepala aku. Sekarang kena sambung balik projek "courseware generator". Ramai gak yang tanya "apa tu courseware generator?" Couresware boleh dikategorikan kpd e-learning dan CBT. So aku kenala buat satu program yang membolehkan pensyarah atau cikgu-cikgu buat e-learning utk kelas diorang dengan mudah. Lepas ni tak payahla habis beratus ratus ribu upah syarikat buat e-learning lagi. Beli je sistem aku ni nanti garenti jimat kos. Hmm mcm tula nak terang sikit2 je. Kena studi balik programming PHP. Memangla kat internet melambak-lambak templet PHP tapi tak ada yang sesuai. Sistem untuk buat kuiz yang payah sekarang ni. Sempat ke siap sem ni???? Projek subjek CBT lagi. Ya Allah permudahkanlah segala urusan projek ini...Amin. Hehe lega rasanya bila dapat menulis.

Monday, September 27, 2004

Siri Ramadhan 2

Siri 2

Bulan Ramadhan yang datangnya setahun sekali ini sudah tentunya menjanjikan pelbagai bentuk ganjaran bagi mereka yang berpuasa dengan taat - yakni hanya mengharapkan keredhaan Allah semata-mata. Mengenangkan perkara inilah maka hati kita dilanda keseronokkan atau kerana tak sabarnya kita menerima kedatangan bulan ini.

Ramadhan bagi umat Islam adalah merupakan satu bulan yang cukup istimewa. Bulan ini biasanya dikaitkan dengan makanan yang lazat dan aneka rasa. Malahan setengah-setengah jenis kueh mueh memang berkait rapat dengan bulan Ramadhan dan hanya dihidangkan pada bulan tersebut - menunjukkan istimewanya bulan ini, maka hidangannya juga mesti istimewa, lain dari hari-hari biasa. Bulan ini juga dikaitkan dengan keuntungan ekonomi yang berlipat ganda. Bagi masyarakat melayu di Malaysia, bulan ini menyediakan peluang perniagaan yang cukup baik. Juallah apa sahaja asal namanya makanan pasti habis dan menguntungkan. Umat Islam juga ghairah berbelanja pada bulan ini membeli juadah untuk berbuka puasa. Setiap seorang ternanti-nanti waktu berbuka puasa sehingga kemungkinan rancangan TV dan radio yang paling diminati ramai pada bulan tersebut ialah pengumuman waktu berbuka puasa dan imsak bagi setiap negeri. Bila masuk sahaja waktu berbuka maka seluruh ahli keluarga berkumpul mengelilingi meja yang penuh dengan berbagai jenis makanan dan minuman. Bagi orang-orang bujang mereka juga seronok berbuka puasa di mesjid-mesjid yang mengadakan majlis berbuka puasa untuk orang ramai. Mesjid-mesjid di kampung dan kota juga menyediakan bubur lambuk kegemaran ramai. Orang ramai pasti berpusu-pusu dengan bekas tupperware masing-masing selepas waktu asar untuk mendapat bahagian bubor masing-masing. Pendekkata bulan ramadhan adalah bulan untuk menjamu selera.

Di samping itu bulan Ramadhan juga merupakan bulan untuk bersedia menyambut hari raya. Malahan sekarang ini khabarnya tempahan untuk pakaian Hari Raya telah ditutup tiga bulan sebelum bulan Ramadhan lagi! Gedung- gedung perniagaan juga tidak ketinggalan mengambil peluang dari kedatangan bulan Ramadhan untuk melancarkan jualan murah Hari Raya. Orang ramai akan menghabiskan banyak masa membeli belah di gedung- gedung dan pasar raya. Baru sehari dua umat Islam berpuasa suasana berhari raya sudah dapat dirasakan. Kad-kad ucap Selamat Hari Raya juga mula membanjiri pasaran dengan pelbagai message untuk merangsang umat Islam berutus kad hari raya bukan sahaja kepada rakan, sanak dan famili tetapi juga kepada 'tunang' dan 'kekasih'. Suasana beraya semakin hidup dengan dendangan hari raya yang 'evergreen'. Pendekkata umat Islam tenggelam dalam keseronokkan menyambut kedatangan hari raya dalam bulan Ramadhan.

Kalau inilah 'farhan' atau keseronokkan yang kita kecapi di bulan Ramadhan maka nyatalah kita telah menyeleweng dari ruh Ramadhan yang sebenar. Kalau inilah bentuk keseronokkan yang kita tunggu-tunggu maka nyatalah kita telah menyimpang jauh dari apa yang dituntut dari kita oleh Allah swt sebagaimana yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah saw. Rasulullah saw dan para sahabat seronok dan rancak beribadat pada bulan Ramadhan sedang kita seronok dan rancak berpesta dan berhibur pada bulan itu. Rasulullah saw dan para sahabat meningkatkan ibadat mereka apabila bulan Ramadhan sampai ke penghujungnya dengan ibadat qiam dan i'tikaf sedang kita semakin Ramadhan sampai ke penghujungnya kita semakin tenggelam dalam keseronokkan berhibur, bersiap untuk menyambut kedatangan Hari Raya. Bila tiba 1 Shawal kitalah yang paling gembira kononnya dengan tidak disedari Hari Raya adalah untuk mereka yang berjaya mengisi makna Ramadhan dalam ertikata yang sebenar-benarnya.

Marilah kita bertekad pada bulan Ramadhan kali ini untuk mengisi makna Ramadhan yang sebenar dan seterusnya menikmati kemenangan yang dijanjikan bagi orang-orang mu'min apabila menjelangnya syawal.

Sabda Rasulullah saw: Bagi orang-orang yang berpuasa dua kegembiraan. Kegembiraan sewaktu berbuka (berhari raya) dan sewaktu menemui Tuhannya.

Semuga Allah beri kita kekuatan untuk menjalani ibadat berpuasa sebagaimana yang telah diamalkan oleh Rasulullah saw dan para sahabat serta menghindari kita dari 'lapar dan dahaga' yang sia-sia. Ameen Ya Rabb....

Saturday, September 18, 2004

Siri Ramadhan 1

Siri 1

Sedikit masa lagi insyaAllah kita akan dijengah oleh Ramadhan, bulan yang keistimewaannya telah sama-sama kita maklumi. Sesuai dengan kebesaran dan keistimewaan Ramadhan maka begitu jugalah keghairahan kita di dalam menyambut kedatangannya. Sebagaimana yang pernah kita dengar, kita merasa tidab sabar 'farhan' - hati kita terlonjak-lonjak dan kita menghitung-hitung hari bila kita akan masuk ke bulan Ramadhan. Hati kita tidak sabar untuk mengisi Ramadhan kali ini dengan puasa yang diterima oleh azawajal, puasa yang merubah syakhsiah diri kita, dengan ibadat-ibadat malam, dengan mengalunkan ayat-ayat Quran, dengan sadaqah dan lainnya. Keghairahan ini perlu kita zahirkan dengan melatih diri dengan melakukan sebanyak-banyak ibadat apatah lagi pada bulan sya'ban yang fadhilat beramal di bulan ini telahpun diperjelaskan dalam beberapa banyak hadis Rasulullah saw. Puasa sunat antara lain. Inilah masa yang terbaik untuk membentuk tabiat beramal - supaya apabila kita keluar dari bulan Ramadhan nanti hati kita senang pada melakukan ibadat kepada Allah swt serta menjauhkan tabiat-tabiat buruk yang menjadi kebiasaan.

Saya ingin mengajak diri saya dan saudara-saudara semua untuk membuat satu resolusi pada bulan Ramadhan ini sebagaimana orang membuat resolusi tahun baru tapi dengan sesuatu yang menjurus kepada pembentukan iman dan peningkatan amal. Rangkalah apa saja resolusi yang relevant dengan diri kita, samada hendak melakukan satu amal dengan istiqamah dan penuh iltizam atau untuk meninggalkan satu keburukan yang telah menjadi tabiat kehidupan.

Contoh-contoh resolusi:

1. Solat berjemaah di mesjid sekurang-kurangnya sekali dalam sehari
2. Solat subuh berjemaah di mesjid sekali seminggu
3. solat tahajjud sekali seminggu sekurang-kurangnya
4. solat dhuha setiap hari
5. baca Quran semuka sehari
8. Puasa sunat Isnin dan Khamis
9. Meninggalkan tabiat merokok
10. meninggalkan tabiat suka mencarut
11. Tidak menonton rancangan TV, CD/DVD yang buruk
12. Mengelak dari bergaul bebas lelaki/perempuan bukan muhrim

Semuga kita dipanjangkan usia, disehatkan tubuh badan serta diberi kekuatan
untuk melaksanakan ibadat puasa seperti yang dikehendaki oleh Allah azawajal.
Amin Ya Rabb..

Siapa sebenarnya YAHUDI & ISRAEL?

"Yahudi merupakan satu-satunya agama yang dikhususkan kpd satu bangsa. Mereka tidak berdakwah utk menarik penganut agama lain utk masuk ke dalam agama mereka. Yahudi merupakan satu bangsa yg dikurniakan Allah paling ramai nabi2 dan rasul2.

Namun begitu setiap kali kedatangan nabi dan rasul mereka akannafikan dan ada yg mereka bunuh.Antara nabi yg pernah diturunkan kpd mereka ialah nabi musa dan isa.. Kaum Yahudi ini percaya bahawa Nabi Uzair merupakan Anak Allah dibumi kerana baginda boleh menghidupkan org yg telah mati. Itu secara ringkas ttg sejarah org yahudi.

Tahukah anda Yahudi di US hanya lebih kurang 5 Juta dari Seluruh penduduk negara itu. Namun begitu mereka ini cukup hebat dgn dapat menguasai ekonomi dan politik US. Nama2 Yahudi yg hebat spt Bill Gates, George Soros, Solomon, Henry Ford dan banyak lagi. Satu perkara yg mungkin kita tidak tahu ttg Yahudi ialah mereka menguasai senat Amerika Syarikat. Merekalah yg menentukan dasar luar US. Paling menarik, walaupun mereka menguasai senat US, tetapi mereka melantik President dari kalangan Kristian. Tahukah anda kenapa? Yahudi ini perancangan cukup rapi dan licik.Mereka merupakan invisible hands disebalik keangkuhan USA pada masa kini.

Yahudi pernah merempat di negara asing spt di Jerman. Pada zaman pemerintahan Nazi, Hitler telah membunuh ramai org Yahudi kerana mereka terlalu bijak dan boleh mengancam kedudukan bangsa Yahudi.

Pada awal 1900 mereka telah menubuhkan pertubuhan Yahudi Sedunia di Britain. Mereka telah meletakkan beberapa agenda dalam memartabatkan bangsa mereka.Antaranya :
1) Menghuru hara dunia ini dengan penganjuran pesta2 maksiat. Akhirnya ndunia ini akan rosak sehingga semua manusia memandng agama mereka sbg yg terbaik. Antaranya homoseks,lesbian& gay.
2) Merampas Baitul Maqdis dari tangan org Islam dan Kristian.Pada tahun 1960an org yahudi telah mendarat di Semenanjung Gaza dan mereka telah berperang dengan aorg Arab. Akhirnya terbentuk negara Yahudi,Israel.

3) Merampas Madinah dari tangan Islam dan Madinah diletakkan dibawah Negara Yahudi Raya(ISRAEL).Madianah merupakan tanah air mereka. Mereka telah mdiusir oleh Nabi Muhammad kerana belot ketika Rasulullah berperang dengan Musyrikin Mekah.
4) Mewujudkan sistem ekonomi yang dipenuhi sistem riba' dan bermatlamatkan keuntungan. Yahudi tidak akan mengenakan riba' kpd sesama bangsa mereka.Lihat dunia hari ini penuh dengan sistem riba'.Perniagaan bukan lagi bermatlamat untuk kemaslahatan umum tetapi lebih kpd keuntungan sehingga ada pihak yg tertindas.

