Pages

Friday, December 21, 2007

Pengorbanan demi ISLAM yang tercinta

Tahun ni raya korban agak meriah. Sejak family aku pindah ke Rawang, keluarga aku kini mendapat jiran-jiran yang sungguh baik. Barulah aku dapat rasakan bagusnya Islam dalam menekankan kerukunan jiran tetangga. Walaupun aku jarang balik ke Rawang tapi kemesraan itu begitu cepat dapat dirasakan. Ada aje seloroh mereka mengenakan aku yg masih bujang ni. Kali ini aku terlibat aktif dalam memotong dan memasak daging korban. Tak berani lagi nak sembelih lembu tp kalau ada peluang aku memang yakin boleh je walaupun dalam hati kecut gak la.



Terlalu banyak pengajaran daripada kisah Korban dalam sirah Islam. Salah satu yg menarik minat aku dan menjadi pengajaran yg bermakna dalam hidup aku adalah kisah bagaimana Hajar mencari air untuk dirinya dan anaknya Ismail yang masih kecil di tengah padang pasir yang gersang. Seolah-olah amat mustahil untuk hajar menjumpai walau setitis air di kawasan yg begitu rupa. Namun kecekalan dan kegigihan Hajar serta pergantungan dan keyakinan sepenuhnya kepada Allah membuatkan Hajar tidak mudah mengalah. Sebanyak 7 kali beliau berlari-lari anak berulang alik antara Shafa dan Marwah yang agak jauh antaranya. Lantaran itu dengan izin Allah Yang Maha Pemberi Rezeki diarahkan olehNya Malaikat untuk mengorek tanah dan akhirnya terpancar air yang dikenali sebagai zam-zam. Begitu hebat perancangan Allah itu sehinggalah kisah Nabi Allah Ibrahim AS dan Ismail As membina Kaabah di situ.

Itu satu kisah pengorbanan seorang yang beriman kepada Allah. Walaupun sudah berlaku ribuan tahun dahulu namun pengajaran dan prinsipnya masih sesuai dengan zaman ini dan sampai bila-bila. Ia adalah satu nilai yang lebih kukuh daripada nilai material dunia. Nilai yang mebuatkan seseorang itu tidak tertipu dengan kekayaan dan kemewahan dunia yang bersifat sementara. Bila aku melihat gelak tawa pakcik-pakcik yg bergotong royong memotong dan memasak daging korban ni, aku harap ini bukanlah satu tradisi turun temurun tetapi adalah lebih kepada memahai sebagai satu ibadah Korban kerana Allah SWT. Agar amalan yang dikerjakan tidak sia-sia dan menjadi pemberat amalan kebajikan pada neraca Yang Maha Adil.

Untuk kisah lanjut Sirah Nabi Ibrahim AS dan Ismail AS boleh ke link di bawah ini.
  • Link ke Sirah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail