Pages

Monday, August 22, 2005

English Premier League

Sembang-sembang member sekepala


English Premier League(EPL) kembali lagi, kali ini dengan imej yang penuh sensasi dan tergempar.Mengapa?Ini kerana EPL telah membuka satu sejarah baru dimana penguasaan/persaingan mutlak kelab Manchester United dan Arsenal sejak sedekad lalu berakhir. Kehadiran Chelsea dan Liverpool telah membuka ruang persaingan yang lebih luas dan sihat.Walau tidak dinafikan pembabitan jumlah wang yang besar,namun ianya tidak boleh dijadikan sebagai alasan utama mengapa Arsenal dan Manchester United akan terus merudum dan tewas lagi musim ini, barangkali kepada Chelsea??
Satu indikator bahawa sebarang revolusi atau perubahan memerlukan sokongan dana yang besar sebagaimana Chelsea membelanjakan 200 juta pound sterling sebelum berjaya menjadi juara liga!

Dakwah rasul dahulu juga memerlukan hartawan seperti uthman, abd rahman dan abu bakr yang menyumbang sebahagian besar kekayaan mereka demi dakwah islam. Perang tabuk menjadi saksi pengorbanan tulus mereka. Bagaimana pula jika kita refleks kepada gerakerja dakwah kita?sudah berapa ramai hartawan muslim yang kita ada?dan berapa sudah billion diinfakkan untuk dakwah?
---
Mengapa EPL lebih dekat dan mendapat promosi hebat rakyat Malaysia berbanding liga-liga lain di dunia?Walhal La Liga (Spain),Bundes Liga (German) dan Serie A ( Italy) dihuni oleh ramai bintang-bintang dunia yang ternama seperti Zinedine Zidane, Ronaldo, Ronaldinho dan ramai lagi?
Mudah sahaja,Malaysia dijajah oleh british…sbb tula tahu hanya tahu EPL dan menyokong pasukan England, lebih-lebih lagi yang lahir pun kat England. Walaupun fanatik bolasepak mengatakan serie A adalah liga paling mencabar di dunia dengan kelab seperti AC Milan, Inter Milan dan Juventus, tetapi ramai berpendapat EPL adalah yang terbaik.
Adakah selepas British keluar drp Malaya pada 1957, kita benar-benar merdeka?perkara yang diperbincangkan sejak ana di sekolah menengah lagi.yang pastinya perlembagaan ciptaan lord Reid mejadi peniggalan paling berharga mereka selain sistem politik demokrasi kapitalis yang menyusun kehidupan kita di Malaysia.
---
Mengapa pendapatan pemain-pemain ternama EPL berlipat kali ganda secara purata berbanding pemain di La Liga atau di Serie A?
Dah tentu duit pound sterling lagi besar dari euro.
---
Formulanya adalah mudah, marketing dan promosi yang hebat.Marketing dan promosi EPL sungguh menarik, malah pemain-pemain EPL disensasikan,menjadikan ianya suatu perniagaan dan lubuk populariti.Media memainkan peranan yang penting dan berkesan sekali dalam mempromosikan EPL.
Dakwah dan perjuangan juga memerlukan marketing dan promosi yang hebat, bagi membolehkan visi dan misi iadapat disebar luaskan kepada targeted objek. Pemain-pemainnya juga harus hebat dan disensasikan malah mesti menjadi jaguh global kepada masyarakat. Marketing ini jika dilaksanakan secara kolektif dan terancang, pasti dakwah Islamiah boleh mengatasi segala doktrin/fahaman asing dan pelik yang sedang melata di mana-mana.

