Tak sabar menanti Ramadhan
Siri 3
Allah swt telah berfirman dengan ayat yang sering dikumandangkan bila tibanya bulan Ramadhan. Ramai dari kalangan kita menghafal ayat ini atau setidak-tidaknya maksud ayat tersebut. Ramai juga dikalangan kita yang tahu ayat ini dari surah mana dan nombor berapa. Ayat tersebut bermaksud "Wahai orang-orang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas umat yang terdahulu semuga kamu bertaqwa."
Jelaslah saum atau menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mempunyai satu matlamat yang khusus iaitu untuk mencapai ketaqwaan. Makna taqwa secara mudahnya ialah menuruti, mengia, melaksanakan dan menyuruh segala suruhan Allah dan menjauhi, membenci dan melarang segala tegahanNYA. Sebagai seorang muslim kita semua sudah maklum apa yang menjadi suruhan dan apa yang menjadi tegahan azawajal. Tanyalah kepada any average muslim person pasti mereka boleh menyenaraikan satu persatu apa dia suruhan Tuhan dan apa pula tegahannya. Suruhannya berupa amalan-amalan yang fardh seperti solat, berpuasa, membayar zakat, berbuat ihsan kepada kedua ibu bapa, berjihad, dsbnya...tegahannya pula termasuk meminum khamar (arak), berjudi, berzina, berkata bohong, mengumpat dll.
Timbul satu pertanyaan mengapa di dalam membentuk ketaqwaan ini Allah azawajal mewajibkan ibadah puasa sedangkan kita tahu berpuasa ertinya menahan diri dari makan, minum dan hubungan jenis pada siang hari (definasi syara'). Bukan sahaja makan benda haram (sememangnya haram) tetapi juga semua jenis makanan yang dihalalkan pada hari-hari yang lain. Kita dihalalkan mendatangai isteri yang sah tetapi diharamkan bagi kita melakukan perbuatan suami isteri tersebut pada siang hari Ramadhan. Mengapa demikian? Ini memberikan kita satu isyarat bahawa kita melakukan atau meninggalkan sesuatu pekerjaan dalam kehidupan ini semata-mata kerana mentaati Allah swt. Kita meninggalkan perbuatan maksiat kerana beriman bahawa Allah telah mengharamkan kita untuk melakukannya. Kesediaan kita berpuasa dari perkara yang halal sekalipun menunjukkan bahawa meskipun Allah swt mengharamkan sesuatu yang halal kita tetap akur dan sama sekali tidak akan mempersoalkan segala titah perentahNYA.
Inilah matlamat puasa iaitu untuk membentuk peribadi yang sedia mematuhi Allah dalam semua perkara. Jika manusia mampu untuk menahan dirinya dari sesuatu yang dibenarkan hanya semata kerana mentaati Allah maka sudah tentu lebih mudah bagi dirinya menjauhi perkara yang sudah sedia haram. Manusia-manusia sedemikian tidak akan mempersoalkan serta berdolak dalih lagi dengan hudud (batas-batas syara'). Sekiranya Allah swt mengatakan perbuatan pergaulan bebas di antara lelaki wanita itu haram maka dia akan menjauhinya dan akan berusaha untuk mengujudkan satu suasana di dalam masyarakat di mana perbuatan pergaulan bebas ini dapat dibenteras. Apabila sesuatu perbuatan itu dihukumkan haram samada dari nas al-Quran, hadis atau ijma' ulama maka dia akan berusaha untuk meninggalkannya tanpa memberi sebarang alasan. Dia bersedia untuk melaksanakan semua perintah Allah meskipun orang lain mengatakan tindakannya itu merugikan dan menjejas ekonomi negara.....
Semuga Ramadhan kali ini membentuk peribadi-peribadi yang sedia mematuhi segala peraturan Rabb dalam diri-diri kita. Amin Ya Rabb...

No comments:
Post a Comment