Pages

Tuesday, August 24, 2004

Ustaz Singapore

Malam tadi sekali lagi aku tak turun kelas silat. Ini dah kira hatrick ni. Macam mana nak ambik SRP. Bukan tak nak turun tapi malam tadi memang tak boleh lepaskan peluang untuk berjumpa dengan seorang ustaz yang bermakna dalam hidup aku. Ustaz ini memang banyak berjasa terutama dalam mebimbing batch aku ketika sekolah dulu, maklumla batch budak nakal, keras kepala, degil dan yang sama waktu. Hampir 5 tahun tak jumpa, memang sukar untuk berjumpa pun kerana sekarang ini dia bekerja di Singapura. Kebetulan dia ada sedikit kerja di KL untuk beberapa hari. Ustaz yang aku maksudkan ialah ustaz Jamaluddin Abd Wahab. Turut hadir ialah beberapa rakan aku yang satu batch iaitu, Hisyam (buat dekat rumah hisyam di Gombak), Kaab, Taqi, Hadi, Naim, Hakim dan Haziq. Sambil makan-makan sikit sambil berbual dan berkongsi pengalaman. Untuk member2 aku yang tak hadir tentu nak tau apa ustaz Jam buat sekarangkan. Sejak di ke Singapura pada tahun 2000 dia bekerja di Masjid Assyakirin di Jurong. Kemudian dia berkahwin dengan orang Singapura dan menetap di Tampines. Untuk sekian waktu dia berulang-alik dari tempat tinggal dan kerja. Katanya agak jauh jugak jarak Tampines dan Jurong tu. Satu ketika, kebetulan ada kekosongan jawatan di Masjid Ghufran di Tampines. Jadi dia bekerja di masjid itu sehingalah sekarang sebagai Imam Eksekutif. Pergh ada class bunyi jawatannya tu. Kalau kat sini panggil tok imam je hehe. Dia pun terlibat dengan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). Sekarang ini dia kata rezeki dia bertambah murah kerana dapat jadi PR Singapura. Hmm aku pun tak tau apa benda tu. Tapi dengar mcm bagus jugak tu.
Kami pun berbual-antara satu sama lain dan ustaz pun banyak memberi nasihat. Sempat juga ajukan soalan-soalan agama terutama bab fiqh memandangkan Ustaz pun dulu belajar di Madinah. Satu lagi berita baik, Kaab juga akan mengikut jejak langkah ustaz Jam ke Madinah 7hb 9 ni. Syabas dan tahniah Kaab. bukan senang nak terpilih belajar di Madinah ni. Bila nak balik baru teringat terlupa bawa kamera :( Okla itu jela coretan aku pagi-pagi buta ni. Ada rezeki kita buat gathering besar-besaran dengan us Jam lagi. Hmm nak buat kat mana ek.? Singapore ke? hehe banyak duit.

Sunday, August 22, 2004

Kenduri

Hari ini dua orang kawan aku buat kenduri. Nasib baik dekat-dekat je. Kenduri Abg Ashrif bekas presiden PPI waktu aku first yr dulu. Rumahnya di Kajang. Kemudian kenduri Hanif kawan silat cekak aku dekat Bangi. Betul-betul kenyang hari ini. Si Hanif ni sebaya aku je. Cepat jodoh kau ye Hanif. Dia pun ada tanya aku sewaktu aku jumpa dia di meja pengantin, "Kau bila pulak Din?" .....Aku bila lagi ye?? Haha rasa macam jauh je lagi sebab banyak main je aku ni. Kocek pun kosong :P

Saturday, August 21, 2004

Shoutbox problem

Patutla susah nak load blog ni. Rupanya myshoutbox.com ada problem. Sementara mereka perbaiki sistem tu, aku off kan kejap. Malas nak ngomel sebab benda dah free kan. Tak dapatla nak menjerit :(

Friday, August 20, 2004

Yang majoriti

Tegerak pulak hati untuk menulis menganai apa yang aku baca dari Al-Quraan ketika usrah sebentar tadi. Ia mengenai kisah Talut dan Jalut. Aku bukanla ustaz nak menafsir Al-Quran tapi kita masih lagi boleh mengatahui maksud ayat melalui Quran tafsir (Tadabbur). Rujuk Surah Al-Baqarah 246 - 251.

Kisah ini berlaku selepas kewafatan Nabi Musa a.s.. Ketika itu Bani Israil meminta Nabi mereka melantik seorang raja agar megetuai mereka untuk pergi berperang di jalan Allah. Lantas Nabi mereka menjawab kalau Allah wajibkan kamu berperang kamu pula tak mahu berperang. Tapi Bani Israil ini tetap bertegas bahawa mereka sanggup berperang. Jadi Allah pun mewajibkan perang, tapi hanya sebilangan kecil sahaja yang ikut. Setalah itu Allah melantik Talut sebagai raja bagi Bani Israil. Tetapi ramai pula yang membantah sebab Talut ni seorang yang miskin dan tak berharta. Kira tak layak la nak memerintah Bani Israil sebab tak kaya. Nabi mereka pun jawabla bahawa Allah telah melebihkan Talut dengan ilmu pengatahuan yang luas dan kekuatan tubuh badan. Untuk menguatkan lagi bukti yang talut ini telah dipilih menjadi Raja, Nabi mereka pun menyatakan akan datang sebuah peti yang berisi ketenangan Allah dan harta peninggalan keluarga-keluarga Nabi Musa dan Harun (ulamak menafsirkan ianya adalah kitab Taurat). Peti tersebut pula akan dibawa oleh malaikat sendiri.

Setelah semuanya terbukti maka Talut pun menjadi raja. Talut pun mula membawa bala tentera Bani Israil untuk memerangi Jalut dan bala tenteranya. Ketika dalam perjalanan untuk berperang, Talut memberi amaran supaya jangan meminum air sungai yg mereka akan seberangi melainkan hanya satu cedukan tangan. Siapa yang melanggar perintah bukan dari kalangan mereka. Tapi malangnya hanya sebilangan kecil saja yang ikut arahan, yang lain semuanya dah tak tahan kehausan. Maka setelah menyeberangi sungai, orang-orang yang minum lebih-lebih ni cakap dah tak larat nak pergi perang pulak dah. Tinggalah sedikit sahaja yang masih mahu pergi berperang. Mereka yang meneruskan perjuangan menyatakan bahawa telah banyak bukti menunjukkan golongan yang sedikit menewaskan golongan yang ramai dengan izin Allah.

Apabila peperangan dengan Jalut dan tenteranya bermula mereka pun berdoa pada Allah mohon kesabaran, kekuatan pendirian dan kemenangan. Akhirnya mereka berjaya mengalahkan tentera Jalut. Nabi Daud a.s lah yang membunuh Jalut. Ketika itu Nabi Daud a.s masih muda lagi.

Pengajaran yang kita boleh ambil daripada ayat tersebut, ialah orang yang hendak berbuat kebaikan ini memang tidak ramai. Cuba kita lihat suasana sekeliling kita, bukankah lebih ramai yang suka membuat perkara-perkara maksiat dan dosa. Berapa ramai sangat lelaki yang berani berdakwah dan berapa ramai sangat golongan Hawa yang sensetif dengan aurat mereka?? Nak buat baik pun segan

Memang biasala orang lebih suka pada yang majoriti. Cuba bayangkan dalam kelas pensyarah / cikgu mahu memilih ketua kelas. Katakan ada 2 calon. Kemudian kita pulak tak kisah pun siapa-siapa pun yang jadi..kira tak de standla ni, tapi mesti pilih jugak salah seorang. Bila sesi angkat tangan bermula mesti kita lihat kawan-kawan yang lain dulu, kalau ramai orang tu la yang kita pilih jugak. Sudah menjadi lumrah yang majoriti lebih disukai.

So kepada rakan-rakan ku yang rajin berdakwah, janganlah rasa lemah melihat bilangan kita yang sedikit, yakinlah pada janji Allah. Teruskan usaha. Tingkatkan amalan. Kalau tak de la orang yang menjalankan amal ma'ruf nahi mungkar....alamatnya kiamatla dunia ini. Sedikit... no problem.. kalau banyak...lagi bagus. Allahu'alam

Thursday, August 19, 2004

Dunia persinggahan

Hari ni nak begambar je keje aku haha. Hmm.. dalam masa terdekat ni tak de idea nak menulis. Lagi pun keje banyak. Perkembangan projek pun masih slow. Kat bawah ni gambar di Taiping sewaktu ziarah kawan aku yang ayahnya baru meninggal pada bulan lepas. Semoga roh ayahnya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang-orang yang soleh. Harap kita yang masih bersinggah ini perbanyakkan amalan sebagai bekalan.


Iman, Sus, Dzul, Din, Fikri dan Fahmy yang ambil gambar