Pages

Friday, October 22, 2004

Sikit lagi

Alhamdulillah satu kerja selesai. Akhirnya siap jugak projek couresware aku ni. Dah 2 minggu aku tak cukup tidur mengerjakan projek ni. Bila presant dekat lecturer dia kata "nice, I like your interface and design" fuuhhh itu pun dah cukup melegakan aku. Tapi itu baru projek subjek belum lagi final year project (fyp). Sekarang nak kena tumpukan fyp pulak dan satu lagi paper for final exam pada 4/11 nanti. FYP lak kena presant lepas cuti raya. aaaghh tak beraya la aku tahun ni. beraya dengan komputer. Hmm lepas tu apa plan aku ek??? hehe kita cerita lain kali la, baik aku siapkan fyp tu dulu. and u guys keep pray for me ok. Thanks a lot.



Credits

Thursday, October 21, 2004

Hujan rahmat

Hmm...nampaknya hujan lebat tak berhenti2 dari pukul 4 ptg tadi. Jalan depan rumah aku dah banjir. Nak berbuka kat masjid uniten pun tak dapat. Nasib baik pasar ramadhan dekat je. So ambik payung redah je la. Hmm rasanya kali kedua aku membeli kat pasar ramadhan. Kali pertama masa hari pertama puasa. Kejap je makanan dah nak habis sebab ramai yang datang. Tapi kali ni tak ramai orang yang datang membeli namun para peniaga tetap bersemangat handak berniaga. Macam tu lah lumrah orang berniaga ada masa menguntungkan ada masa tak berapa untung tapi paling dirisaukan tak dapat untung. Aku belila nasi ayam rempah dengan kuih agar2 dalam RM 4 semua sekali.

Kali ni sebabkan semua housemate tak ke masjid, so kami berbukala ramai2 di rumah. Meriah gak jadinya budak2 bujang berbuka bersama haha. Alhamdulillah ada gak rezeki untuk berbuka. Hujan macam dah reda sikit. boleh la ke surau solat isya' dan terawih kejap lagi.

Saturday, October 16, 2004

MicroPening

Alhamdulillah hari ni masuk hari ke 2 berpuasa. Rasa bertuah kerana masih diberi peluang untuk berada dlm bulan yang penuh barakah ini. Anyway besok aku ada final exam microprocessor yang memeningkan kepala aku. Rasa nak pecah kepala pun ada. Harap boleh buat la besok.

Tuesday, October 12, 2004

Siri Ramadhan 5

Ramadhan sudah hampir menjengah. Perbaiki niat dan berazamlah!
Siri 5

Apakah petanda mereka yang berjaya menjalani ibadah puasa dengan cemerlang? Ini satu soalan yang relevant. Kalau kita lihat suasana hari Raya maka kita akan mengatakan bahawa sebahagian besar umat Islam berjaya menjalani ibadah puasa berdasarkan kepada kegembiraan yang tergambar pada wajah masing-masing di pagi raya dengan pakaian serba baru dan penuh bergaya. Semua orang bergembira dan gembira adalah petanda bahawa mereka telah berjaya.

Begitu 'gembira'nya mereka sehingga mereka pusing satu kampung menziarahi sanak dan taulan dari pagi sehingga senja. Masuk hari raya kelimapun tak habis rumah rakan-rakan diziarahi. Begitu gembira dan asyiknya mereka dalam kegembiraan itu sehingga mereka samada meninggalkan sembahyang atau menangguhkannya (qada' kononnya). Begitu juga gembiranya mereka sehingga bertandang ke rumah 'bakal mertua' dengan pasangan masing-masing berdua-duan berpimpin-pimpin tangan. Sampai ke rumah 'bakal' disambut mesra oleh keluarga 'si anu'- berkenal-kenalan dan bermesra. Begitu gembiranya mereka sehingga tidak lagi menjaga adab-adab dan batas-batas percampuran lelaki dan perempuan. Mereka hias tubuh badan mereka dengan pakaian mengikut fesyen terkini tanpa memperdulikan had-had yang dibenarkan oleh syara' dalam soal menutup aurat. Mereka juga bergembira menonton rancangan-rancangan Hari Raya tanpa memikirkan samada ianya bersesuaian dengan adab dan akhlaq Islam.

Memang benarlah hadis Rasulullah saw. "Untuk orang yang berpuasa dua kegembiraan iaitu sewaktu berbuka (Hari Raya) dan sewaktu mereka mengadap Tuhannya".

Kegembiraan yang diluahkan oleh sebahagian besar masyarakat pada hari ini sangat jauh dari kegembiraan yang dimaksudkan oleh hadis Rasulullah saw di atas. Hari Raya atau Eid Fitr adalah hari di mana umat Islam dirayakan kerana telah menjalani satu bentuk ibadat yang dengan penyempurnaan ibadah itu mereka kembali kepada fitrah mereka yang asal. Apakah dia fitrah manusia yang asal? Iaitu kembali berubudiah atau beribadah kepada Allah dalam ertikata yang sebenarnya. Dengan menjalani latihan intensif Ramadhan jiwa manusia dididik untuk mengengkari kehendak-kehendak nafsu yang tidak bersesuain dengan apa yang telah digariskan oleh syara'. supaya manusia dapat memanfaatkan latihan ini dengan maksimum maka Allah swt telah membelenggu para syaitan pada bulan tersebut Dengan berpuasa manusia menyatakan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada allah swt. Dengan menjalani ibadah puasa manusia berikrar untuk taat hanya kepada Allah swt. Ibadah puasa menguatkan jiwa manusia supaya iltizam dengan batas-batas (hudud) Allah swt. Jiwa manusia akan menjadi lembut untuk melaksanakan segala perintah Allah swt dan sebaliknya tegas di dalam mengawal diri dari melanggar apa-apa yang menjadi laranganNYA.

Mereka yang berjaya menjalani ibadah puasa ini akan keluar dengan 'keterampilan' yang lebih baik di sisi Allah swt. Ibadah puasa membentuk dirinya untuk menjadi muslim dalam ertikata yang sebenarnya. Dia akan menjadi lebih peka dengan tuntutan deen dan tidak akan mempermudahkan segala peraturan deen. Dia akan mendirikan solat serta tidak akan meninggalkannya. Dia akan menjaga batas-batas aurat dan pergaulan serta menjauhi 'zina' dengan menutup semua pintu-pintu ke arahnya. Dia akan menjauhi semua yang telah diharamkan oleh Allah swt baik dalam soal diri dan hartanya. Dia akan memerhatikan semua urusan hidupnya agar ianya berjalan menurut apa yang dikehendaki oleh Allah swt....dan dia akan berusaha melaksanakan semua tuntutan iman ke atas dirinya....termasuk da'wah dan jihadnya.

Inilah pada pandangan kita petanda mereka yang berjaya menjalani ibadah puasa dengan cemerlang.

Sunday, October 10, 2004

Anak-anak noki yang comel

Ni la ahli keluarga aku yang baru. 4 ekor semuanya. Baru berusia 3 minggu. Pening nak letak nama sekor-sekor. Yang hitam tu nama dia Longot. Orang Negeri Sembilan kalau warna hitam berkilat diorang cakap hitam longot. Yang tompok kelabu gelap, putih dan coklat tu nama dia EE. Warna coklat tu..warna maknya pun bukan warna bapaknya pun bukan. Sekor lagi namanya A-pot. yang ni tak de ekor. Ada secopot je bulu kat belakang dia. Nak bagi bunyi sedap panggil A-pot (air port). Yang terakhir namanya Orie. Tak tau la kenapa panggil Orie. Mungkin sebab nak gabung kan nama mak bapak dia. Bob dan Noki jadi Orie. Aagh belasah je. Awal-awal dulu noki melahirkan 6 ekor tapi yang bertahan 4 ekor je. 2 ekor lagi mati tanpa aku ketahui sebab kematian. Pagi-pagi datang tengok dah inaliLLah. Sekarang ni semuanya ada di rumah parent aku. Kalo tak aku memang nak bela je kat rumah sewa ni tapi tgh sibuk dgn projek final year dan final exam.


Longot