Apa yang pentingnya dengan sikap? atau dalam bahasa inggeris "attitude"
Pernahkah kita membaca buku ttg sikap?
Pernahkah kita mempelajari ttg sikap?
Pernahkah kita melatih sikap sendiri?
Pernahkah kita sedar bagaimana sikap kita dalam kehidupan?
Pernahkah kita sedar apa prinsip sikap kita?
Pernahkah kita sentiasa berdedikasi terhadap sikap?
Semua orang termasuk saya berkeinginan untuk hidup bahagia, untuk dapatkan lebih banyak kejayaan, untuk memperolehi sumber pendapatan yang banyak dan pendek kata untuk memenuhi segala impian hidup. Asas kepada semua elemen tadi untuk dicapai adalah sikap. Sikap positif. Sikap anda yang positif.
Sebenarnya semua orang tahu yang kita perlu ada sikap positif untuk berjaya tapi kenapa masih ramai lagi termasuk saya belum benar-benar bersikap positif dalam semua keadaan.
Seperti soalan saya tadi, mungkin kita masih tidak membaca buku berkenaan dengan sikap.
Saya percaya saya dilahirkan dalam keadaan sikap yang positif. dan saya percaya anda yang membaca blog ini pun begitu. Saya masih lagi mencari sikap positif sebenar saya dalam diri sendiri yang belum benar-benar menyerlah. Agak-agak saya adakah anda sudah menjumpainya sendiri?
Semua orang termasuk saya pernah dengar "Sikap adalah segala-galanya" "Semuanya bermula dengan sikap" terutama kalau pergi kem motivasi diri yang mana saya dah lama tak pergi dan mungkin dah tak nak pergi dah atas sebab tertentu.
Sikap mempunyai kuasa yang tersendiri yang boleh membentuk dan mempengaruhi kerjaya, kehidupan bekeluarga, perniagaan dan kesihatan. perkara yang paling bagus adalah apabila kita boleh mengawal sikap kita kerana akan menyebabkan kita boleh tentukan cara kita berfikir dan cara kita bertindak.
Contoh paling mudah kita bandingkan antara perkataan "Positif" dan "YES!". Apabila sesuatu yang hebat berlaku terhadap diri sendiri, kita tidak melaungkan "POSITIVE!" tapi apabila sesuatu hebat berlaku terhadap diri sendiri kita laungkan "YES!".
Contoh seperti saya dapat PO (purchase order) projek juta-juta ringgit. Mestilah saya melaungkan satu perkataan yang positif, bukan perkataan "POSITIF!" itu sendiri dilaungkan. Harap yang membaca boleh faham apa yang saya maksudkan.
Ia sesuatu yang halus tapi cukup berkuasa, bahasa pertuturan yang datang dari minda yang sedar.
Bahasa apa yang anda gunakan untuk bertutur? bukan maksud saya bahasa Melayu, English, Arbic atau Spanish. Maksud saya positif atau negetif. Sikap bahasa yang dituturkan.
Suatu hari sebelum demo teknologi dihadapan pelanggan, saya melihat ke jendela tingkap hujan sedang lebat, lalu saya berkata" hari ni hari yang tak best". kemudian kawan saya berkata kembali "aku tak rasa begitu". dengan nada lembut menenangkan. Kalau lihat dari mana dia duduk, dia tak nampak hujan, dan berfikir tentang "hari" bukan "cuaca"
Lihat bagaimana satu ekspresi perkataan yang mudah seperti itu boleh menjadikan hari yang tidak bagus bagi siapa pun. Hari yang tidak bagus bermula dengan cara kita berfikir tentang hal tersebut dan cara anda berbicara tentang hal tersebut. Ini bukan tentang cuaca di luar. Ini tentang cuaca bahagian dalam - di dalam fikiran anda
Bagaimana cuaca di mana anda tinggal?
Bagaimana cuaca di mana anda bekerja?
Bagaimana cuaca di mana anda bermain?
Bagaimana cuaca di dalam fikiran anda?
Salah satu definasi tentang sikap positif ialah: Cara anda mengawal diri sendiri dengan melalui cara anda berfikir. Anda berada dalam kawalan penuh terhadap sikap.
Berfikiran positid adalah satu disiplin diri. Disiplin harian. Kita kena mengawalnya. Kita yang boleh memastikannya berlaku atau tidak. Mengambil tindakan positif ini bergantung kepada fikiran positif. Sekiranya kita tidak fikir positif, kita tidak akan jadi positif dan kita tidak akan melakukan perkara positif.
Ada banyak definasi tentang sikap (Attitude), dan ada banyak sudut untuk melihat tentang sikap. Buku-buku tentang sikap adalah sebagai pengatahuan tetapi bagaimana anda bertindak adalah satu pelajaran dan pengalaman yang berharga terhadap pembinaan sikap. Walau bagaimanapun buku-buku tersebut amat membantu. semuanya bagus, dan semua bagus untuk dipelajari sekiranya kita mahu membina sikap positif.
Buku-buku seperti How to Win Friends and Influence People or The Power of Positive Thinking banyak falsafah, strategi dan pengalaman orang lain tentang sikap. Buku yang paling saya gemari untuk mencapai sikap positif adalah sirah Rasulullah SAW. Bagindalah insan yang paling positif dalam dunia ini. Anda harus memiliki buku-buku ini dan cuba baca sedikit demi sedikit. Peruntukkan 15 minit sehari sekurang-kurangnya untuk membaca. Alhamdulillah saya dah habis membaca buku sirah Rasulullah SAW dan How to Win Friends and Influence People sekali. Belum cukup sebenarnya, masih banyak yang perlu dibaca dan dikaji.
Terpulanglah pada diri masing-masing. Anda yang perlu mencapainya. Nasihat saya apa yang perlu dibuat adalah baca, belajar dan laksanakan - setiap hari.
Cabaran untuk menguasai sikap positif adalah diri kita sendiri sama ada kita boleh dedikasikan masa dan keinginan untuk melakukannya.
Allah Maha Mengatahui
1 comment:
Terima kasih admin atas perkonsian artikel yang menarik ini.Ye sikap positif memainkan peranan dalam pembentukan diri dan kejayaan diri.ubah dulu pemikiran negative ke positive, In syaa Allah ‘you can change your whole live’
Post a Comment