Propaganda media mmg menjadi suatu yang paling utama dalam kejayaan pendoktrinan, sebagai contoh david beckham yang tak sehebat mana pun menjadi pujaan peminat bolasepak dan fesyen seluruh dunia. Begitu juga dengan pasukan England yang ranking dunia hanyalah yang ke-8 tapi di geruni lawan tidak seperti pasukan ‘low-profile’ seperti france, italy, dan netherland yang rankingnya yang lebih tinggi daripada England.
Sedangkan orang lain boleh menjual barang mereka yang tidak berapa elok dengan bantuan media, inikan pula duat yang meletakkan Islam sebagai produk sempurna cirinya dan yang terbaik daripada apa-apa yang selainnya. Janganlah kita merasa rendah diri dengan islam seharusnya kita merasa izzah kerana mewarisi tugas para anbiya’.
---
Di EPL, terdapat well-known name yang diakui sebagai expert dan kebolehan masing-masing Muka-muka seperti Joe Cole(Chelsea) terkenal dengan kepantasan serangan di bahagian kanan,Ledley King(Spurs),seorang pemain muda kental di bahagian pertahanan, dan Thiery Henry (Arsenal), striker yang tiada tolok bandingan.
Pasukan dakwah juga telah memiliki well-known figure yang terlibat dalam bidang-bidang berbeza. Bidang penulisan, ceramah, high risk dakwah mahupun apa sahaja platform dakwah/perjuangan telah ada pakar rujuknya.
Jadi seharusnya setiap akh mengenalpasti bidang dakwah apa yang akan diceburi sehingga menjadi pakar dan tempat rujukan sebagaimana abd rahman bin auf dalam peniagaan, umar al-khattab sebagai pemerintah yang paling bijaksana, mu’awiyah sebagai politician yang hebat, khalid al walid sebagai strategis perang yang terulung dan ramai lagi para sahabat untuk dijadikan tauladan. Bintang-bintang yang seharusnya kita petik kerana kecintaan kita pada para sahabat.
---
Tetapi sampai bila Thiery Henry akan terus menjadi deadly strike force buat Arsenal ataupun sampai bila Joe Cole akan terus ligat di sebelah kanan?Pastinya ada pengganti,malah pembelian Shaun Wright Philips(berumur 21 tahun) dari Manchester City ke Chelsea merupakan satu projek jangka panjang bagi memberikan alternatif kepada right flank Jose Maurinho.
Teringat forum terakhir pada Konvensyen Tarbiah JIM (KONTARN) baru-baru ini. Melihat abu urwah(politician), dr danial(tokoh masyarakat), ust alias(murabbi) dihadapan, terdetik dihati ini siapa yang akan menyambung perjuangan mereka?adakah generasi kita mampu melahirkan tokoh sebaik atau lebih baik daripada mereka?adakah pencapaian generasi kita akan lebih besar impaknya kepada masyarakat?adakah generasi kita yang akan mengecap buah kemenangan yang diimpikan sejak zaman hasan albanna?ataupun masih jauh lagi,dan memerlukan usaha yang lebih gigih lagi dari setiap duat yang berada dalam kancah dakwah ini.
---
Pelapis-pelapis dakwah harus segera "dibeli" dan diberi bimbingan oleh well known figure ini. Bimbingan dan latihan, fokus dan praktis di medan amal, harus diintensifkan.Yang pasti, apabila pelapis-pelapis ini sedia dan meledak, ia akan pasti meledak sebagaimana Rio-Cocker (west Ham) dan Charton Cole (Arsenal), masing-masing berumur sekitar 21 tahun meledak di EPL.
Umur 21 sememangnya menunjukkan potensi terhebat individu dan ramai individu dalam sejarah yang mencapai matlamatnya pada umur 21. Kepada semua pemuda yang berada dalam lingkungan umur tersebut atau telah melepasinya, apakah sumbangan terbesar anda kepada ummah?
Namun yang pasti, tarbiah itu adalah sesuatu yang berjalan seiring dengan amal di medan.Selangkah para pemain dakwah melangkah mencuba dan menongkah arus sungai,2 -3 langkah kehadapan dia akan belajar.
Janganlah kita pada masa akan datang hanya akan mengungkit jasa-jasa yang telah dibuat oleh generasi sebelumnya kerana generasi kita tidak ada pencapaian yang hendak dibanggakan dihadapan Allah. Sebagaimana man utd hanya berbangga dengan treble 1999 mereka, tetapi tidak memenangi apa-apa kejuaraan pada musim lepas. Hanya tahu mengungkit kejayaan 6 tahun lepas yang telah lama berlalu.Tidak seperti Arsenal (piala FA), Chelsea (juara liga) dan Liverpool (juara liga-liga juara).
Ikhwah dan akhawat sekalian..Sama-samalah kita dalam satu barisan, melakar sejarah bagi mengembalikan kegemilangan Islam dan meletakkan din ini ditempatnya. Allahuakbar!

Siapa sangka?

No comments: