Pages

Friday, March 23, 2007

Kisah muda mudi IPT dgn seorg Soleh wa Musleh

>>Kami tidak berzina!

Maaf, saya tidak menuduh awak berzina!

>>Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum.. adakah itu menghampiri zina?

Ya, perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan

>>Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu

Hari ni, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Iblis ada 1001 cara. Ingat pesan Rasulullah:

”Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah sayitan” (Tabrani).

Syaitan akan menghembus perasaan berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.

>>Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam talefon dan hantar SMS atau chating sahaja. Tak pernah bersua muka pun!

Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergolara. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada satu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?

>>takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina juga ke?

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan (berpegang-pegangan), ada zina mata (melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah:

” kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzian dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman”
(Muslim dan Abu Daud)

Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada dan melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan.

>>Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!

Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebih la lagi. Janga berselindung di sebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atiq?

>>Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.

Study group...? nampak lain macam saja. Manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-mana pun berdua. Kalau ye pun, carilah study group ramai-ramai sedikit. Kalau duduk berdua-dua macam ini.. betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta! Lagi pun cara mcm ni boleh mengundang fitnah

>>Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.

Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak de perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat! Kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

>>Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.

Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.

>>Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? [akhirnya mengaku gak]

Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri dan keinginan itu. Tidak Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan para paderi atau sami.

Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri manusia

>>Habis tu apa cara yang disarankan dalam Islam??

Nikah connecting people. The only halal way. Jangan ingat nokia je connecting people. Kalau tak mampu berpuasalah seperti saranan Ar-Rasul SAW. Bukanlah bermaksud puasa itu akan terus menghapuskan naluri tersebut tetapi sekurang-kurangnya meningkatkan defence diri dari digoda syaitan.


Jadi jom kita belaja dan praktik Islam dlm kehidupan kerana Islam itu Indah dan Mudah.

Thursday, March 01, 2007

Wanita mesti keras hati

Nak kongsi penulisan yg menarik sbg pedoman hidup.

"Berilah hatimu hanya untuk Allah, pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik. Hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah, pasti Allah aturkan seluruh kehidupanmu sebaik-baiknya!"


Oleh: lah Abwa

"Saya memang tidak gemar melihat wanita yang terlampau mengada-ngada atau istilah kasarnya 'gedik','getik', 'geletis' dan 'gelenyar'. Bukan kerana jiwa saya keras tetapi saya sukakan wanita yang kuat pendirian dan cekal berpedoman. Maksudnya wanita yang ingin mendampingi saya mestilah seorang yang tidak marah-marah jika hubungan yang terjalin 'dingin' dan tidak dihujani panggilan telefon setiap hari yang sekadaruntuk bertanya 'sudah makan atau belum?" dan "sihat atau tidak" - begitulah pandangan seorang penulis lelaki dalam sebuah majalah wanita.

Saya tertarik dengan pandangan ini kerana fenomena berkomunikasi secara lunak manja ini semakin menjadi trend wanita hari ini terutama yang berkerjaya khususnya dalam bidang perniagaan. Bukan sahaja sebagai pelaris perniagaan bahkan sebagai pelaris diri. Kebiasaannya, hati lelaki lebih terpikat kepada wanita lemah lembut, mudah ketawa manja dan yang pandai mengoda dengan jelingan penuh bermakna. Jarang kita temui lelaki yang tak sukakan wanita jenis ini seperti yang ditulis oleh penulis di atas.

Tentu sebahagian besar dari kita pernah dan biasa melihat iklan Hotlink terbaharu yang menampilkan dialoq lucu seorang jurujual wanita mempromosi hotlink plan berganda dengan nada suara lunak menggoda. Tapi yang mengada ngada bukan di jurujual wanita tu tetapi si pembeli lelaki itu. Lucu dialoqnya "tadi kanda sekarang sayang...", satu dialoq ala pekak badak. Walaupun ianya hanya sebuah iklan untuk menarik perhatian penonton dan melariskan produk, tetapi trend mengoda semakin menjadi jadi dalam iklan
produk tempatan. Lihatlah iklan syampu 'sunsilk'. Model wanitanya walaupun bertudung tapi tetap digambarkan meliuk lintuk , menjeling manja dan berbalas senyum dengan si jejaka. Salah satu slot iklan syampu ini memaparkan adegan seorang wanita terserempak dan terjatuh buku kuliah, lalu bertentang mata. Tak tahu apa kaitan dengan rambut yang telah disyampu dan terselindung disebalik tudung. Sekali imbas paparan lemah lembut ini sangat serasi dengan budaya melayu atau budaya Malaysia. Kerana umat melayu terkenal dengan lemah lembutnya. Cinta mudah bertaut dengan gaya lemah lembut. Saling bertanya khabar dianggap satu pernyataan bukti saling mengingati dan saling mengambil berat. Bila talian hotlink tidak lagi sibuk dengan SMS dan panggilan sayang, aduhai terasa dunia gelap, sunyi dan sepi. Kemana kah akan dibawa hati nan lara? SMS ON CINTA hantar ke 32728 (Dapat)! Syarikat telekomunikasi juga yang untung.

