Pages

Wednesday, October 01, 2008

Raya datang lagi.

" Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin"

Alhamdulillah bersyukur sangat-sangat kepada Ilahi kerana masih diberi peluang utk bertemu dgn Ramadhan Kareem dan hari ini dapat menyambut hari raya bersama keluarga sekali lagi. Seperti biasa raya kali ni kat Tasik Puteri rumah ayahanda dan bonda. Mmg sekian lama tak merasa beraya di kampung so tak semeriah mana namun tetap bersyukur kerana dapat bermaaf maafan sesama ahli keluarga. Itu pun sudah memadai bagi aku.
Anyway insyaAllah raya tahun depan akan ada perbezaannya :p "wink" hehehe.

Hari raya mcm biasa kejap lg aku nak ke town melepaskan segala keboringan duduk dirumah (jiran pun ramai balik kg). Petang ni nak gi IKEA, kak long nak beli almari. aku pun nak survey + cuci mata (mau jimat duit utk hujung tahun ni ;p) ada duit lebih nanti barula aku beli apa yg perlu.

Tadi aku dapat satu pelajaran daripada pembacaan. "The Stokdale Paradox". this is a good lesson to learned and tried to apply it.

" Retain faith that you will prevail in the end, regardless of the difficulties. AND at the same time. Confront the most brutal facts of your current reality, whatever they might be."




Ini kisah seorang tentera marin Amerika yg ditawan ketika perang Vietnam. Nama dia Admiral Jim Stockdale. Dia menjadi tahanan perang tanpa mendapat sebarang hak pembelaan apatah lagi kemanusiaan (din: sape suh ko pegi perang. anyway this story have a good point). Selama lapan tahun dia di seksa 1965 to 1973. Dia sebelum itu tidak pernah tahu bila akan dibebaskan dan dapatkah dia berjumpa dgn keluarganya semula. Cerita dia panjang, dipendekkan (lu baca la sendiri.. hehe jgn mara) hujung cerita dia dibebaskan daripada kem tahanan tersebut. http://en.wikipedia.org/wiki/James_Stockdale

Lepas tu diceritakan siapa orang yg tak berjaya (not prevail or not get out from difficulties). Dikatakan di sini, orang yg OPTIMIS. kerana meraka ini selalu kata "kita akan berjaya melepaskan diri pada krismas" krismas datang dan berlalu. kemudian dia akan berkata "kita akan berjaya melepaskan diri pada hari easter" dan hari easter juga berlalu. Kemudian hari thanksgiving pula dan kemudian datang krismas semula. Akhirnya mati dalam keadaan patah hati.

Ooo baru aku tau mcm tu rupanya jenis orang yang optimis ni. (tgh muhasabah diri sendiri). Lantas aku teringat kisah Rasulullah S.A.W (berselawatlah ke atas Nabi akhir zaman). Seerah juga telah menceritakan Nabi yang kita cintai S.A.W telah mengalami banyak kesusahan. Lebih perit dan lebih teruk ujian baginda berbanding kita yg lemah ni. (Panjang seerah ni. rugi kalo tak belaja). Bagindalah contoh yang sebenarnya lebih hebat. Cuma bila aku terbaca kisah Admiral Jim Stockdale barulah aku dapat merasai kehebatan Ar-Rasul S.A.W dalam menangani kepayahan, kesusahan dan keperitan hidup. Akhirnya baginda berjaya meletakkan Islam pada tempat yg tertinggi di muka bumi Allah ini.

Baginda juga bukan seorang yang optimis. Diriwayatkan sahabat bertanya kepada baginda, "Bila bantuan Allah akan tiba ya Rasulullah"... merah padam muka Nabi S.A.W lantas mempersoalkan usaha sahabat-sahabat ketika itu khususnya dari segi kekuatan iman. Ironinya masih ramai dikalangan kita sekarang ini masih lagi leka dan tidak nampak arah tujuan hidup yang sebenar. Mungkin kerana kita masih lagi selasa duduk di kerusi yang empuk dalam bilik yang suhunya nyaman dan penuh dengan hiburan yang membuatkan terus leka dan terlupa untuk berfikir tentang tujuan kehidupan dan kemana kita selepas mati. Rasa cukup dengan apa yang telah dilakukan dan malas untuk berfikir lebih akan menyebabkan kita menjadi orang yang optimis yang akhirnya tidak mencapai apa-apa (ni orang melayu cakap angan-angan mat jenin).

Is not the presence or absence of difficulty, but how we deal with inevitable difficulties of life.

p/s: tengah baca buku Good to Great, Jim Collins.

No comments: