Pages

Wednesday, October 13, 2010

Anda yang tentukan cara berfikir dan cara bertindak


Apa yang pentingnya dengan sikap? atau dalam bahasa inggeris "attitude"

Pernahkah kita membaca buku ttg sikap?
Pernahkah kita mempelajari ttg sikap?
Pernahkah kita melatih sikap sendiri?
Pernahkah kita sedar bagaimana sikap kita dalam kehidupan?
Pernahkah kita sedar apa prinsip sikap kita?
Pernahkah kita sentiasa berdedikasi terhadap sikap?


Semua orang termasuk saya berkeinginan untuk hidup bahagia, untuk dapatkan lebih banyak kejayaan, untuk memperolehi sumber pendapatan yang banyak dan pendek kata untuk memenuhi segala impian hidup. Asas kepada semua elemen tadi untuk dicapai adalah sikap. Sikap positif. Sikap anda yang positif.

Sebenarnya semua orang tahu yang kita perlu ada sikap positif untuk berjaya tapi kenapa masih ramai lagi termasuk saya belum benar-benar bersikap positif dalam semua keadaan.

Siapakah yang bergelar Rijal dalam Al-Quran?


Tertarik apabila membaca satu artikel daripada seorang ustaz. Jadi aku letak di blog sendiri utk panduan diri ini dan mereka yang mahu membaca.

"Membentuk Lelaki Dakwah"

‘Rijal’ dari segi bahasanya bererti para lelaki, namun perkataan ‘Rijal’dalam bahasa Arab tidak bermakna fizikal melainkan ia mengandungi makna :

1. Keberanian.
2. Ketulusan.
3. Kepahlawanan.
4. Konsistensi.
5. Pengorbanan.

Makna itulah yang disinggung oleh Al Qur’an dalam surah Nur ayat 37 iaitu menceritakan tentang ‘Rijal’ yang tidak dilupakan oleh perniagaan dan jual beli dari mengingati Allah swt, solat dan membayar zakat.

Begitu juga perkataan ‘Rijal’ disebut di dalam surah Al Ahzab ayat 33 yang menceritakan bahwa ada ‘Rijal’ yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah swt, ada yang gugur dan ada yang masih menunggu gilirannya, tanpa merubah janjinya.

Lelaki secara fizikalnya tidak memberi apa-apa erti tanpa nilai-nilai moralnya sebagai ‘Rijal’ kerana ada ramai perempuan yang memiliki sifat ‘Rijal’ kerana ia telah memiliki sikap yang jarang boleh dilakukan oleh orang selainnya.

Menjadi manusia itu adalah satu kurniaan tetapi kualiti kemanusiaan kita itu ada pada sebatas dan sejauh mana usaha kita menjalankan fungsi kurniaan itu.

Thursday, October 23, 2008

Durian runtuuhhh

"One day we will prevail as a great company"

Akhirnya usaha selama beberapa tahun bekerja keras utk mendapatkan projek IT di sebuah IPTA tempatan membuahkan hasil. Projek terbesar utk kerjaya aku sbg account manager, RM 8 angka. Rasanya dah lama syarikat tak dapat projek sebesar itu.


Tanggung jawab mendapatkan projek bukan mudah. Apatah lagi aku selalu didendangkan kalau tak de "cable" jangan harap la nak dapat projek besar. Kalo tak hulur mana boleh dapat projek besar. Kalau tak reti nyanyi tak usah la buat selling. Katanya inilah cara orang Asia buat business. Ada orang melayu pula selalu kata orang Cina buat semua tu jadi kita kenala buat juga barulah boleh berjaya dalam business. "Hey come on. Since when they become our teacher in business??" I don't want to be teach by someone like that.

Anyway aku tidak boleh menafikan terus kata-kata mereka itu kerana aku sendiri pernah terkena tempias tersebut. Beberapa kali aku tewas tak dapat projek. Kadang kala sakit hati dan rasa tetekan. Mengeluh bukanlah penyelesaian. Aku anggap semua itu cabaran bukan penghalang. Hanya diri sendiri yang menjadi penghalang. Aku tetap yakin bahawa rezeki itu adalah milik Allah. Dia akan kurniakan kepada orang yang dikehendaki-Nya.

Wednesday, October 01, 2008

Raya datang lagi.

" Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin"

Alhamdulillah bersyukur sangat-sangat kepada Ilahi kerana masih diberi peluang utk bertemu dgn Ramadhan Kareem dan hari ini dapat menyambut hari raya bersama keluarga sekali lagi. Seperti biasa raya kali ni kat Tasik Puteri rumah ayahanda dan bonda. Mmg sekian lama tak merasa beraya di kampung so tak semeriah mana namun tetap bersyukur kerana dapat bermaaf maafan sesama ahli keluarga. Itu pun sudah memadai bagi aku.
Anyway insyaAllah raya tahun depan akan ada perbezaannya :p "wink" hehehe.

Hari raya mcm biasa kejap lg aku nak ke town melepaskan segala keboringan duduk dirumah (jiran pun ramai balik kg). Petang ni nak gi IKEA, kak long nak beli almari. aku pun nak survey + cuci mata (mau jimat duit utk hujung tahun ni ;p) ada duit lebih nanti barula aku beli apa yg perlu.

Tadi aku dapat satu pelajaran daripada pembacaan. "The Stokdale Paradox". this is a good lesson to learned and tried to apply it.

" Retain faith that you will prevail in the end, regardless of the difficulties. AND at the same time. Confront the most brutal facts of your current reality, whatever they might be."


Wednesday, August 20, 2008

Enable new blog function

Tukar default layout sbb nak enable fungsi baru yg ada kat blogspot. Ada masa nanti nak tukar layout cantik semula tp skang sibuk sgt dgn kerja pejabat. huhu

Sunday, June 15, 2008

What drive you to work hard

Apa yg menyebabkan aku bekerja keras? sebab nak duit banyak dan sebab tak de duit... hmmm bukan satu pemahaman yang bagus utk menyelusuri hidup yg penuh dgn cabaran ni. Dan bukanlah satu jawapan bagi seorang yg telah diisi dgn tarbiyah. Dalam Islam, hanya ada satu sahaja tujuan kenapa perlu bekerja keras. Umat Islam sepatutnya bekerja keras dgn hanya tujuan mencari redha Allah (mardhatillah). Bagaimana?? dengan cara membayar zakat, memperbanyakkan sedekah dan berbelanja utk jihad di jalan Allah. Sekiranya umat Islam tidak bekerja keras maka kekayaan hasil dunia ini akan dikaut oleh mereka yg tidak menghayati Islam. Lalu duit itu akan digunakan utk tujuan peribadi bagi memenuhi nafsu duniawinya. Lebih menyayatkan sekiranya umat Islam tidak bekerja keras maka ada golongan yang menggunakan kekayaan tersebut untuk menghenyak Islam dan orang yg lemah. Sekiranya umat Islam tidak bekerja keras maka mereka tidak akan tergolong dalam golongan orang yang beruntung seperti hadis Nabi SAW.."beruntunglah org yang hari ini lebih baik dari semalam dan celakalah org yg hari ini lebih teruk drp semalam" aukama qal.
p/s: tgh layan darama berkisar politik Jepun "CHANGE" lakonan Kimura Takuya :p. Drama yang bagus ttg pemuda yang cuba mengubah politik yg telah korup.

Monday, June 09, 2008

Kesian rakyat Malaysia

49.71% rakyat yg tak undi BN kena hentam balik dan 50.28% rakyat yg undi BN kena tipu. Hari ni first time isi full tank kereta wira 1.5 aku. Mak aih 106 ringgit... sebulan mau 5 kali isi full tank. dah 500. Bagi rebet 600 bila renew road tax. Tak bebaloi, setakat lepas baya insurans kete je. Ye lah... suruh rakyat ubah cara hidup. Nak ubah cara mcm mana lg! dah cukup bejimat dah sblm ni. Mulalah ceramah-ceramah ustaz - ustazah di TV cuba lembutkan hati-hati yg mendengar bahawa amalan membazir itu saudara syaitan justeru hendaklah berjimat cermat. Ustaz!!! ni nak tanya sikit... ayat Al-Quran tu ditujukan utk rakyat bawahan je ke??? pemimpin-pemimpin tu masih lagi pakai keta mewah, rumah mewah, makan mewah, main golf dgn duit rakyat. Langsung tak diubah cara hidup. Ingat suruh rakyat yang hidup cukup makan sebelum ni ubah cara hidup boleh membantu ekonomi ke?? baru dukung anak org kampung 2 3 minit utk snap shot dah digelar pemimpin berjiwa rakyat. Kalau betullah pemimpin berjiwa rakyat rasailah keperitan rakyat. Jgn bermewah selagi masih ada rakyat yg miskin dan merempat. Membazir itu saudara syaitan... so pemimpin-pemimpin berjiwa "rakyat" sekarang ni saudara siapa ye??
p/s: Wahai pemimpin-pemimpin Malaysia yang disayangi, contohilah kepimpinan Saidina Umar Al Khattab ketika beliau menjadi khalifah. Ketika mana negera Islam mengalami zaman ekonomi yang memeritkan. Kalau tak tau Sejarah ni pegi baca bukula.
opss mana ada pemimpin "rakyat" nak baca blog aku ni. :p

Wednesday, April 09, 2008

Satu hari di KLCC

Semalam satu hari follow MD utk menimba pengalaman. Ada banyak appointment yg perlu dihadiri. Pagi-pagi lg besarapan dgn principle drp SUN berdekatan dgn menara Citibank. Kerjasama dengan Sun agak kurang utk beberapa tahun yg sudah tetapi tahun ni mungkin ada peluang yg baik utk kedua-dua belah pihak. Ada projek besar yang sedang diusahakan tahun ini. Tak lama kemudian datang 2 org drp Oracle pula melayan kami. As usual all about business forecast and project discussion. Dalam pukul 11 kami ke KLCC naik train. Sementara tunggu utk lunch hour with another Oracle guys, kami singgah di cafe dan buka laptop buat keje sambil pekena chocolate cream.

Bila dah hampir lunch hour datang 2 org drp Oracle. Mereka bawa kami ke restoran Indonesia di ting 4 KLCC. Kali ni perbincangan agak panjang. Hampir 2 jam. Bertukar-tukar pendapat tentang halatuju perniagaan masing-masing dan melihat peluang-peluang utk tingkatkan lagi hubungan kerjasama yg sedia ada. Oracle anggap syarikat kami sbg "Profit Ready Company". That why every year we have been awarded by Oracle as "Best SI Partner of the Year".

Selepas itu dlm pukul 3.30 minum petang pula dgn orang IBM drp Public Sector. Since last 2 years we manage to sold a lot of IBM machines. Kerjasama dengan IBM nampak bertambah baik dari semasa ke samasa.

Dari satu restoran ke cafe yg lain di sekitar KLCC. Nampak mcm seronok minum-minum sembang-sembang tetapi banyak maklumat boleh diperolehi ketika itu dan sebenarnya amat penat memikirkannya apatah lagi utk merialisasikannya.

Hari ni satu hari di UPSI dah pukul 9 mlm... waktu paling penat melayan customer.

Ada satu lagi kerja penting yg belum diselesaikan.. tempah tapak perkhemahan utk program mukhayam pelajar-pelajar yang bakal masuk Universiti. This one is my real job of life. Believe it!

Tuesday, March 11, 2008

Rakyat sudah bijak


Begitu menarik sekali PRU kali ini. Walaupun BN menang tetapi ia adalah rekod terburuk mereka sejak ditubuhkan. Ini menunjukkan ramai yg mula tidak menyukai kepimpinan yg diterajui BN. Masej jelas diberikan oleh rakyat, 49.71% di Parlimen nanti adalah suara Rakyat yg diwakili oleh Barisan Rakyat (BR). Aku pernah berpeluang ke Parlimen utk melihat sendiri suasana berdebat satu ketika dulu. Jelas kelihatan hujah-hujah dan saranan baik pembangkang di tendang mentah dgn hujah-hujah kebudak-budakan. Malah ketika itu dinaikkan pula harga elaun wakil Parlimen pemerintah semata-semata utk datang ke Parlimen (datang tido). Sblm PRU ke-12 aku selalu dengar radio ketika memandu ke pejabat. Setiap kali aku dengar je suara garau pakcik BN dlm radio tu, cepat-cepat aku tukar channel. Dekat TV pun sama. Nasib baik ada astro, banyak channel yg lebih baik utk di tonton drp siaran yg mengampu tak sudah (meluat! langsung tidak profesional).

Tahniah diucapkan kepada kepimpinan BR yg telah menang. Faktor teknologi canggih juga antara penyumbang kepada kemenangan. Kalau dilihat kebanyakkan kawasan maju dimenangi BR. Inilah masanya pimpinan BR mula utk bekerja lebih keras kerana utk 100 hari pertama berkuasa rakayat akan mula menilai selepas itu.

Kepada pimpinan BN. Jangan ingat senang utk bangkit bila sudah jatuh. Mungkin 50 tahun lagi, mungkin tak bangkit langsung.

Alhamdulillah, bagi aku ini sesuatu yg patut disyukuri oleh mereka yg ikhlas mendokong Islam. Kita tidak boleh leka dan berasa selesa dgn apa yg ada sekarang. Kerja kita masih banyak.

Friday, December 21, 2007

Pengorbanan demi ISLAM yang tercinta

Tahun ni raya korban agak meriah. Sejak family aku pindah ke Rawang, keluarga aku kini mendapat jiran-jiran yang sungguh baik. Barulah aku dapat rasakan bagusnya Islam dalam menekankan kerukunan jiran tetangga. Walaupun aku jarang balik ke Rawang tapi kemesraan itu begitu cepat dapat dirasakan. Ada aje seloroh mereka mengenakan aku yg masih bujang ni. Kali ini aku terlibat aktif dalam memotong dan memasak daging korban. Tak berani lagi nak sembelih lembu tp kalau ada peluang aku memang yakin boleh je walaupun dalam hati kecut gak la.



Terlalu banyak pengajaran daripada kisah Korban dalam sirah Islam. Salah satu yg menarik minat aku dan menjadi pengajaran yg bermakna dalam hidup aku adalah kisah bagaimana Hajar mencari air untuk dirinya dan anaknya Ismail yang masih kecil di tengah padang pasir yang gersang. Seolah-olah amat mustahil untuk hajar menjumpai walau setitis air di kawasan yg begitu rupa. Namun kecekalan dan kegigihan Hajar serta pergantungan dan keyakinan sepenuhnya kepada Allah membuatkan Hajar tidak mudah mengalah. Sebanyak 7 kali beliau berlari-lari anak berulang alik antara Shafa dan Marwah yang agak jauh antaranya. Lantaran itu dengan izin Allah Yang Maha Pemberi Rezeki diarahkan olehNya Malaikat untuk mengorek tanah dan akhirnya terpancar air yang dikenali sebagai zam-zam. Begitu hebat perancangan Allah itu sehinggalah kisah Nabi Allah Ibrahim AS dan Ismail As membina Kaabah di situ.

Itu satu kisah pengorbanan seorang yang beriman kepada Allah. Walaupun sudah berlaku ribuan tahun dahulu namun pengajaran dan prinsipnya masih sesuai dengan zaman ini dan sampai bila-bila. Ia adalah satu nilai yang lebih kukuh daripada nilai material dunia. Nilai yang mebuatkan seseorang itu tidak tertipu dengan kekayaan dan kemewahan dunia yang bersifat sementara. Bila aku melihat gelak tawa pakcik-pakcik yg bergotong royong memotong dan memasak daging korban ni, aku harap ini bukanlah satu tradisi turun temurun tetapi adalah lebih kepada memahai sebagai satu ibadah Korban kerana Allah SWT. Agar amalan yang dikerjakan tidak sia-sia dan menjadi pemberat amalan kebajikan pada neraca Yang Maha Adil.

Untuk kisah lanjut Sirah Nabi Ibrahim AS dan Ismail AS boleh ke link di bawah ini.
  • Link ke Sirah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail




  • Saturday, November 24, 2007

    Belajar dan terus belajar

    Pagi ni nak jemput adik-adik di KUIS dan bawa mereka ke Bangi. Ada kelas ilmu yang bagus utk kami ikuti. Belajar seerah dan kisah-kisah sahabat yang mampu menyuntik semangat utk cemerlang di dunia dan akhirat. Zaman sekarang umat Islam kelihatan sungguh lemah. Walaupun dilihat ramai tetapi kuantiti tidak menjaminkan kualiti, lantaran masih ramai yang tidak sedar apa tanggung jawab mereka wujud di muka bumi ini. Maksiat semakin tidak terbendung. Korupsi menjadi-jadi. Jahilayyah moden semakin berkembang pesat. Butakah kita untuk melihat? Orang Arab dulu sblm kedatangan Islam amat lemah dan mundur. Jahil aka Bodoh. Sekeliling negara mereka dikuasai oleh kuasa-kuasa besar iaitu Rom dan Parsi. Seolah kita pada hari ini Amerika dan Eropah. Tetapi dgn izin Allah kedatangan Islam mengubah kaum yang lemah, mundur dan kolot ini untuk bangkit sehingga mampu menguasai 2/3 dunia. Menguasai teknologi dan mempelopori teknologi moden masa kini. Dari mana mereka mendapat rahsia kejayaan ini kalau bukan daripada Al-Quran. Mereka menghayati dan mengamalkan Al-Quraan dan As-Sunnah. Mereka berakhlak dengan akhlak Al-Quraan seperti yg ditunjukkan oleh Ar-Rasul SAW. Mereka belajar Al-Quran dan terus belajar. Walauapa pun kerjaya yang mereka lakukan, Al-Quran tetap menjadi sumber rujukan utama. Al-Quran diletakkan pada kedudukan yang tinggi. Bukan kedudukan fizikal tetapi dihati mereka. Rugi dan rugi bagi mereka yang kononnya hendak berjaya dunia akhirat tetapi diri masih jauh daripada Al-Quran. Selagi kita tidak membaca, Al-Quran tidak akan membongkarkan rahsianya. Rahsia yang boleh membezakan antara kejayaan yang sebenar dan kejayaan yang bathil. Rahsia yang membolehkan seseorang itu memiliki akhlak yg mampu mengubah dunia. Aku mau lari dr comfort zone... syuh syuh klua rumah cepat.. cari ilmu!!

    Quote of the day

    Love drives true passion,
    Passion drives achievement.

    Tuesday, November 20, 2007

    Best ke Outstation?

    Tinggal sensorang kat rumah sewa ming ni. Housemate aku Rahmat training kat Australia selama 2 bulan. Zarir lak pegi Sabah utk beberapa hari..... senyap je rumah _(>_<")/ main 360 LIVE lah.

    Thursday, November 15, 2007

    Beli rumah?

    Sekarang sedang berada kat dlm Library UMP. Tgh siapkn projek Integration System. Sejak dua bulan lepas hampir setiap minggu aku datang ke sini. At least tinggal di sini 2-3 hari. The project progress look better and better everyday. The client also happy with this progress. As a Project Manager I need to make sure all the progress, info or any issue have been reported to client as well as my Company Project Management Canter of Excellence (PMCoE). Petang ni drive balik ke KL. Dah janji with my mom to have dinner together at any restaurant in KL. Dah lama tak belanja my mom makan. Lagi pun banyak benda nak cerita kat dia. Sejak kerja 2005 hingga sekarang aku dah mmg jarang tinggal serumah dengan family. Sejak itu aku mula belajar berdikari dan aku mmg berazam aku takkan minta duit pada mak ayah aku lg walau susah macam mana pun. Mereka bukan la org senang jadi inilah masanya utk aku meringankn beban mereka.

    hehe topik hangat mlm ni aku nak bincang pasal kahwin dan beli rumah sendiri. Rumah dah booking tp calon tak de lagi :p


    Thursday, November 08, 2007

    Aset diri

    Pagi tadi main badminton dgn member2 di Bangi Sek 15. Dekat 10 org gak yg turun pagi tu. Lama dah tak pegang reket, bila pukul kuat kelua gelanggang, pukul pelahan tak lepas net.. huhu. Tak pe yg penting klua peluh dan besosial dgn member2. Penting utk jaga kesihatan badan sebab kesihatan sudah jadi satu aset zaman sekarang ni. Cerita pasal sihat ni ming lepas company aku ada buat pemerkisaan kesihatan percuma. Aku pun buat la sebab last aku periksa kesihatan aku ni waktu nak masuk U dulu, lama dah tu.. tp ni tak la periksa secara detail sampai kena x-ray. Kebetulan aku adalah orang yg paling last sekali diperiksa (malas nak besesak-sesak, bagi can org lain buat dulu :p). Mula-mula kena ukur tinggi. Aku tak la tinggi 165cm je, kemudian kena berdiri di atas satu alat khas yg dibawa utk ambil mcm-mcm maklumat. Yang aku faham berat aku 60kg. Yang lain ntah pa pe nombor yang kelua drp alat tu. Semua maklumat diisi dlm satu borang oleh pembantu doktor (tak mcm nurse pun hehe). Sampai je kat doktor tu aku tgk doktor tu mcm heran.. pastu dia cakap "Tahniah, daripada semua org yg saya periksa di sini andalah yang paling sihat". Hahaha ye ke.. cam tak caya lak aku. Umur metabolik aku adalah 18 tahun. Lemak badan 15.7% iaitu paras normal kalo lebih 21% maknanye telebih. Peratus air badan 58.1% iaitu peratus bagi lelaki dewasa yg sihat. Mempunyai tulang yg padat iaitu 2.7 dan kepadatan otot aku normal untuk lelaki dewasa. Alhamdulillah satu nikmat pemberian Allah yang begitu bagus utk diri ini. Harapnya boleh la maintain sampai bila-bila.

    Wednesday, November 07, 2007

    Bangun balik

    Alhamdulillah setelah 2 hari diuji dgn sakit akhirnya sihat semula. Pagi ni ada meeting dgn Prof di UPM berkenaan projek sistem pelajar Master & PHD UPM. Rasa bersemangat semula utk beraksi setelah ming lepas mengharungi ming yg sukar. Sebenarnya ming lepas aku telah kalah projek bernilai rm20M. Kalah tipis dgn satu company yg agak besar. Tinggal 2 company yg bersaing pada peringkat akhir. Everything perfect in technical but suddenly our price slightly higher than our rival. huhuhu tak leh tido aku sampai demam-demam. Aku belajar utk redha dgn ketentuan Ilahi, aku belajar utk mengenal rezeki di tgn Allah. mungkin Allah masih tangguhkan lg rezekinya yg seluas alam ini utk ku dptkn sedikit. Yakin dgn rezeki Allah.. itu sudah pasti. Tak bisa berlari aku berjalan, tak bisa berjalan aku merangkak, tak bisa merangkak aku mengesot.. perlahan-lahan aku lakukan.. sampai jua.. insyaAllah.

    Friday, October 19, 2007

    Suasana baru di hari raya

    Pertama sekali Salam Eid Mubarak kepada semua. Raya aku kali ni memang berbeza daripada tahun sebelumnya. Setelah 14 tahun beraya di KL akhirnya tahun ini pertama kali aku beraya di Rawang. Sejak dulu 1st dan 2nd hari raya aku akan berjalan-jalan ke town. Tapi tahun ni dapat juga la menziarahi jiran-jiran di sekeliling. Satu amalan yang tak dapat aku buat ketika tinggal di KL. Walaupun masih ramai yg beraya di kampung tapi masih ada gak la beberapa keluarga jiran yg tak de kampung mcm aku ni. Tapi raya kali ni agak tak berapa seronok kerana ketiadaan ayah aku di pagi raya. Maksud aku ayah aku kena kerja di hari raya. Anyway still enjoy my Raya day like always makan kuih raya banyak2, lemang, ketupat, rendang, kek.. huh lepas ni kena puasa 6 cepat2. Esoknya selepas raya aku sekeluarga pergi menziarahi saudara mara yg berdekatan. Lama dah tak jumpa mereka semua. Harapnya tahun depan dapat bertemu semula dengan Ramadhan Kareem. Mudah-mudahan Allah menerima amalan kita di bulan Ramadhan yang lepas.

    Tuesday, September 25, 2007

    Tragedi Menimpa Nurin: Satu Tazkirah Ramadhan

    KENYATAAN MEDIA

    WANITA PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM)

    22 September 2007

    TRAGEDI MENIMPA NURIN – SATU TAZKIRAH RAMADHAN

    Wanita JIM merakamkan perasaan sedih yang teramat sangat di atas berita pembunuhan kejam anak perempuan comel yang tidak berdosa, Nurin Jazlin setelah hampir empat minggu kehilangannya dihebohkan di akhbar tempatan. Ucapan takziah ditujukan khas kepada ibu dan bapa Allahyarhamah serta keluarganya yang tentu sekali begitu terkesan oleh insiden malang yang menimpa Nurin. Sesungguhnya, nama Nurin akan bersemadi selama-lamanya dalam hati setiap rakyat Malaysia yang turut sama berkabung di atas pemergiannya.

    Wanita JIM mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam dan sadis yang dilakukan oleh pembunuh yang sudah hilang perasaan perikemanusiaannya. Insiden tragis ini ternyata mencemarkan kesucian bulan Ramadhan yang mulia dan suci ini, di mana kebanyakan umat Islam sedang berusaha mempertingkatkan dan membersihkan diri dari dosa dan noda. Kisah sedih Nurin kini menjadi satu lagi peristiwa hitam keganasan seksual terhadap kanak-kanak dan wanita yang berlaku di tanahair tercinta ini. Tragedi ini mengingatkan kita semua kepada peristiwa yang menimpa Allahyarhamah adik Nurul Huda dan ramai lagi mangsa keganasan seksual sebelum ini. Namun ternyata, segala tindakan, akta dan hukuman yang dijalankan selama ini masih tidak mampu menghalang manusia pemangsa yang kejam dan tidak berhati perut ini dari terus mencari mangsanya. Siapakah pula mangsa seterusnya? Persoalan ini akan mencetuskan satu suasana gerun dan ketakutan yang semakin menyelubungi masyarakat hari ini.

    Seperti juga biasa, tragedi ini akan mencetuskan dan membangkitkan perasaan marah yang meruap-ruap di kalangan orang ramai. Cadangan demi cadangan dianjurkan, tindakan dan hukuman diperketatkan. Tidak kurang juga yang cuba meletakkan kesilapan dan kesalahan di atas bahu pihak tertentu seperti ibu bapa dan pihak berkuasa. Seringkali pula, reaksi spontan sebegitu perlahan-lahan hilang dan pudar ditelan masa. Tidak mungkin kita akan dapat membasmi jenayah seksual ini dengan tindakan `hangat-hangat tahi ayam', sebaliknya amat perlu kita membuat muhasabah diri dan refleksi yang jujur bagi mencari punca dan penyebab utama jenayah seperti ini berlaku.

    Wanita JIM sudah seringkali menekankan, fenomena peningkatan keganasan seksual di kalangan masyarakat berkait rapat dengan longgarnya ikatan spiritualiti dan lunturnya pegangan akidah individu. Tanpa adanya perasaan takut kepada kemurkaan Tuhan dan rasa harap kepada keredhaan-Nya, jiwa manusia dengan mudah diperdayakan oleh nafsu syahwatnya. Apabila syahwatnya mengganas dan menjadi raja, individu tersebut tidak akan teragak-agak melakukan sesuatu yang di luar dari jangkaan kebiasaan kita. Integriti dan amanah tidak lagi menjadi identiti diri. Perkara pokok mengenai keteguhan iman dan takwa inilah yang perlu ditanamkan setiap masa dan ketika dalam diri individu terutamanya generasi muda.


