Pages

Monday, January 29, 2007

Macam mana nak tau orang lelaki tu kuat. Sasa tubuhnya??

Raulullah s.a.w pernah berpesan, "Seseorang muslim itu ialah mereka yang tidak menyakiti muslim lain dengan tangan dan perkataannya." (Muslim)

Berdasarkan hadis di atas, ternyata perbuatan menyakiti orang lain dengan perkataan sama ada menyumpah seranah mereka, memaki, mengumpat, memfitnah, mengejek, melabel-labelkan dan apa-apa sahaja adalah haram bagi seorang muslim.

Walaupun niat bukan untuk marah tetapi cara yang digunakan adalah dengan marah atau menyakiti hati orang lain, ia tetap perbuatan yang haram kerana yang menerima adalah apa yang didengar sahaja.

Perbuatan ini mungkin akan dipandang jelek oleh rakan-rakan sekiranya berterusan. Mungkin juga akan hilang ramai kawan. Lebih parah lagi mungkin dipulau oleh rakan-rakan setempat yang tidak suka disumpah seranah.

Oleh yang demikian, belajar-belajarlah menguasai kemarahan. Pesan Rasulullah s.a.w ketika diminta untuk memberikan nasihat, baginda mengatakan, "Jangan marah" dan baginda menyebutnya tiga kali. Dalam pesanan yang lain juga baginda telah mengatakan, "Orang yang kuat bukanlah mereka yang kuat bergaduh, tetapi orang yang kuat itu adalah mereka yang mampu mengawal kemarahannya." (Al-Bukhari)

Tuesday, October 31, 2006

Syoknya Raya

Ramadhan utk kali ni telah berlalu. Untuk sekian kalinya aku menyambut 1 Syawal yg ke 24 bagi diri ini. Hehe dah tak ingat darjah brape aku berjaya puasa penuh. Itu pun setelah disogok oleh emak dgn RM?? sekiranya berjaya puasa penuh. Mungkin bukan istilah disogok tapi sebagai perangsang. Maklum la kecik lagi, susah nak paham bab-bab ibadah ni. Kalo puasa tu mesti la yang yok, petang-petang bukak periuk (peti ais).

Tapi sekarang berbeza. Bagiku Ramadhanlah peluang utk diri ini mengubah cara hidup. Menyental karat-karat yg ada pada hati. Mengekang nafsu yg sentiasa berbalah dgn diri sendiri dan berlatih untuk konsisten dalam melakukan ibadah seharian. Ini semua adalah usaha utk menyiapkan segala perisai yg termampu bagi menghadapi 1 Syawal dan hari-hari seterusnya. Kalo ikut buku 7 Habit Stephen Covey, tabiat tu boleh di bentuk dlm masa 30 hari. Hmm.. rupa-rupanya Ramadhan lah peluang utk kita memperbaiki tabiat hidup ni. Harap-harap ada rezeki untuk berjumpa Ramadhan tahun depan.

Raya mcm biasa saja. Berbelas tahun raya di KL. Dah lupa mcm mana gembiranya raya di kampung. Tapi kali ni jiran pun ramai yang tak balik kampung so tak la bosan sgt. Mungkin sudah zamannya orang mula ramai beraya di KL. Raya kedua mungkin masih ramai yg sibuk ziarah menziarahi sedara mara tapi aku pergi ziarah menziarahi kedai-kedai di Low Yat. Terserempak pulak dgn junior di Uniten dulu. “aik ko pun beraya di low yat” saja beseloroh. Raya ketiga aku ikut emak dan kak long jalan-jalan kat IKEA tgk perabot. Sempat jugakla aku berangan nak beli perabot utk rumah kat kajang yg kosong tu. Hehe berangan je lebih. Penat jugak rasanya waktu tu. Kali ni terserempak pulak dgn lecturer Uniten dan artis pasangan iklan Lipton tu. Mcm tu la raya budak bando. Lagi pun aku selalu ambil iktibar Ramdhan dan 1 Syawal ~ Nak berjaya kena sabar lama dah berjaya jangan enjoy lama-lama. Kita berpuasa 30 hari dan meraikan kejayaan pada 1 Syawal sahaja. Sebenarnya siapa kata raya 30 hari tu tipu la.

Isnin dah mula kerja. Tapi rasa blank lagi sebab 12 hari cuti. Bila dah panas baru perasan betimbun keje nak kena buat ni. Mudah-mudahan semangat baru setelah Ramadhan tak luntur cepat sangat.

Tuesday, August 01, 2006

Back to work

Alhamdulillah demam dari Khamis hingga Ahad dah sembuh. Hujung minggu lepas mmg banyak menghabiskan masa dgn beselimut saje. Waktu mcm ni la dpt menghayati hadis nabi ttg ingat lima perkara; masa sihat sebelum sakit. Duhhh!! memang semua terbatas, program Hi Tea Palestin di Putrajaya pun terlepas (Jahanam punya Israel). Hari Isnin pergi gak keje tapi pukul 3 ptg baru masuk.

Thursday, July 27, 2006

Harapan sekarang...

10 mlm masih di ofis. esok ada dateline tender UniKL dan UiTM SA. Sekali dua beb kena siapkan. Ditambah pulak dgn ujian demam n selsema. Sok sek sok sek hidung ku. Harapan sekarang nak balik rumah, tarik selimut dan tido. Tapi tepaksa tangguh ke esok hari. Ini pun belum tentu lagi boleh tido malam ni. Astaghfirullah.. mesti ada dosa sebab dpt demam dlm waktu-waktu begini.

Tuesday, July 18, 2006

Draf ucapan dasr PKZ1. cont..

2. Belia di Sebalik Tabir Seerah

Andai kita menyingkap tabir seerah, maka kita akan dapati bahawa pendukung, pemikul dan pelopor risalah Islam kebanyakkannya terdiri daripada golongan belia. Berikut adalah petikan beberapa ayat Al-Quran yang bersangkutan dengan hal ini, yang dimulai dengan kisah pemuda Ashabul Kahfi (penghuni gua):

‘Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar, sesungghunya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahkan buat mereka dengan hidayah petunjuk.’

(Al-Kahfi: 13)

Al-Quran turut menceritakan tentang kisah seorang pemuda bernama Ibrahim:

Mereka berkata: “ Kami dengar ada seorang pemuda yang mencela berhala-berhala ini yang bernama Ibrahim”.

(Al-Anbiya’: 60)

Di dalam ayat yang lain, kisah seorang pemuda bernama Ismail yang sanggup bekorban turut dirakamkan Allah di dalam kitab yang mulia:

‘Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimipi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu...!” Anaknya menjawab: “Wahai ayahku, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, dengan izin Allah, ayah akan mendapati aku daripada orang-orang yang sabar.”

(Al-Saafat: 102)

Satu lagi kisah yang boleh dijadikan tauladan adalah keteguhan iman seorang pemuda bernama Yusuf dalam menangkis segala godaan yang menduga:

‘Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara daripada apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya...’

(Yusuf: 33)

Inalah antara contoh para pemuda hebat yang pernah lahir dalam sejarah manusia. Mereka jualah yang akhirnya membawa perubahan kepada kaum mereka. Mereka adalah golongan yang selayaknya mendapat bantuan Allah, lantaran kegigihan dan keikhlasan mereka untuk menegakkan syiar-Nya dalam kehidupan.

Generasi belia hari ini adalah harapan umat. Ini termasuklah kita yang hadir pada hari ini hendaklah menyedari bahawa tanggungjawab membagunkan umat yang sedang dibuai mimpi indah, dan memperjuangkan risalah-Nya adalah tergalas di bahu kita. Sememangnya tugas ini amat berat, dan pastinya menagih pengorbanan yang bukan sedikit. Lebih-lebih lagi dalam menghadapi tribulasi yang hebat pada alaf ini. Maka, adakah generasi belia pada hari ini telah benar-benar bersedia dan mempersiapkan diri untuk memikul amanah ini?

3. Pemerkasaan Karisma Zon 1.

*Point ini dan seterusnya hanya akan dikongsi pada hari kejadian, InsyaAllah.