Paparan di akhbar-akhbar perdana cukup membimbangkan saya. Saban hari ada ada sahaja cerita derita wanita akibat korban cinta tak bermaruah. Setiap hari ada kisah gadis di rogol teman lelaki yang baru dikenali. Ada kisah wanita meratap meminta simpati akibat diceraikan oleh suami yang lari mengikut wanita lain yang lebih menggoda. Dalam majalah wanita, akhbar tabloid mahupun akhbar terkemuka, ruangan soal jawab masalah remaja sering menjadi kolum yang diminati. Masalahnya hampir sama , seperti membaca novel, temanya tetap sama. Tema cinta terlara, kisah hati yang tak bahagia.

Kerbanyakkan pengadu dalam kisah cinta terlara ialah wanita. Bukan maknanya lelaki tak pernah jadi korban cinta terlara tetapi mereka kurang menuliskanya. Mungkin untuk untuk menjaga status .Sebagai manusia yang punya agama, saya lebih memikirkan Kenapa manusia begitu mendambakan bahagia cinta terlarang? Kenapa saya kata ianya cinta terlarang? Apakah agama menghalang manusia bercinta ? Tidak, bukan itu maksud saya.

Malah Islam adalah agama kasih sayang. Islam itu sendiri datang dari perkataan salam. Iaitu kesejateraan Kasih sayang tidak terbatas antara manusia berlainan jantina sahaja malah merangkumi kasih saya sejagat, sayang kepada sesama manusia,haiwan dan alam sekeliling. Allah s.w.t menjamin kasih sayang sesama manusia jika manusia mengikuti peraturan yang telah ditetapkannya. Kasih sayang antara lelaki dan wanita yang masih belum terikat dengan akad, wajib dibatasi dengan beberapa hukum yang telah
ditetapkan.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32 yang bermaksud, "Maka seseorang wanita itu janganlah melembutkan suaranya kerana menyebabkan hati orang lelaki yang ada penyakit akan menaruh harapan. Seseorang wanita hendaklah mengucapkan perkataan yang sopan."

Penyakit syahwat adalah dianggap sebagai zina yang boleh berlaku dalam hati ketika seseorang wanita melembutkan atau merendahkan suaranya secara berlebih-lebihan dan bertujuan goda. Berdasarkan kepada permasalahan ini, seseorang wanita sewajarnya bersikap sederhana bila berbicara dengan lelaki yang bukan suaminya. Sikap sederhana ini bukanlah satu larangan yang bertujuan menyekat naluri cinta tapi sebaliknya adalah larangan untuk menjaga kehormatan wanita dari diperkotak-katikkan oleh lelaki durjana yang sentiasa mencari peluang berfoya-foya dengan wanita wanita penggoda.

Sebenarnya bukan lelaki durjana sahaja yang mencari-cari peluang, malah hakikatnya syaitan lah yang sentiasa mencari peluang menyesatkan anak adam. Wanita adalah mahluk yang lemah fizikalnya, jika tidak dikuatkan iman wanita dengan mentaati suruhan dan menjauhi larangan Allah s.buat maka tewaslah wanita itu menjadi umpan syaitan. Wanita terpedaya lelaki pula tergoda. Kedua duanya saling terfana dan akhirnya merana. Wanita mesti 'keras hati ' untuk mentaati perintah Allah. Hanya dengan cara itu sahaja bahagia yang hakiki akan dapat dirasa. Permainan cinta dengan tanda sayang dan belai kasih yang diucapkan saban hari , saban waktu terluang hanyalah satu 'interface' yang melekakan. Bila sudah kecundang dan jadi hamba cinta, masa itulah peranan syaitan menjana nafsu syahwat tak dapat lagi disekat. Masa itu kehormatan diri mudah jadi galang ganti. Siapakah yang akan menghormati wanita yang sudah hilang harga diri? Pepatah melayu kata "kesal dahulu pendapatan kesal kemudian tiada berguna"


Fikirkan.

http://ummahonline.com/index/modules.php?name=News&file=article&sid=483

Monday, January 29, 2007

Macam mana nak tau orang lelaki tu kuat. Sasa tubuhnya??

