Pages

Thursday, October 23, 2008

Durian runtuuhhh

"One day we will prevail as a great company"

Akhirnya usaha selama beberapa tahun bekerja keras utk mendapatkan projek IT di sebuah IPTA tempatan membuahkan hasil. Projek terbesar utk kerjaya aku sbg account manager, RM 8 angka. Rasanya dah lama syarikat tak dapat projek sebesar itu.


Tanggung jawab mendapatkan projek bukan mudah. Apatah lagi aku selalu didendangkan kalau tak de "cable" jangan harap la nak dapat projek besar. Kalo tak hulur mana boleh dapat projek besar. Kalau tak reti nyanyi tak usah la buat selling. Katanya inilah cara orang Asia buat business. Ada orang melayu pula selalu kata orang Cina buat semua tu jadi kita kenala buat juga barulah boleh berjaya dalam business. "Hey come on. Since when they become our teacher in business??" I don't want to be teach by someone like that.

Anyway aku tidak boleh menafikan terus kata-kata mereka itu kerana aku sendiri pernah terkena tempias tersebut. Beberapa kali aku tewas tak dapat projek. Kadang kala sakit hati dan rasa tetekan. Mengeluh bukanlah penyelesaian. Aku anggap semua itu cabaran bukan penghalang. Hanya diri sendiri yang menjadi penghalang. Aku tetap yakin bahawa rezeki itu adalah milik Allah. Dia akan kurniakan kepada orang yang dikehendaki-Nya.



Kenapa perlu bergantung kpd "cable" manusia. sedangkan manusia itu ciptaan Allah dan mereka juga tak akan tahu sekiranya tidak diberi petunjuk oleh-Nya. "Cable" Allah lebih hebat kerana Dialah Maha Pemberi Rezeki. Kenapa perlu hulur utk dapat projek cara salah? Aku lebih takut menerima azab Allah daripada takut tak dapat projek. kita bukan boleh tahu bila kita akan mati. Silap hari bulan mati tak bertaubat (Nau'zubillah). Daripada menyanyi hingga larut malam, lebih baik berzikir dan mengumpulkan kekuatan diri dengan bangun tahajud ketika umat manusia sedang nyenyak berselimut di malam yang dingin.

Sudah pasti Al-Quran dan As-Sunnah menjadi rujukan utama. Sifat jujur dan amanah aspek paling utama dalam berniaga. Ya... memang sukar tapi maha sukar hidup di neraka yang amat pedih lagi menyiksakan. Bos selalu berpesan agar banyak membaca buku-buku yang berguna. Sewaktu awal bekerja dulu aku bukanlah seorang yang rajin membaca tetapi apabila menghadapi pelbagai cabaran dan galakan drp bos, aku mula rajin membaca. seolah-olah sedang mengasah pedang yang tumpul, sedikit demi sedikit aku dapat lakukan kerjaku dengan lebih teratur dan efektif.

Alhamdulillah tahun ni aku berjaya membuat jualan 2 kali ganda melebihi daripada sasaran yang ditetapkan oleh syarikat. Kejayan ini adalah kejayaan setiap pekerja yang terlibat kerana mereka juga adalah orang yang bergantung sepenuhnya kepada Allah setelah berusaha sebaik mungkin. Masih banyak yang perlu aku pelajari. Kesabaran adalah kunci utama sekarang ini. Next challenge is to finish the project on time!

p/s: Penat hari ni kerana berusaha pertahankan payment term dgn bendahari. Hari ni juga dapat projek 7 angka. Betul-betul durian runtuh waktu ekonomi tgh gawat ni. Saja nak kongsi bahawa masih ada harapan untuk dapat projek besar dengan cara yang bersih. Kalau tak dapat besar kecil pun tak apa janji berkat, Selamat dunia akhirat.

5 comments:

Anonymous said...

congrats my friend...mayb leh joint venture to US someday? or vice versa? :) -haziq-

Anonymous said...

alhamdulillah....tahniah atas kejayaan dn usaha saudara..
-aheama-

rahmat said...

din bile nak belanja x rumate heheh
rahmat

Park said...

Salam, congratz, bro. Bile abang leh blanje ana makan chellos? =P

akuamy said...

ape yg penting rezeki yg kita dpt adalah hasil cara kita yg halal.. aku dulu pun pernah bekerja disyarikat cina yg byk bg under table dan penerimanya 'MELAYU' skang aku bekerja di syarikat Bumiputera yg tidak mengamalkan cara itu. dan hariku tenang bekerja disni walaupun gaji tidak sebesar mana... yg penting punca dari yg HALAL alhamdulillah