Pages

Friday, January 28, 2005

Pencuriiiiii!!!....2

(-----edited version-----) Ada satu ayat Al-Quran yang menyebabkan aku teringat peristiwa pencuri tempoh hari. Firman Allah yang bermaksud:

"Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demekian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu)". (An-Nur:27)

Dalam Al-Quran pun di ajar kita supaya beradab dgn memberi salam sebelum masuk ke rumah orang lain. Islam mengajar kita bagaimana untuk hidup dengan baik sekali. Lain kali siapa masuk rumah aku tak beri salam, mmg aku anggap pencuri aka penyangak!!

Naruto Season 2

Huhu naruto look cool huh!!


Naruto Season 2



Hehe kpd peminat naruto, cerita naruto bertambah gempakz. Ni gambar naruto dah besar 2 thn setengah dr dulu. So get your latest info now at http://www.narutofan.com

Monday, January 24, 2005

Uniten ada Censelor baru, NC nak pencen!

Pagi tadi aku sarapan kat restoran berhampiran rumah sewa aku. Sensorang jer, lom ada teman hehe. Dah plan nak makan roti canai garing, dua. Sampai kedai, le ramainya orang Q nak makan roti canai. Hmm tepaksa tukar plan, malas pulak nak tungu lama-lama, makan nasi lemak je la dgn teh o suam. Tengah nak suap je nasik lemak tetiba En. Rozli datang dan menyapa aku. En Rozli ni Pegawai Unit Sukan kat Uniten. Hari ni rupanya dia ambil cuti sebab anak dia sakit, kebetulan dia pun sarapan kat luar. Elok sangat la tu ada gak member nak berbual. Aku dengan En Rozli dah macam kawan je, sebab dah banyak kali berbincang tentang program dan libatkan dia dengan aktiviti student waktu jadi Exco MPP dulu. So rancak gak la berbual pasal Raya Haji, pasal family dia, pasal kerja, pasal TNB dan pasal yang paling best adalah tentang Uniten.
Perkara yang dah lama di tunggu-tunggu oleh student Uniten. Apa lagi kalo bukan Uniten nak dapat Censoler. Antara agenda penting Graduation Day 2005 bulan Ogos ni adalah Pemasyhuran Canselor Uniten. Siapa ek?? tu En Rozli pun tak tahu. Tak pe lah yang penting Konvo aku tahun ni bukan Naib Canselor yg bagi aku scroll tapi Censoler sendiri yang bagi. Satu lagi berita NC dah nak pencen tak lama lagi. Tu aku tak kisah sangat la cuma mungkin perkara ni pun dah lama ditungu-tunggu oleh student activist dan termasuk staff sendiri. "Bila laa NC nak blah??"
Haha macam ruangan gosip lak kali nih. Hmm banyak gak la borak. Mana taknye, En Rozli order roti telur. Aku dah habis makan nasi lemak dengan penuh sopan santun, baru roti dia sampai. Tak pe la, tak kisah la berapa lama pun nak borak. Janji ada member.

Thursday, January 20, 2005

Selamat Hari Raya Aidil Adha


Salam Aidil Adha kepada semua

Bangun..bangun..subuh.

Paling susah nak bangun subuh. Kalo bab bersenam rilek je push up 100x. Angkat dumb bell 10 kg berkali-kali pun tak de hal punya. Tapi ya Allah, nak angkat selimut yang berapa gram sangat la beratnya untuk bangun subuh, tak larat. Payah ke solat tu? bagi aku memang payah tapi kepayahan itu sebenarnya berbaloi dan dapat diatasi perasaan itu sekiranya kita benar-benar faham. Islam bukan sekadar agama tetapi adalah cara hidup. Salah satu cara hidup yang diwajibkan Allah adalah solat. Banyak ayat Al-Quran dan hadis menyebut tentang kewajiban, kelebihan dan azab seksa sekiranya meninggalkan solat. Secara tidak langsung amalan ibadah solat ini dapat membentuk peribadi kita.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:”…dan dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan kemungkaran”. (al-Ankabut: 45)

Allah dah menyatakan solat dapat mencegah kita daripada melakukan sebarang perbuatan keji dan mungkar. Kita mungkin boleh perhatikan diri sendiri sekiranya antara waktu Solat Subuh dan Solat Zuhur kita masih melakukan maksiat atau perbuatan keji dan mungkar maka perhatikan balik macam mana Solat Subuh kita pagi tadi. Khusyuk ke tak? sempurna ke tak rukunnya? Begitu juga antara waktu Solat Zohor dan Solat Asar. Sekiranya sela masa itu kita melakukan maksiat, renungkan balik Solat Zohor kita tengahari tadi, molek ke tak molek Solat Zohor aku tadi? Dan begitu jugak waktu-waktu yang lain. So sekiranya ada kekurangan perbaiki la lagi solat kita supaya solat diawal waktu, lebih khusyuk dan sempurna. Haa bukan senang tu. Tu pasal la kena mula sejak muda lagi. Jangan la tunggu dah tua, rugi-rugi.

Sabda Nabi S.A.W:
"Solat yang lima dapat diumpamakan sebagai sungai jernih yang mengalir di hadapan rumahmu, kemudian kamu membersihkan dirimu lima kali sehari di dalam sungai tersebut. Rasulullah bertanya, "Apa pendapatmu apakah masih ada kotoran yang melekat ditubuhnya, serentak para sahabat menjawab "tentu saja tidak". Rasulullah s.a.w menyambung, "sesungguhnya solat itu membersihkan dosa-dosamu sebagaimana air sungai yang membersihkan kotoran ditubuhmu". (Hadis Riwayat Muslim)

Banyak lagi kelebihan solat dalam membentuk peribadi seperti menjadikan diri kita seorang yang Mantap jiwa atau berprinsip dan tawaduk. Ini dapat dilihat dan dirasakan dalam hati, jiwa dan dalam diri seseorang yang mendirikan solat dengan ikhlas kerana Allah semata-mata, dari segi membentuk peribadi yang berdisiplin, tegas, tetap hati, berprinsip, bersifat tawaduk (tahu diri/rendah diri dan hati) dan sifat tadarru’ (merendah diri memohon berdoa kepada Allah). Dengan lain perkataan, sembahyang akan membentuk sifat dan akhlak mulia dalam diri orang-orang yang solat. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:

”Bahawasanya sembahyang itu adalah penetapan hati (tegas dan berprinsip), (menyuburkan) sifat tawaduk serta tadarru’ (dalam hati dan diri seseorang)…” (HR At-Tirmizi dan An-Nasa’i).
Inilah sedikit yang boleh aku kongsi. Aku pun bukan la pandai @ alim sangat nak cerita hal ni. Aku ada dua puluh sen je so aku bagi la sepuluh sen. Tapi yang lebih penting kita faham dan beramal.

Wednesday, January 19, 2005

Pencuriiiiii!!!

Nampaknya minggu ni memang tak boleh nak rileks. Kali ni rumah sewa aku dimasuki pencuri pada hari Isnin baru ni. Mcm mana nak cerita ek... Pukul 12.15 tgh aku tinggal berdua dengan housmate aku hisyam. Aku ketika tu sedang mengadap PC buat projek..tgh rajin tuh..bukan senang nak rajin buat projek. Di rumah aku ni ada lima buah PC terletak di ruang tamu termasuk la PC aku sendiri. Si Hisyam pula sedang tidur kat ruang tamu gak. Memang biasa kitaorang lepak di ruang tamu je. Jarang berada di tingkat atas atau di bilik masing2. Entah macam mana hari tu pintu depan ternganga lebar. PC aku pulak membelakangkan pintu masuk..tiba-tiba aku perasan ada seorang lelaki yang dalam lingkungan 20 an di belakang aku. tak tau la brape lama dia ada tanpa pengatahuan aku. Berlaku perbualan sedemikian:

Din: Eh! senyap je kau masuk

Penyamun: Saya cari kawan.

Ketika ni aku belum syak apa-apa lagi dan masih lagi mengadap PC. Mungkin dia kawan housemate aku.

Din: Siapa kawan kau tu?

Penyamun: Saya cari ni ???(nama yang kurang jelas disebut)

Aku mula sudah rasa something wrong here. Dah la masuk senyap-senyap tak beri salam sebut nama kawan pun tak jelas.

Din: Semua dah pergi kelas tinggal kami berdua je (merujuk si Hisyam yang masih enak dibuai mimpi)

Penyamun: Ooo saya ingat dia ada kat sini

Kali ni aku pandang muka dia betul2 dan hati aku mula terasa ada yang tidak kena dengan orang ni. Aku pun bangun menuju hampir kepada dia, lalu aku bertanya sekali lagi kepada dia:

Din: Awak cari siapa sebenarnya nih? (dengan nada suara yang agak tegas)

Penyamun: Takde bang saya cari Man.

Din: Man?? Man mane?? tak de orang nama Man dalam rumah nih.

Penyamun: Kejap, kawan saya pun ada tunggu kat luar

Budak tu pun segera manghampiri pintu keluar. Aku pun tanpa berlengah lagi terus menghalang dia drp keluar. Aku memang dah syak gila dengan budak ni tapi masih rasa dia mungkin salah rumah. Dia tunjukkan kawan dia di luar yang berada di dalam Proton Wira Sedan warna hitam. Tapi aku terus menyoal dia lagi.

Din: Kau sebenarnya nak buat apa datang sini? Betul ke kawan kau tu tinggal kat sini?

Budak tu mula gelabah dan cakap tersangkut-sangkut mungkin sebab aku pun sudah mula meninggikan suara. Waktu tu memang aku sudah bersedia untuk apa-apa kemungkinan. Rasa nak je tolak dia masuk kedalam. Tapi aku masih bersabar lagi. dan pada masa itu juga budak mula cakap mengarut seperti rasa diri sudah kantoi

Penyamun: Tak de bang macam ni, saya sebenarnya berhutang bang. Banyak gak la. Kena cari duit...

Dalam hati aku mula berkata. "Dah sah budak ni...". Aku pun masuk ke dalam sedikit untuk melihat dompet aku. Memang dah tak de atas meja. Waktu tu jugak budak tu terus lari keluar dan segera menaiki kereta proton hitam tu. Kereta terus reverse dgn laju dan pusing ke jalan besar. Aku cuba mengejar tapi tak sempat cuba jugak melihat no plat malang nye terlindung dek rimbunan pokok yang rendah seperti tembok.

Din: Cis tak guna punya budak..PENCURI!!

Waktu tu juga aku terus kejutkan si Hisyam yang masih nyenyak tido. Punya la payah nak kejut. Bila aku cerita kat dia, dia mula cemas

Hisyam: Haa betul ke bang? dompet, dompet saya?? nasib baik ada kat atas. Alamak handset saya. Baang handset saya hilang!!

Lor handset pun dia sempat ambik. Aku ngan Hisyam pun terus bersiap ke Balai Polis Kajang buat laporan. Mujurla dalam dompet aku hanya ada 8 ringgit je, duit lain aku simpan kat dalam laci bilik dan handset Hisyam nokia 3310. Aku rasa dia pun seronok tgk handset dia hilang..ada alasan la nak minta bapak beli handset baru. Aku la yang leceh walaupun 8 ringgit je tapi kena dapatkan IC sementara, buat lesen baru dan dua ATM card Maybank dan BCB.

Benda tu semua aku dah selesaikan hari ni. Selepas solat Subuh aku terus ke JPN kat Maju Junction KL. Kena 5 ringgit untuk salinan IC sementara. Nasib baik MyKad aku dalam proses, yang hilang tu IC lama. Kemudian aku ke JPJ Wangsa Maju buat lesen pulak, kena denda 20 ringgit. Alang-alang tu renew lesen untuk setahun, tambah 30 ringgit. Kemudian ke Maybank Wisma Sime Derby. Lama dah tak pergi situ, ada gak 5 tahun. Buat kad baru 12 ringgit. Nasib baik leh terus guna. Aku pun cek akaun bank aku. Fuhh nasib baik masih berduit lagi. Kemudian ke BCB Pertama Complex. Buat kad baru gak kena 8 ringgit tapi kena tunggu BCB pos no pin ke rumah. Tak pe la tu, janji Maybank boleh pakai ok lah. Dekat BCB kakak kaunter tu tanya aku bila hilang? aku pun cerita la pukul 12 tgh. Lepas tu dia cakap ada orang cuba access akaun aku pukul 3 ptg tapi tak berjaya. Ceh ada hati gak ko penyamun nak try. Mujur aku tak simpan no pin kat dalam dompet. Semuanya dalam kepala aku je.