5) Menganggap bangsa selain Yahudi sbg lembu dan layak disembelih. Di Palestine kita boleh lihat kekejaman mereka.Askar mereka sesuka hati mene mbak org awam.

6) Menghapuskan sistem khalifah Islam dan cara hidup Islam. Yahudi memang benci kepada Islam kerana Nabi Terakhir diturunkan kepada org Arab. Mereka sebenarnya berharap bahawa Nabi terakhir itu datang dari keturunan mereka.

7) Menjadikan negara Islam sbg negara pengguna kepada industri walaupun mereka memilikki sumber asli yg banyak. Agenda ini telah ditulis di pintu masuk Parlimen Israel. Sebahagian matlamat ini telah tercapai. Sebahagian lagi masih di dalam usaha mereka.
Yahudi telah byk melakukan banyak kerosakkan di muka bumi ini. Mungkin ramai tidak tahu bahawa budaya merokok merupakan agenda Yahudi. Sebenarnya org Yahudi tidak merokok. Anda boleh lihat kilang2 rokok2 spt Marlboro dimilikki oleh org Yahudi. Anjuran merokok ini sebenarnya dilakukan spy umat manusia melakukan pembaziran dan merosakkan badan mereka.
Dalam hiburan, Yahudi mewujudkan pelbagai jenis muzik antaranya rap, hiphop, punk dan macam2 lagi.Melalui muzik mereka menyelitkan unsure hedonistik atau keseronokkan yg melampau.
Banyak lagi kerosakan yg telah mereka lakukan. Oleh itu saya berharap info ini dapat memberi maklumat serba sedikit ttg Yahudi laknatullah.
Janganlah terkejut kenapa US menyokong Israel. Israel itu sebenarnya ditubuhkan oleh org Yahudi dari Amerika Syarikat yang kembali ke Palestin untuk mrencapai matlamat2 tadi.

Kita membenci mereka. Tetapi mereka telah lama mempersiapkan diri.
Fikir2kanlah teman

Friday, September 17, 2004

Pagi di Kenari

Lama juga tak menulis. Dalam 2 bulan ni memang busy. Tinggal 2 subjek je utk habiskan degree ni tapi assignment melambak-lambak. Di tambah pula dengan final year project. Memang tak sempat nak ngadap blog ni. Anyway terima kasih la kerana datang jengah2 disini. Awal pagi tadi si noki telah pun melahirkan 6 ekor anak kucing. fuhh betambah ramaila ahli keluarga aku..hehe. Siapa-siapa berminat boleh hubungi aku. Si jantan pun kucing kacukan perchen (betul ke eja ni). boleh tgk balik post aku yang ttg "noki dan bob".


lapanye



Rileks..jgn berebut..banyak lagi tempat

Friday, September 03, 2004

At last...

Dah lama tak menulis. Walaupun cuti tapi banyak kerja yang perlu diselesaikan. Paling menarik sekali minggu ini tentulah isu pembebasan Anwar Ibrahim. Kita sebagai insan yang berfikir tentu masing-masing ada pendapat masing-masing tapi walaumacam manapun tak de siapa boleh menafikan betapa hebatnye insan ini dalam berjuang. Sungguh berkarisma!! Sebabkan dialah ramai yang tahu apa itu nepotisme dan kronisme. Sebabkan dialah ramai yang terbukak mata tentang keadilan. Sebabkan dialah ungkapan reformasi dilaungkan. Ketika dia berada di UM pada era 70-an, sebab dialah rakyat miskin terbela dan sebab dialah PERJUANGAN ISLAM berputik. Sekarang keadilan berpihak kepada dia.... perjuangan baru saja hendak bermula.....

Tuesday, August 24, 2004

Ustaz Singapore

Malam tadi sekali lagi aku tak turun kelas silat. Ini dah kira hatrick ni. Macam mana nak ambik SRP. Bukan tak nak turun tapi malam tadi memang tak boleh lepaskan peluang untuk berjumpa dengan seorang ustaz yang bermakna dalam hidup aku. Ustaz ini memang banyak berjasa terutama dalam mebimbing batch aku ketika sekolah dulu, maklumla batch budak nakal, keras kepala, degil dan yang sama waktu. Hampir 5 tahun tak jumpa, memang sukar untuk berjumpa pun kerana sekarang ini dia bekerja di Singapura. Kebetulan dia ada sedikit kerja di KL untuk beberapa hari. Ustaz yang aku maksudkan ialah ustaz Jamaluddin Abd Wahab. Turut hadir ialah beberapa rakan aku yang satu batch iaitu, Hisyam (buat dekat rumah hisyam di Gombak), Kaab, Taqi, Hadi, Naim, Hakim dan Haziq. Sambil makan-makan sikit sambil berbual dan berkongsi pengalaman. Untuk member2 aku yang tak hadir tentu nak tau apa ustaz Jam buat sekarangkan. Sejak di ke Singapura pada tahun 2000 dia bekerja di Masjid Assyakirin di Jurong. Kemudian dia berkahwin dengan orang Singapura dan menetap di Tampines. Untuk sekian waktu dia berulang-alik dari tempat tinggal dan kerja. Katanya agak jauh jugak jarak Tampines dan Jurong tu. Satu ketika, kebetulan ada kekosongan jawatan di Masjid Ghufran di Tampines. Jadi dia bekerja di masjid itu sehingalah sekarang sebagai Imam Eksekutif. Pergh ada class bunyi jawatannya tu. Kalau kat sini panggil tok imam je hehe. Dia pun terlibat dengan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). Sekarang ini dia kata rezeki dia bertambah murah kerana dapat jadi PR Singapura. Hmm aku pun tak tau apa benda tu. Tapi dengar mcm bagus jugak tu.
Kami pun berbual-antara satu sama lain dan ustaz pun banyak memberi nasihat. Sempat juga ajukan soalan-soalan agama terutama bab fiqh memandangkan Ustaz pun dulu belajar di Madinah. Satu lagi berita baik, Kaab juga akan mengikut jejak langkah ustaz Jam ke Madinah 7hb 9 ni. Syabas dan tahniah Kaab. bukan senang nak terpilih belajar di Madinah ni. Bila nak balik baru teringat terlupa bawa kamera :( Okla itu jela coretan aku pagi-pagi buta ni. Ada rezeki kita buat gathering besar-besaran dengan us Jam lagi. Hmm nak buat kat mana ek.? Singapore ke? hehe banyak duit.

Sunday, August 22, 2004

Kenduri

Hari ini dua orang kawan aku buat kenduri. Nasib baik dekat-dekat je. Kenduri Abg Ashrif bekas presiden PPI waktu aku first yr dulu. Rumahnya di Kajang. Kemudian kenduri Hanif kawan silat cekak aku dekat Bangi. Betul-betul kenyang hari ini. Si Hanif ni sebaya aku je. Cepat jodoh kau ye Hanif. Dia pun ada tanya aku sewaktu aku jumpa dia di meja pengantin, "Kau bila pulak Din?" .....Aku bila lagi ye?? Haha rasa macam jauh je lagi sebab banyak main je aku ni. Kocek pun kosong :P

Saturday, August 21, 2004

Shoutbox problem

Patutla susah nak load blog ni. Rupanya myshoutbox.com ada problem. Sementara mereka perbaiki sistem tu, aku off kan kejap. Malas nak ngomel sebab benda dah free kan. Tak dapatla nak menjerit :(

Friday, August 20, 2004

Yang majoriti

Tegerak pulak hati untuk menulis menganai apa yang aku baca dari Al-Quraan ketika usrah sebentar tadi. Ia mengenai kisah Talut dan Jalut. Aku bukanla ustaz nak menafsir Al-Quran tapi kita masih lagi boleh mengatahui maksud ayat melalui Quran tafsir (Tadabbur). Rujuk Surah Al-Baqarah 246 - 251.

Kisah ini berlaku selepas kewafatan Nabi Musa a.s.. Ketika itu Bani Israil meminta Nabi mereka melantik seorang raja agar megetuai mereka untuk pergi berperang di jalan Allah. Lantas Nabi mereka menjawab kalau Allah wajibkan kamu berperang kamu pula tak mahu berperang. Tapi Bani Israil ini tetap bertegas bahawa mereka sanggup berperang. Jadi Allah pun mewajibkan perang, tapi hanya sebilangan kecil sahaja yang ikut. Setalah itu Allah melantik Talut sebagai raja bagi Bani Israil. Tetapi ramai pula yang membantah sebab Talut ni seorang yang miskin dan tak berharta. Kira tak layak la nak memerintah Bani Israil sebab tak kaya. Nabi mereka pun jawabla bahawa Allah telah melebihkan Talut dengan ilmu pengatahuan yang luas dan kekuatan tubuh badan. Untuk menguatkan lagi bukti yang talut ini telah dipilih menjadi Raja, Nabi mereka pun menyatakan akan datang sebuah peti yang berisi ketenangan Allah dan harta peninggalan keluarga-keluarga Nabi Musa dan Harun (ulamak menafsirkan ianya adalah kitab Taurat). Peti tersebut pula akan dibawa oleh malaikat sendiri.

Setelah semuanya terbukti maka Talut pun menjadi raja. Talut pun mula membawa bala tentera Bani Israil untuk memerangi Jalut dan bala tenteranya. Ketika dalam perjalanan untuk berperang, Talut memberi amaran supaya jangan meminum air sungai yg mereka akan seberangi melainkan hanya satu cedukan tangan. Siapa yang melanggar perintah bukan dari kalangan mereka. Tapi malangnya hanya sebilangan kecil saja yang ikut arahan, yang lain semuanya dah tak tahan kehausan. Maka setelah menyeberangi sungai, orang-orang yang minum lebih-lebih ni cakap dah tak larat nak pergi perang pulak dah. Tinggalah sedikit sahaja yang masih mahu pergi berperang. Mereka yang meneruskan perjuangan menyatakan bahawa telah banyak bukti menunjukkan golongan yang sedikit menewaskan golongan yang ramai dengan izin Allah.

Apabila peperangan dengan Jalut dan tenteranya bermula mereka pun berdoa pada Allah mohon kesabaran, kekuatan pendirian dan kemenangan. Akhirnya mereka berjaya mengalahkan tentera Jalut. Nabi Daud a.s lah yang membunuh Jalut. Ketika itu Nabi Daud a.s masih muda lagi.

Pengajaran yang kita boleh ambil daripada ayat tersebut, ialah orang yang hendak berbuat kebaikan ini memang tidak ramai. Cuba kita lihat suasana sekeliling kita, bukankah lebih ramai yang suka membuat perkara-perkara maksiat dan dosa. Berapa ramai sangat lelaki yang berani berdakwah dan berapa ramai sangat golongan Hawa yang sensetif dengan aurat mereka?? Nak buat baik pun segan

Memang biasala orang lebih suka pada yang majoriti. Cuba bayangkan dalam kelas pensyarah / cikgu mahu memilih ketua kelas. Katakan ada 2 calon. Kemudian kita pulak tak kisah pun siapa-siapa pun yang jadi..kira tak de standla ni, tapi mesti pilih jugak salah seorang. Bila sesi angkat tangan bermula mesti kita lihat kawan-kawan yang lain dulu, kalau ramai orang tu la yang kita pilih jugak. Sudah menjadi lumrah yang majoriti lebih disukai.

So kepada rakan-rakan ku yang rajin berdakwah, janganlah rasa lemah melihat bilangan kita yang sedikit, yakinlah pada janji Allah. Teruskan usaha. Tingkatkan amalan. Kalau tak de la orang yang menjalankan amal ma'ruf nahi mungkar....alamatnya kiamatla dunia ini. Sedikit... no problem.. kalau banyak...lagi bagus. Allahu'alam

Thursday, August 19, 2004

Dunia persinggahan

Hari ni nak begambar je keje aku haha. Hmm.. dalam masa terdekat ni tak de idea nak menulis. Lagi pun keje banyak. Perkembangan projek pun masih slow. Kat bawah ni gambar di Taiping sewaktu ziarah kawan aku yang ayahnya baru meninggal pada bulan lepas. Semoga roh ayahnya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang-orang yang soleh. Harap kita yang masih bersinggah ini perbanyakkan amalan sebagai bekalan.


Iman, Sus, Dzul, Din, Fikri dan Fahmy yang ambil gambar

Abg Fasi

Ni gamba aku waktu jadi fasilitator orientasi Uniten. Mula jadi fasi waktu kemasukan Jun 2001. Lepas tu Nov 2001, Jun 2002 dan akhir sekali Nov 2002 kena jadi Ketua Fasi. Untuk 2003 aku buat praktikal dan 2004 dah malas dah hehe.


Abg Fasi

Wednesday, August 18, 2004

Game Theory in Economics

Dear friends,

Ever heard about Game Theory? It was introduced John von Neuman in 1928. It is famous theory in Economics. There are thousands of literature and PhD thesis written about this theory.

Why it should be so famous and intriguing many people? For those who study Economics, you must have heard about this idea, mostly used in Economics and social studies to justify human behavior in marketing etc.

Moreover, it deals with nature of human being to have highest possible benefit from what he or she did. This theory is also called Prisoner's Dilemma. You can understand better by going to this URL http://www.princeton.edu/~mdaniels/PD/PD.html

Now, let's talk more on it base on our daily life example.

It is always a debate among people of different belief and background: does the hereafter exist? Why should I belief in next world?

Let's apply Game Theory. We would like to consider either paradise and hellfire is worth to belief or not.

For Muslim: we believe in the hereafter, the most we suffer is 60 or 70 or may be 100 years of life in this world (because you can't do whatever you'd like as others)

For atheist or those with no religion: you believe in no hereafter, you will enjoy your life the most 100 years. After your death, you will go nowhere.

With premise of the existence of the hereafter, Muslim belives those atheists will be in the hellfire without any 'concession'. At the same time, Muslims or those who believe in the hereafter will gain little enjoyment in this world.

Since there should be the answer of yes or no for this argument (the existence of next world), we would cancel the box for both possibility are right or both wrong. Please refer to your Economics book if you forgot how to play with this theory :)

Now, let's take the ratio of suffer over enjoy (S/E) for both group.

For Muslim,we will have the most suffer is 100 years and since we believe in the herafter, we will enjoy the next world eternally (infinity). So 100/infinity = 0.

For atheist, you will suffer infinitely in the hereafter and enjoy the most 100 years in this world. So infinity/100 = infinity.

Thus. Is it worth to believe in no hereafter and we gain infinitely suffer in ratio to our enjoyful moment since calculated S/E above is infinity? .....Think!

Dua blog baru

Aku telah bina dua lagi blog baru untuk tujuan tersendiri iaitu NAHBA System dan Scrap Blog. Tujuan NAHBA System adalah untuk memudahkan aku menyimpan segala artikel dan link yg berkaitan dengan komputer sebagai rujukan projek tahun akhir aku. Scrap Blog pula hanya untuk tingkatkan bahasa inggeris aku dengan menulis kembali artikel-artikel dari surat akhbar, majalah atau buku. Sedor english tak teror hehe. Kalau berminat lawatla.

Tuesday, August 17, 2004

Noki dan Bob

Pagi-pagi lagi Bob (kucing jiran selang dua rumah) dah datang. Agak dah... mesti nak jumpa noki. Apa nak buat, dunia remaja. Aku tak leh nak halang dah. Rasanya dah 2 minggu Noki bunting. Siapa nak anak kucing nanti?? Kalau berminat bolehla hubungi aku.


ni noki waktu kecil Januari 2004


Bob: "Hai sayang..cak!!"



Din dan Noki

Monday, August 16, 2004

Jemput Noki

Sekarang nak dekat pukul 2. Baru upgrade ruang comment guna haloscan.com. So after this feel free to put your comment ok. Hmm banyak lagi yg terfikir dalam kepala ni tapi ingat nak balik sentul dulu la, jemput noki. ada housemate dah rindu kat noki :P Nak tau siapa noki? nanti aku cerita.

Systemic Thinking

Pergi jugak aku ke Kersani Training Center, Segamat. Pagi-pagi Sabtu bertolak dan Alhamdulillah selamat pulang ke rumah sewa semula pukul 2 pagi tadi. Satu lagi pelajaran baru aku terima. Kali ni mengenai pemikaran sistemik. Ia berlawanan dengan pemikiran sistematik. Rupanya banyak kelamahan dalam kita berfikir secara sistematik. Pemikiran sistemik memberikan aku lebih fleksibiliti untuk berfikir dan bertindak dengan keadaan sekeliling. Sukar nak terangkan di sini tapi rasa berbaloi gak pegi jauh-jauh dan menghabiskan duit mencari ilmu.

Friday, August 13, 2004

Penat dan Seronok

Fuh malam semalam main futsal punya la lama. Bangun pagi rasa sengal-sengal badan aku. Nasib baik kelas aku hari ini petang. Seronok juga main malam semalam dengan kawan-kawan aku di uniten ni. Tempah padang selama 2 jam. Maklumla ada lima kumpulan. Puas hati sebab menang 2 kali, seri sekali dan kalah sekali.
Pagi ini nak kena print assignment dan sambung buat projek tahun akhir. Selepas sembahyang Jumaat ada kelas, lepas tu pulak kawan aku ajak join program dekat Segamat. Hmm nak pegi ke tak nak....

Wednesday, August 11, 2004

Best Advice Ever

Anas Ibn Malik reports that a Bedouin came to the Messenger of Allah andgreeted him in the mosque. The Messenger of Allah asked him where he came from. The Bedouin said:" I came from far seeking answers to some questions". Our master told him to ask his questions":

I wish to be an intelligent man, what should I do?
Holy Prophet Replied, "Fear Allah".

I wish to be a loyal servant to Allah and do what He wants me to do?
Holy Prophet Replied, "Read the Qur'an."

I wish to be enlightened and have peace of heart?
Holy Prophet Replied, "Remember Death".

I wish to be protected against enemies?
Holy Prophet Replied, "Trust in Allah".

I wish to follow the Straight Path?
Holy Prophet Replied, "Do good to others for Allah's sake".

What should I do so that Allah does not abase me?
Holy Prophet Replied, " Do not respond to the desires of your flesh".

I wish to have a long life?
Holy Prophet Replied, "Praise and thank Allah".

I wish for prosperity?
Holy Prophet Replied, "Be in a state of ablution at all times".

How can I save myself from the hellfire?
Holy Prophet Replied, "Protect your eyes and your tongue and your handsand what is below your waistline against evil".

How can I cleanse myself from my sins?
Holy Prophet Replied, "Shed tears for what you have done and repent by undoing what you have done wrong".

I wish to be a respectable person?
Holy Prophet Replied, "Then, don't ask for anything from anybody".

I wish to be honorable?
Holy Prophet Replied, "Then don't divulge the wrong doings of anybody".

What should I do to protect myself from the tortures of the grave?
Holy Prophet Replied, "Recite the Surah Mulk".

How should I calm my fear of the day of last judgment?
Holy Prophet Replied,"Remember Allah before you eat anything and before you sleep".

What should I do to feel the presence of Allah when I make my prayers?
Holy Prophet Replied,"Give the utmost care in taking your ablutionsand in being clean and pure.

Me myself


Assalamualaikum,
Hi there! My name’s Noraizuddin Hazman B. Ali. I'm from Kuala Lumpur, Malaysia. I'm creating this blog to share something positive about life. And of course not everything I can share because we are human and not perfect. This is a learning process and learns to become practice Muslim is the most important thing in my life. Blog is hot nowadays. People can agree and disagree with you. That’s normal, as long as you can take accountability for what ever words or writing you made. By the way if you have any suggestion, feel free to drop a comment or just shout at my shoutbox, but don't too loud hehe.


Thanks for stoping at my blog.