Raulullah s.a.w pernah berpesan, "Seseorang muslim itu ialah mereka yang tidak menyakiti muslim lain dengan tangan dan perkataannya." (Muslim)

Berdasarkan hadis di atas, ternyata perbuatan menyakiti orang lain dengan perkataan sama ada menyumpah seranah mereka, memaki, mengumpat, memfitnah, mengejek, melabel-labelkan dan apa-apa sahaja adalah haram bagi seorang muslim.

Walaupun niat bukan untuk marah tetapi cara yang digunakan adalah dengan marah atau menyakiti hati orang lain, ia tetap perbuatan yang haram kerana yang menerima adalah apa yang didengar sahaja.

Perbuatan ini mungkin akan dipandang jelek oleh rakan-rakan sekiranya berterusan. Mungkin juga akan hilang ramai kawan. Lebih parah lagi mungkin dipulau oleh rakan-rakan setempat yang tidak suka disumpah seranah.

Oleh yang demikian, belajar-belajarlah menguasai kemarahan. Pesan Rasulullah s.a.w ketika diminta untuk memberikan nasihat, baginda mengatakan, "Jangan marah" dan baginda menyebutnya tiga kali. Dalam pesanan yang lain juga baginda telah mengatakan, "Orang yang kuat bukanlah mereka yang kuat bergaduh, tetapi orang yang kuat itu adalah mereka yang mampu mengawal kemarahannya." (Al-Bukhari)

Tuesday, October 31, 2006

Syoknya Raya

Ramadhan utk kali ni telah berlalu. Untuk sekian kalinya aku menyambut 1 Syawal yg ke 24 bagi diri ini. Hehe dah tak ingat darjah brape aku berjaya puasa penuh. Itu pun setelah disogok oleh emak dgn RM?? sekiranya berjaya puasa penuh. Mungkin bukan istilah disogok tapi sebagai perangsang. Maklum la kecik lagi, susah nak paham bab-bab ibadah ni. Kalo puasa tu mesti la yang yok, petang-petang bukak periuk (peti ais).

Tapi sekarang berbeza. Bagiku Ramadhanlah peluang utk diri ini mengubah cara hidup. Menyental karat-karat yg ada pada hati. Mengekang nafsu yg sentiasa berbalah dgn diri sendiri dan berlatih untuk konsisten dalam melakukan ibadah seharian. Ini semua adalah usaha utk menyiapkan segala perisai yg termampu bagi menghadapi 1 Syawal dan hari-hari seterusnya. Kalo ikut buku 7 Habit Stephen Covey, tabiat tu boleh di bentuk dlm masa 30 hari. Hmm.. rupa-rupanya Ramadhan lah peluang utk kita memperbaiki tabiat hidup ni. Harap-harap ada rezeki untuk berjumpa Ramadhan tahun depan.

Raya mcm biasa saja. Berbelas tahun raya di KL. Dah lupa mcm mana gembiranya raya di kampung. Tapi kali ni jiran pun ramai yang tak balik kampung so tak la bosan sgt. Mungkin sudah zamannya orang mula ramai beraya di KL. Raya kedua mungkin masih ramai yg sibuk ziarah menziarahi sedara mara tapi aku pergi ziarah menziarahi kedai-kedai di Low Yat. Terserempak pulak dgn junior di Uniten dulu. “aik ko pun beraya di low yat” saja beseloroh. Raya ketiga aku ikut emak dan kak long jalan-jalan kat IKEA tgk perabot. Sempat jugakla aku berangan nak beli perabot utk rumah kat kajang yg kosong tu. Hehe berangan je lebih. Penat jugak rasanya waktu tu. Kali ni terserempak pulak dgn lecturer Uniten dan artis pasangan iklan Lipton tu. Mcm tu la raya budak bando. Lagi pun aku selalu ambil iktibar Ramdhan dan 1 Syawal ~ Nak berjaya kena sabar lama dah berjaya jangan enjoy lama-lama. Kita berpuasa 30 hari dan meraikan kejayaan pada 1 Syawal sahaja. Sebenarnya siapa kata raya 30 hari tu tipu la.

Isnin dah mula kerja. Tapi rasa blank lagi sebab 12 hari cuti. Bila dah panas baru perasan betimbun keje nak kena buat ni. Mudah-mudahan semangat baru setelah Ramadhan tak luntur cepat sangat.

Tuesday, August 01, 2006

Back to work

Alhamdulillah demam dari Khamis hingga Ahad dah sembuh. Hujung minggu lepas mmg banyak menghabiskan masa dgn beselimut saje. Waktu mcm ni la dpt menghayati hadis nabi ttg ingat lima perkara; masa sihat sebelum sakit. Duhhh!! memang semua terbatas, program Hi Tea Palestin di Putrajaya pun terlepas (Jahanam punya Israel). Hari Isnin pergi gak keje tapi pukul 3 ptg baru masuk.