    Wanita JIM meminta ibu bapa memuhasabah diri secara jujur dan telus, menilai semula sejauhmanakah konsep akidah dan kepercayaan ini berakar umbi dalam jiwa anak-anak mereka. Disamping mencadangkan agar ibu bapa sentiasa lebih peka dengan aspek keselamatan anak-anak di luar rumah, sepertimana yang sering diperkatakan, Wanita JIM benar-benar menyarankan agar kesemua ibu bapa memastikan anak-anak mereka dididik dengan acuan nilai dan moral yang tinggi, berpaksikan kepercayaan agama yang dianuti. Fahaman materialistik dan gaya hidup hedonistik yang begitu berleluasa di kalangan keluarga moden hari ini, mestilah digantikan dengan cara hidup sederhana yang menekankan tentang integriti, amanah dan keseimbangan.

    Jika para ibu bapa di Malaysia masih leka dan terus menerus melakukan kesilapan membesarkan dan mendidik anak-anak mereka, jangan terkejut sekiranya kita sebenarnya sedang membesarkan satu generasi penjenayah yang berhati kejam dan tidak berperikemanusiaan. Bukankah sudah tiba masanya setiap seorang dari kita melakukan refleksi tersebut?

    Pihak berwajib disarankan memberikan fokus yang serius dalam usaha menanamkan nilai agama dan kerohanian yang tinggi kepada ahli-ahli masyarakat. Keseimbangan hidup mengejar dunia dan akhirat akan mencetuskan manusia yang kompetatif dan berdaya-saing tinggi. Dalam masa yang sama, Wanita JIM menuntut agar segala unsur-unsur yang terbukti merosak jati diri generasi muda dan dewasa ditangani dengan tegas, berkesan dan berhemah.

    PASTIKAN KEMATIAN NURIN TIDAK SIA-SIA. JADIKAN IA SATU TITIK MULA UNTUK MASYARAKAT KEMBALI KEPADA ASAS AKIDAH YANG MANTAP DAN KUKUH.

    Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj
    Ketua Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
    012-3243134

    Saturday, September 22, 2007

    I'm 25 years old



    Alhamdulillah aku masih berkesempatan menemui Ramadhan 1428, bulan yang dirindui oleh orang-orang yg beriman. Alhamdulillah bulan ini juga aku menyambut ulang tahun kelahiran yg ke 25. Terasa begitu pantas sekali hidup ini. Aku rasa cukup menyesal sewaktu setiap kali matahari terbenam. Seharian yg dilalui amalanku dirasakan tidak bertambah. Umur 25 menandakan umurku sudah berkurang dan akan terus berkurang setiap hari.

    "Ya Allah berkatilah umur ku, murahkan rezeki ku dan berilah daku kekuatan utk memanfaatkan baki usia yg tinggal kpd hal-hal kebaikan" ~~ 25th

    Friday, September 21, 2007

    'Jane Doe' itu Nurin Jazrin??



    Dunia khususnya Malaysia digemparkan lagi dengan berita pembunuhan kejam dan menyayat hati. Peristiwa pembunuhan kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun yang disumbat ke dalam beg sukan amat tragis dan menakutkan. Anak kecil yang tidak mengerti apa-apa telah dizalimi dan diperlakukan sedemikian rupa. Apakah manusia sudah tidak takut lg dgn undang-undang ciptaan manusia sendiri??

    Selepas ini peristiwan apa pula yg akan menimpa? siapa pula yang akan menjadi mangsa? sampai bila kita boleh menerima sahaja apa yg berlaku? Sampai bila kita hendak menjadi org yg bersikap "Tak apalah", "Biarla"?? Kalau terkena pada anak, adik beradik atau keluarga sendiri baru nak terlompat??

    "Ya Allah! Inilah akibatnya apabila Islam tidak mentadbir. Insan semuanya berada dalam bahaya termasuk anak-anak kecil..."

    (Gambar drp Metro Online)