So pengajaran kat sini, Jangan la duk dedah pintu rumah lebar-lebar macam buat open house. Kunci walaupun ada orang dalam rumah terutama budak2 rumah sewa la. Zaman sekarang ni ramai sangat orang2 jahat dan jangan mudah percaya dengan orang yang kita tidak kenal. Selalu gak ayah aku pesan benda-benda ni. " Don't talk to stranger!!", " Buat baik bepada-pada!!".

Lepas ni siapa nak masuk rumah aku bagi salam dari luar pintu pagar lagi. hahaha

Tuesday, January 18, 2005

Cerita minggu lepas. Temuduga memang menduga

Dua Minggu lepas aku telah menyibukkan diri aku dengan persediaan AGM dan temuduga kerja. Alhamdulillah AGM di Shah Alam berjalan dgn baik sekali dan jawatan sebagai SUA telah aku lepaskan. Kebutalan minggu lepas jugak aku dipanggil untuk temuduga sebagai Account Manager di salah sebuah IT Consultant di Shah Alam. Hehe pelik bukan, budak IT kena panggil interview utk post Account Manager tuh. Tapi sebenarnye tak pelik sebab bila dikecilkan sikit jawatan tu, kerja banyak tertumpu kepada sales and marketing dan tujuan dia nak kan budak IT sebab bisness berkaitan system integration so mestila perlukan orang yang Knowladgeable in IT dan boleh explain dgn baik kepada client. Satu lagi senang nak buat presentation guna flash ke photoshop ke. Anyway the problem is, this company not Islamic. Company mat salleh. Mula-mula seronok gak aku menjawab soalan dia dengan penuh confident in english lak tu tapi bila bab client dia pulak cerita apa yang perlu dibuat. Dia tanya aku ni merokok ke? ok lagi la soalan tu tapi lepas tu dia boleh tanya aku, minum ke? pandai menyanyi ke?? Dah sudah..dlm hati aku dah mula rasa lain macam nak marah pun ada. Dah ditulis dalam resume aku yg aku ni orang Islam. Ohh aku telupa zaman sekarang ni ramai dah orang Islam tp sama je mcm org bukan Islam. Boleh tonggang tanpa rasa gerun dengan azab Allah. Cerita bab gaji memang lumayan, antara rm1800-rm2200 + komisyen bisness + kereta + handphone + eluan perjalanan + elaun hiburan (elaun hiburan..tak tahan..boleh gi disko beb). Pergh tak ke lumayan tu untuk seorang fresh graduate macam aku ni. Aku pun macam tak pecaya entah betul ke tidak. Inilah yang selalu orang kejarkan kemanisan dunia yang sementara. Bagi aku banyak lagi punca rezeki yang halal dan berkat aku boleh cari. Bukan orang yang bagi kita rezeki tapi Allah. Itu lah pergantungan yang perlu kita faham. Last sekali dia cakap kat aku suruh tunggu dalam seminggu dan aku cakap kat dia balik "Thanks for given me this opportunities, I hope you success in your business Sir". Makan dalam tak hehehe. Mungkin diorang pun tak nak pilih aku sebab aku tak minum arak. Hmm tapi bila difikirkan balik aku sepatutnya kena lebih berani menegakkan penderian aku dan apa yang aku percaya. Tapi aku seperti becelaru dan mula tidak tenang apabila terperangkap dengan soalan sedemikian. Tak pe, pengalaman baru yang aku terima. Ni pun first time kena interview kerja. Nampaknya aku masih ada kekurangan dari segi keberanian untuk berdebat ngan orang yang kononnya lebih tinggi pangkat di dunia ini. Macam mana nak berdakwah ni din???...kena baiki lagi. sharpen your saw!!

Friday, January 14, 2005

Boleh tahan sibuk minggu ni

Tak sempat nak tulis minggu ni. Banyak lak kerja nak kena buat. minggu ni je aku duk berulang, kejap ke Kajang - Sentul, Sentul - Kajang, Kajang - Shah Alam, Shah Alam - Kajang. Kejap lagi nak ke Shah Alam lepas Solat Jumaat tu pun kalo sempat siapkan report. Minggu ni lah ada AGM minggu ni jugak la ada interview keje. Hmm minggu depan rileks skit, buat projek.

Sunday, January 09, 2005

Tuhan Sudah Uji Namun Manusia Ingkar

Dalam firman Allah surah az-Zalzalah "Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, Serta bumi mengeluarkan segala isinya, dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi dengan bumi?", Pada hari itu bumi menceritakan khabar beritanya, Bahawa tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian)"

Sudah banyak ujian2 Allah dan kebesaran2Nya ditunjukkan kepada manusia. Sedikit demi sedikit sudah banyak yg terbukti kebenaran pada apa yg termaktub dalam Kalamullah Al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad S.A.W.

TUHAN SUDAH UJI NAMUN MANUSIA INGKAR (TSUNAMI). Lihatlah dengan mata hati pasti nampak kebenaran.
http://miracle-tsunami.blogspot.com/

Tuesday, January 04, 2005

Back in Kajang

Semalam aku balik semula ke rumah sewa aku kat Tmn Kenari. Kontrak dgn JPWP dah habis hujung bulan lepas. Tahun baru ni memang aku rasa bertambah semangat. Tak tau kenapa tapi mungkin sebab aku telah isi masa aku pada 1 dan 2 Januari dengan Kursus Kepimpinan anjuran KARISMA Nasional dan JIM. Alhamdulillah banyak benda baru yang aku belajar. Tapi hari Ahad aritu rasa sori sangat kat member aku Dan ngan Jep sebab tak dapat hangout ngan korang kat Midvalley. Aku cakap kat Dan yang aku tak leh pegi sebab kena food poisoning tapi memang betul pun. Tah ape yg aku makan siang Sabtu tu, bila malam aku muntah-muntah. Orang lain ok je pulak. Tu pasal la aku rasa still weak, kang tak larat lak nak angkat bola bowling. Camne pun aku still join kursus sebab banyak on teori and thinking. Aku rasa memang aku telah ditakdirkan oleh Allah untuk ikut kursus tu sampai habis sebab aku memang dah plan nak keluar je tengah hari tu gi Midvalley..hehehe. Malam tu pulak aku terpakse refuse ajakan Apul main futsal kat bangi pukul 11 malam. Bukan apa dah tak larat la nak drive dr KL ke Bangi tu.

Hari Isnin aku banyak mengemas barang nak tinggal di Kajang semula. Plan utama aku sekarang nak siapkan projek. Petang tu tetiba Apul call aku ajak tengak bola kat Bukit Jalil. Dia cakap ada budak nak jual tiket sebab tak jadi pergi. Aku mmg teringin nak tengok kat stadium tapi hati tu ada rasa berat skit nak pegi. Sebabkan member dah ajak so setuju jelah. Kebutalan lak housemate aku pun ramai yang pegi. Sekali lagi Apul call aku, "Alamak din, tiket dah habis la". Hmm wat macam mane..tak de rezeki. Malam tu aku pun lepak la kedai mamak depan rumah tengok bola. Tak kurang hebat gak penyokong Indonesia ngan Malaysia kat kedai mamak ni. Riuh rendah dibuatnye. Anayway sakit hati je tengok. Tu je komen aku untuk perlawanan semalam.

Untuk hari ni pagi2 lagi aku dah pegi joging keliling Tmn Kenari ni. Best gak joging pagi2 ni tgk gelagat orang lain. Ada yang siap nak gi kerja, lap-lap kereta dulu. Budak-budak sekolah lak ceria menunggu bas. Maklumla sekolah baru bukak. Tak kurang gak ada anak dara yg menyiram pokok bunga...hehehe. Tula rugi siapa yg masih tebongkak atas tilam pagi2 ni, orang kata rezeki murah waktu macam ni. Lama dah tak joging sebenarnye. Selalunya kalau kat Sentul kerap gak aku ke Tmn Tasik Titiwangsa. Waktu duk uniten dulu pun ada gak la joging kat Tasik Uniten yang kecik tu dan Putrajaya. Plan hari ni nak gi shopping. Hmmm.. Mines ke Alamanda???