Pages

Sunday, March 25, 2007

Housemate best

Boring gak kalo duk post artikel je. Sekali sekala tulis sedikit diari hidup sendiri menarik gak.

Pernah satu tahap aku rasa nak pindah rumah sewa lebih murah setelah hampir 9 bulan duk sensorang di Plaza Indah ni [apartment bernilai RM140k /--] . Bayangkan untuk bayar kos rumah ni je hampir RM600 sebulan [.. TV, astro, PC, Laptop, Streamyx, PS2 (pinjam hehe), mesin basuh... nasib baik tak buh peti ais lg]. Bukan tak mampu nak bayar tp tak menyimpan la aku beb, baya duit keta lg... [fikir gak pasal duit nak kawin tak cukup lg w/pun calon sesuai tak de lg :p). Ramai org tanya kenapa tak duk dgn family, bukan jauh pun family. Hmm.. ada sebabnye aku nak tinggal di Kajang ni dan tak perlula cerita di sini. Asalnya mmg tak berniat utk duk rumah sewa sensorang.. tp perancangan Allah lebih hebat. Aku pun tak minat nak cari housemate sebarangan [.. tampal iklan kat 7e] so aku post je melalui networking aku [ala-ala kroni la ni].

Januari 2007 alhamdulillah akhirnya dapat gak aku housemate. Kriteria aku mudah je. Islam [min: mesti jaga solat] dan tak merokok. First housemate ialah seorang sahabat dari Johor namanya Hafiz aka Bai. Orangnya mmg akhlak garenti bagus. kerja dgn syarikat IT. Sekarang attach dgn projek di KL so habis projek dia akan pulang semula ke Johor. Gempak gak projek dia. Kedua Nazri (Jeri). Member Uniten lain course. Keje kat kilang Denso sbg researcher. Dia baru tunang ming lepas hehe. Ketiga Abd Rahmat (Mat). Member ni baru balik blaja dr US skang keje dgn gomen kat kementerian pengangkutan [Researcher Keselamatan Jalan Raya]. Rajin turun surau siot. Aku pun tepengaruh gak [Anak bujang sape la ni eh]. Keempat Zaril pun baru balik US [kawan Mat]. Budak klate tak mcm klate. Baik orangnya. Keje pun sama tempat dgn Mat.

So cukup la 4 org housemate aku yang terdiri daripada jejaka hensem segak bergaya lagi beriman dan berkerjaya termasukla aku [hahaha perasan]. Pas ni boleh la kumpul duit lebih sikit :P

"Mudah-mudahan ukhuwwah yang terbina kerana patuh dan tunduk pada suruhanMu Ya Allah kekal hingga ke akhir hayat. -Amin"

7 comments:

Anonymous said...

x nak letak pic osmate yg segak beriman dan berkerjaya tuh ke eheh. kalo sy ade adek bleh gak di kenen kenen kan.

-seli-

Anonymous said...

isk.. sangat terharu ngan ayat ...

Mudah-mudahan ukhuwwah yang terbina kerana patuh dan tunduk pada suruhanMu Ya Allah kekal hingga ke akhir hayat. -Amin"

Bee Family said...

salam...

nama gua ada tuh dalam senarai housemate aizudin...hhihi..

tapi tinggal 2 minggu je lagi..
lepas ni dah kena balik Jb semula..
tinggal lah din bersama Jeri, mat & zaril..

huhu..sedih gak..
tapi ada tanggunggjawab yg lebih besar kat Jb nun...

pape pun jazakalllahu khairan kathira kepada aizudin...
banyak terhutang budi & roti kat dia ni..

Anonymous said...

heheh good entry maa.. like wut da mr/mrs/ms annonymous said letak lah gmbr memasing..heheh..

nice blog

Abu Khalid said...

caLon yang sesUai? CaLon yang Sesuai?

tun teja said...

ni macam jejaka terhangat di pasaran la yerk..

Nahba said...

haha tak de la hangat.. biasa2 je tun. dah tinggal betiga je skang. Jeri dah kawin. Bai dah tinggal di Johor